UNDER CONSTRUCTION

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan pembaca...blog saya dalam usaha dibaik pulih..dan di renovate..hope lepas ni semua ok..mungkin akan mengambil masa sedikit...

terima kasih atas sokongan dan teruskan membaca...





Monday, June 22, 2009

Pencak Ilmu..


Alhamdulillah. Saya sedang menghabiskan sebuah buku yang pernah saya bagitahu dulu…’Aku, Buku dan Cinta’ Oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Sangat menarik dan ia menjadi muhasabah untuk saya. Antara pengisian yang boleh saya kongsi di sini ialah:


1.Jangan memandang enteng masa yang kita gunakan setiap hari. Masa adalah adalah harta anugerah Allah yang sangat berharga. Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam buku ini sangat ‘gila’ membaca. Mereka tidak pernah mensia-sia kan masa mereka untuk melakukan perkara-perkara lain selain membaca. Bagi mereka membaca itu adalah makanan yang mengenyangkan.


2.Ilmu yang kita perolehi daripada membaca ini sangat berharga dan ia tidak ternilai dengan matawang. Ramai di kalangan tokoh-tokoh ini sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk menuntut ilmu, membeli buku dan sebagainya. Semuanya kerana mereka melihat bahawa kemuliaan manusia itu berasaskan ilmunya.


3.Redha Allah sentiasa mengiringi orang yang menuntut ilmu, seperti ayat Allah dalam surah Al-Mujadalah, 11.


Oleh itu, bagi rakan-rakan yang sukar untuk membaca… asal buka buku aje, baca 2,3 helai terus lelap, sangatlah sesuai membaca buku ini. Kadang-kadang saya sedar, bahawa banyak sangat lagi buku-buku yang masih belum dibaca, tapi kadang-kadang masa dan keinginan untuk membaca tu susah nak dapat. Apapun, semoga dengan niat ikhlas kita untuk menuntut ilmu, akan diredhai Allah. InsyaAllah, Allah akan mudahkan jika niat dan kesungguhan kita tunjukkan.


Wednesday, June 17, 2009

Back to HIM

Allah telah menarik salah satu nikmat dan kelebihan orang ISLAM dengan mengambil Sheikhul Islam..Sheikh Fathi Yakan pagi tadi. Al-Fatihah untuk beliau. Mari kita berdoa bersama agar roh beliau sentiasa ditempatkan di kalangan orang-orang mulia.

setiap kematian itu adalah muhasabah untuk kita. Semoga kita sentiasa menghadapi saat-saat itu...berjumpa dengan kekasih yang telah lama dirindui..itulah antara nikmat terbesar umat ISLAM...dapat bertemu dengan Tuhan mereka.

Sunday, June 14, 2009

Wasatiah


Siang tadi sempat saya merayau-rayau di Mid Valley untuk mencari barang keperluan. Singgah sebentar di kedai roti. Sementara menunggu sahabat saya membeli, saya melihat telatah orang ramai yang lalu lalang di situ, melihat juga para peniaga menjual produk mereka.

Tiba-tiba terlintas di benak fikiran saya..’ekonomi sekarang semakin meruncing dan menggugat.’ Kasihan saya melihat para peniaga dan juga pembeli yang terpaksa menderita dengan kenaikan pelbagai harga barang keperluan. Mungkin saya yang masih bergelar mahasiswa tidak merasai sepenuhnya keperitan masalah ekonomi ini, namun, orang yang telah bekerja sepenuhnya ini sangat memahaminya.

Barang yang saya ingin beli juga telah naik harganya sebanyak RM10. Sabarlah wahai rakyat Malaysia. Namun, saat inilah menguji kita bagaimana kita menggunakan kebijaksanaan dalam berbelanja. Teringat pesanan Rasulullah yang menyuruh kita hidup penuh kesederhanaan, jangan membazir segala sumber yang ada. Bersabar dan menahan nafsu amat penting ketika membeli belah.

Orang kata lumrah, hidup di Kuala Lumpur, kos hidupnya tinggi. Sebab itulah juga jenayah semakin meningkat. Gejala sosial juga menjadi wabak penyakit masyarakat muda. Mereka semakin berani untuk melakukan jenayah secara terang-terangan seperti merompak, meragut serta membunuh. Ini hasil disebabkan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kehidupan mereka seharian secara tetap.

Akhirnya, jadilah kehidupan di kota Negara ini seperti hidup di dalam penjara, penuh ketakutan dan kelicikan. Tiba-tiba terlintas di benak fikiran saya suasana kampung yang tenang, aman damai serta menyejukkan mata. Udara yang segar serta pemandangan yang cantik boleh menghilangkan kekusutan fikiran yang dipenuhi dengan masalah duniawi.

Kuncinya satu sahaja. Pendidikan= tarbiyah = learning. Sama-sama kita renungi dan fikirkan hikmah disaebaliknya.



Monday, June 8, 2009