Petua Imam syafie


Salam 24 Ramadhan...saya dapat artikel ni daripada blog salah seorang sahabat...
Semoga bermanfaat untuk kita semua..

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.



Monday, September 14, 2009

Selamat Pendek Umur....


Post ini sepatutnya saya upload semalam..tapi terlupa..dek kepenatan yang teramat...huhu...anyway..semoga ia memberi manfaat kepada kita semua...ameeen....



Alhamdulillah…Allah masih lagi memberi kita kesempatan untuk menghirup udaranya secara percuma. Selawat dan Salam atas junjungan besar Rasulullah S.A.W.. Hari ini hari ke-18 Ramadhan, ini bermakna lebihkurang 12 hari lagi tinggal untuk kita mengejar rahmat yang banyak dalam bulan barakah ini. Ayuh, manfaatkan bulan yang satu ini.



Suka saya berkongsi sesuatu bersama para pembaca sekalian, hari ini merupakan hari lahir sahabat saya, Ain Madiha Abdul Halim. Beliau sudah mencecah usia 23 tahun. Hehe…sekarang sedang menghabiskan pengajian yang berbaki lagi 2 semester di USIM, Nilai dalam bidang Teknologi makanan. Semasa di Matrikulasi Pahang dulu kami rakan sekelas dan patner dalam makmal.



Seorang lagi ahli keluarga saya yang terdekat, Ayah Long saya, Hj. Mohammad bin Shaharudin yang telah berumur genap 70 tahun pada hari ini. Beliau seorang pesara DBKL dan sekarang menetap di Bandar Tun Razak, Cheras. Semoga sentiasa sihat. Walaupun umurnya mencecah angka 7 di depan, tenaganya masih kuat seperti orang 50-an. Moga-moga Ayah Long sentiasa dilimpahi rahmat Allah.



Ok. Muqaddimah dah habis, sekarang kita masuk kepada isi yang ingin saya sampaikan pada post kali ini. Rentetan daripada ucapan hari lahir di atas, suka saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang ‘Tanda-tanda kematian' yang akan di alami oleh setiap makhluk bergelar manusia.



Tanda 100 hari sebelum mati


Merupakan tanda pertama daripada Allah swt. Kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh, iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih, jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehiran tanda ini memberi peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum mati


Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang, tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 hari


Tanda ini akan diberikan yanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan sedara tiba-tiba berselera untuk makan.



Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dengan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak nahis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang akan sakit hidungnya ajab perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlanjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditengakkan.



Tanda 1 hari


Akan berlaku selepas waktu asar dan kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang, iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.



Tanda akhir


Kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan rasa akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan vs Merdeka




Alhamdulillah…setinggi kesyukuran kepada Allah rabbul jalal kerana dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya dapat kita meneruskan Ramadhan sehingga hari ke-12 ini. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Al-Fatihah untuk semua sahabat-sahabat tabiin dan ulama’-ulama’ terdahulu serta kaum kerabat kita yang telah kembali ke rahmatullah.



Post saya kali ini barang kali ringkas sahaja. Seperti yang kita semua maklum, pada isnin lepas Negara kita telah mencapai umur kemerdekaan yang ke 52 tahun. Alhamdulillah dan tahniah untuk semua. Tetapi, kerap kali singgah di telinga saya, rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan sikap-sikap yang menunjukkan mereka dijajah. Walaupun ia tidak Nampak secara kasar, namun kesan halusnya itu sangat mendalam.



Pemikiran, pemakaian, akhlaq muda-mudi sekarang menjadi penunjuknya. Pelbagai budaya pelik yang diserap masuk menyebabkan budaya ketimuran yang lebih baik tenggelam dan luput dilupakan begitu sahaja. Walhal, budaya yang diikut daripada Negara barat itu mengundang pelbagai mudharat kepada masyarakat sekarang dan akan datang.



Siapa tidak sedih apabila budak berumur 6 tahun lebih banyak menghafal lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat-ayat suci Al-Quran. Begitu jauh bezanya masyarakat kita dengan ulama’ pada zaman dahulu, apatah lagi jauhnya untuk mengikut cara hidup Rasulullah. Lalu, bagaimanakah kita mengatakan bahawa kita sudah merdeka?merdeka dari sudut fizikal tidak memberi kesan sebesar merdekanya minda kita dari semua bentuk penjajahan.



Sempena Ramadhan yang mulia ini, alangkah baiknya, jika kita jadikan diri kita bebas dan merdeka daripada penjajahan hawa nafsu dan bisikan buruk yang kerap membisikan perkara negatif. Kita jadikan diri kita bebas untuk melakukan amal ibadah kepada Allah dalam keadaan yang tenang dan khusyu’. Semoga Ramadhan kali ini Berjaya menjadikan kita ‘hamba’ yang bebas dan merdeka daripada perkara-perkara yang melalaikan, jika tidak, hidup ini hanyalah indah sementara, diakhirnya kita akan merana.




Wednesday, September 2, 2009