Du'a..basic theraphy...


DOA KEKUATAN SETIAP MUSLIM


PERISTIWA Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari istana syurga mengajar kita untuk memandang sejarah itu dengan perspektif reda kepada Allah . Hikmah yang lain daripada peristiwa ini adalah kebijaksanaan manusia yang mampu mengatasi malaikat dan syaitan, akhirnya tersungkur juga akibat nafsu yang kadang-kadang boleh mengatasi kehebatan akal. Akhirnya, dengan kehendak Allah, kehidupan di dunia diwujudkan, taubat Adam diterima dan masanya untuk zuriat manusia diuji adakah benar imannya kepada Allah pun bermula.

Sesungguhnya yang menjadi penyelamat Adam adalah permohonan taubatnya kepada Allah. Allah menceritakannya: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimah (ajaran kata-kata untuk bertaubat). Maka, Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 37). Adam mengajar kita bagaimana hendak menjadi manusia mulia.

Bukankah ketika Allah menciptakannya, seluruh makhluk diperintah untuk sujud kepadanya. Tetapi, pengaruh syaitan dan nafsu syahwat boleh menukar jenis makhluk yang bernama manusia menjadi makhluk lain.


Memetik Kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali mengkaji empat sifat yang merosakkan sifat kemanusiaan seorang manusia iaitu:
Pertama, sifat subu’iyah atau kebuasan. Ciri adalah seperti suka marah, busuk hati, suka menyerang, memukul, memaki dan membinasakan harta benda. Naik ke peringkat kedua iaitu sifat bahimiyah atau kebinatangan. Gelojoh dan tamak seperti anjing, suka benda kotor seperti harta yang haram, zina dan liwat. Bertambah teruk keadaan mereka jika masuk ke peringkat ketiga iaitu sifat syaitaniyah iaitu layaknya umpama syaitan dengan cirinya seperti dengki, penipu, memutar belit, menyuruh yang munkar dan melarang kebaikan.



Kemuncaknya, sifat terakhir iaitu apabila ketiga-tiga sifat itu berkumpul, maka naiklah kejahatan manusia itu sampai ke peringkat sifat rububiyah, ketuhanan iaitu sifat Tuhan ingin dirampas menjadi miliknya. Sifat bangga diri, sombong, mahukan puji dan pujaan orang, sukakan kemuliaan dan kedudukan tinggi. Akhirnya ia mengatakan akulah Tuhan, bukan manusia, aku tidak sudi mentaati dan mematuhi kerana aku berkuasa. Tak ada sesuatu yang setanding diriku.Begitulah kejahatan terbesar anak-anak Adam apabila mereka telah melupakan Allah dan hidup di kubang lumpur dosa yang kotor dan menjijikkan



Belajar daripada kekhilafan ayahanda manusia iaitu Nabi Adam kepada Allah, setelah khilaf beliau bertaubat seraya berdoa tanpa mengenal erti putus asa daripada rahmat-Nya. Inilah ibadat paling agung yang pertama kali diajarkan oleh Allah kepadanya iaitu berdoa. Apakah sebenarnya fungsi doa itu bagi kita?


• Pertama, doa adalah tali Allah. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa. Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada Allahus-Somad (Allah Sebagai Tempat Bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah. Apabila seseorang manusia berasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Dia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga terdedah kepada kebinasaan akibat dosanya melupakan Allah.


Seorang Muslim hendaklah sentiasa membiasakan dirinya menyebut nama Allah pada setiap perbuatannya. Seawal bangun dari tidurnya, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar dan bermuamalat sesama manusia. Hatta, suami yang menggauli isteri, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah.


Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu. Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


• Fungsi doa yang kedua adalah cita-cita dan impian yang ingin dimiliki diusahakan dengan berikhtiar sesuai dengan permintaannya kepada Allah. Orang yang meminta syurga mestilah diiringi dengan kesungguhannya beramal salih. Orang yang meminta keberkatan rezeki hendaklah bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkannya. Sementara apabila dia meminta dihindari daripada kejahatan diri sendiri, maka dia hendaklah berusaha untuk tidak berbuat dosa dan maksiat. Doa dan ikhtiar saling lengkap melengkapi. Firman Allah bermaksud: “…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri…” (Surah al-Ra’d, ayat 11). Hakikatnya iman itu bukanlah angan-angan. Ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan atau jihad dalam beramal salih.


• Fungsi doa yang ketiga adalah sebagai pengubat hati. Saat diri dihina, tidak dipedulikan, diceraikan kekasih dan dibuang oleh pujaan hati, perasaan yang hadir adalah rasa putus asa. Jika berlaku ujian dan cubaan melanda iman seperti kekurangan harta, kehilangan jiwa, kecacatan, kesakitan, bencana alam dan kegagalan setiap perjuangan, kepada siapakah manusia harus mengadu, merintih dan bersandar? Setiap pengharapan akan datangnya cahaya, kepada siapa hendak dipohonkan? Keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup, dari manakah penjana kuasanya? Hanya kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Doa adalah kekuatan bagi setiap Muslim, tetapi jika ia tidak difungsikan dengan cara yang betul, maka kekuatan itu akan hilang, yang tinggal hanya lafaz kosong tanpa makna dan tujuan. Kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti daripada Ilahi.


Credit 2 my Fren..: anie_skut@yahoo.com



Tuesday, March 31, 2009

Belajar Mengenal Hati



~HATI-HATI DENGAN HATIMU~


Tanda-tanda hati yang rosak


1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.


2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.


3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.


4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.


5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.


6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.


7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.


8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.


9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.


10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.


Friday, March 27, 2009

Ego


Assalamualaikum w.b.r Mohon maaf sebab tak sempat nak update blog. Seperti biasa, rutin hakiki mahasiswa UM. Disibukkan dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab yang tidak tersenarai. Sebenarnya semua orang pun sibuk dan hanya orang yang sibuk sahaja yang ada masa.


Apapun, semoga rakan-rakan pembaca sekalian sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah. Memandangkan saya sudah meletakkan jawatan sebagai exco PMIUM secara rasminya pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu, saya akan membuat perubahan. Perubahan pada blog saya, harapnya akan diberi kesempatan masa oleh Allah Al-Wasiq, Yang Maha Luas Pemberiannya. Masa itu makhluk, so, kalau kita nak mintak sesuatu, mintaklah dengan pemiliknya.


Sedikit perkongsian bersama, semoga bermanfaat untuk semua. jom muhasabah diri...



EGO KAH AKU??


1. Orang yang ada ego tidak sedar yang dia ada ego.

2. Ego diketahui melalui ilmunya.

3. Kalau tahu pun adanya sifat ego.


4. Belum tahu lagi dapat membuangnya.


5. Ego adalah sifat batin.


6. Tapi dapat dikesan melalui tanda lahir dan sikapnya.


7. Bercakap di kalangan kawan selalu sahaja cakap besar.


8. Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang.


9. Apabila berbincang selalu sahaja tinggi suaranya.

10. Apabila kebenaran itu keluar daripada mulut orang payah menerimanya.


11. Kalau bercakap mahu menang sahaja.


12. Bila bertemu orang payah menegur sapa, kecuali orang mendahuluinya.


13. Jika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang.


14. Selalunya serius sahaja, kurang mesra.


15. Kalau hendak berkawan pilih-pilih orang, biasanya orang yang setaraf dengannya.

16. Bila dicabar mudah sahaja mencabar.

17. Kalau bersalah susah hendak meminta maaf.

18. Adakalanya orang meminta maaf enggan menerimanya.

19. Mudah marah, bahkan marahnya sangat ketara.


20. Kalau ada kuasa, suka menzalim dan menindas.

21. Jika tiada kuasa selalu sahaja keras kepala untuk patuh kepada ketua.

22. Bertekak dan berbahas menjadi budayanya.


23. Pantang ditegur oleh siapa sahaja.

24. Masam mukanya.

25. Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran payah diterima.

26. Bila ditegur sakit hatinya, dendam pun membara.

27. Jangan sebut dosa pahala tersinggung perasaannya.


28. Kalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinya.

29. Sebut Syurga Neraka amat jijik mendengarnya, bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanya.



Bala bencana yang datang kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhannya, sakit hatinya payah mahu menerima. Bencana alam dianggap perkara biasa, itu perkara nature baginya. Jangan cuba dihubungkaitkan dengan dosa, dia akan melenting menunjuk sikap tidakmenerima. Aduh dahsyat ego amat berbahaya!.

Bukan sahaja dengan manusia bahkan dengan Tuhannya, kebenaran payah diterimanya dan selalu sahaja menolaknya.
Kerana ego orang sanggup derhaka kepada Tuhannya, bahkan orang sanggup jadi kafir. Lihat sahaja Namrud, Haman dan Firaun sebelum matinya berbagai bala dan tanda amaran dari Tuhan. Namun tidak boleh jadi pengajaran dan ingatan, akhirnya sanggup mati kafir, kerana sikap egonya. Aduh dahsyatnya sifat ego!

Sunday, March 22, 2009

Satu hati


Teringin berkongsi kepada pembaca sekalian tentang sebuah lagu yang saya kira

menarik dan memberi maksud yang mendalam. Walaupun liriknya sedikit, tapi ia memberi satu muhasabah kepada kita. Bagaimanakah keadaan Islam pada masa sekarang. Kalau sesiapa yang berminat untuk mendengar lagu ini, boleh emailkan kepada saya..:)..


SATU HATI


*Bilakah lagi..kita semua satu hati..

Bilakah lagi..keamanan kan kecapi...

Bilakah lagi...Islam kan dijulang tinggi..

Bangunlah wahai ummah..kita satu hati...

Ulang *


Marilah..bersama bersatu berjihad...

menentang kezaliman......

Oh insan sedarlah...pembalasan tuhan pasti akan datang...(2x)


Jangan takut (2x)..berjuanglah untuk keamanan..


Ulang *



artis: L.A K.H.A.U.F


Wednesday, March 18, 2009

Taman Syurga

Rakaman Forum Bicara Ad-Deen yang dikelolakan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Tajuk : Berdakwah dengan Sains dan Teknologi


Tarikh: 17 Mac 2009

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya


Semua dijemput hadir


Sesungguhnya majlis-majlis ilmu yang membawa manusia kepada mengingati Allah adalah ibarat taman-taman syurga”


Selamat datang ke Taman Syurga...





Monday, March 16, 2009

apa kata hati??





..bila tiada kesatuan hati,
maka lahir kepentingan diri,
elemen manusiawi..ah. .tolak ke tepi,
tak berguna berorganisasi. ..

hari demi hari diri diuji,
satu persatu membawa diri,
mungkin terlupa ianya mehnah & tribulasi,
mungkin jua terlupa ianya cabaran tradisi..

usah disebut mengenai Tarbiyah,
jika kita sebenarnya goyah,
hati busuk tak sudah-sudah,
Sedarlah...jadikan Allah sebagai Al-Ghayah,

taklifan bukan untuk dipuji,
tetapi untuk dikesali,
bersoaljawablah di depan Ilahi,
di mahkamah agung suatu masa nanti.

sibuk beramal islami kata kita setiap saat,
namun ibadahm dicampuri dengan maksiat,
tubuh hanya layak menjadi santapan ulat,
juga menjadi belasahan para malaikat,

saya bertunang? yer..saya telah bertunang... kita semua telah bertunang...

BERTUNANG dengan KEMATIAN...hanya menunggu untuk diLAMAR dan diIJABKABULKAN untuk dijadikan TEMAN HIDUP

membina mahligai di RUANG GELAP dipagari DUA TIANG yang TEGAK BERDIRI....MAHARmu adalah AMALANmu...Amalan yang dicemari dengan riya', sum'ah, dengki, munafiq....

apa kata hati kita kini? apa kata nafsu kita kini? apa kata aqal kita kini?
muhasabah diri agar tidak lalai dengan kehidupan duniawi yang sememangnya menawan hati-hati yang mati...

Astaghfirullah al-azim..Ya Hafiz..Ya Muhaimin..peliharalah hati-hati kami..jauhkanlah hati kami daripada dilalaikan oleh syaitan dan nafsu...
tetapkanlah kami atas jalanMu dan sentiasalah pandu kami ke jalan yang hak...

Mabruk la kum...



Tahniah dan takziah kepada pimpinan baru PMIUM yang telah disepakati semalam.


YDP: Syazni Munir Bin Mohd Ithnin

NYDP: Fasihah Mohd Fauzi

Setiausaha: Mohd Hafiz Bin Ilyas

Bendahari: Mohd Fahmi Salleh


Exco-exco lain akan dilantik oleh ahli majlis eksekutif ini. Oleh itu, nantikan pengumumannya tidak beberapa lama lagi. Diharap kepimpinan pada kali ini mampu membawa satu penambahbaikkan kepada PMIUM.


Kepada semua ahli yang telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM semalam, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda untuk menyokong kepimpinan lama dan baru. Tidak lupa juga kepada semua ahli PMIUM yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut. Semoga Allah membalas yang terbaik untuk usaha kalian.


Akhirnya, marilah kita berdoa semoga segala amal dan usaha kita mendapat redha Allah..ameeen...


Sunday, March 15, 2009

Pertukaran Kepimpinan PMIUM







Assalamualaikum w.b.r


Mohon kemaafan kepada rakan-rakan pembaca blog sebab dah lama tak update. Pertengahan semester yang mencabar seperti yang semua sedia maklum, ditambah lagi dengan projek tahun akhir..perrghh..cukup membimbangkan. Apa pun, kehidupan perlu diteruskan. Cuba belajar jangan cepat mengeluh dan putus asa.

Setahun berlalu pergi, teringat lagi ketika mendapat berita ditaklifkan sebagi exco pmium, seperti terasa batu besar menghempap bahu. Siapa tak kenal PMIUM, antara persatuan yang besar di UM dan aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan program. Apapun, terima kasih kepada semua kerana memberi peluang saya belajar banyak perkara baru dan bermanfaat. Kini, telah tiba masanya PMIUM bakal dipimpin oleh tampuk kepimpinan baru yang lebih segar dan mampu membawa gerakan ISLAM yang lebih kuat dan mudah diterima oleh masyarakat kampus semasa.


Pertukaran kepimpinan PMIUM atau lebih formal majlisnya dikenali sebagai Mesyuarat Agung Tahunan bakal mengenengahkan kepimpinan muda baru yang lebih bertenaga. Siapakah yang bakal menggantikan Saudara Haafizuddin Abirerah?dan siapakah pula srikandi pembawa gerakan mahasiswi yang baru yang dahulunya dibawa oleh rakan saya Nur Fariza Zahrin? Semuanya akan terjawab ketika Mesyuarat Agung Tahunan nanti.


Berikut adalah maklumat tentang Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM:

Tarikh: 14 Mac 2009
Masa: 8.00- 10.30 malam
Tempat: Auditorium Fakulti Kejuruteraan


Di kesempatan ini saya memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PMIUM khasnya dan warga kampus UM amnya di atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang saya memegang jawatan sebagai Timb. Pengerusi Exco Sukan dan Rekreasi sesi 08/09. Maaf juga kerana tidak banyak memberi dan menyumbang dalam memperkasakan exco ini. Saya mengharapkan pembaharuan dan juga idea bernas dapat dihasilkan oleh kepimpinan selepas ini.

Diharapkan juga barisan exco-exco yang bakal turun dari tampuk kepimpinan sekarang tidak terus meninggalkan junior-junior yang bakal naik, bahkan berlapang dada dan sedia menghulurkan bantuan kepada mereka pada bila-bila masa yang diperlukan. Semoga PMIUM lebih terkehadapan dalam melaksanakan visi dan misi yang telah digariskan.

Thursday, March 12, 2009

Pesan Rasulullah...


Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka.


Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. keadilan dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. taubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. kedermawan dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.



Wednesday, March 4, 2009

Perkongsian SIDANA'09

Assalamualaikum…

Memang dah lama rasanya tak memberi sesuatu kepada para pembaca yang mengunjungi blog saya..



Sedikit perkongsian.. Alhamdulillah, saya sempat menghadiri SIDANA ’09 yang diadakan pada 28 Feb & 1 Mac baru-baru ini. Pada malam perasmiannya, dihadiri oleh YB Nurul Izzah Anwar selaku Perasmi program ini. Hanya sempat mengikut 1 pembentangan kertas kerja dan 1 bicara korporat yang bagi saya sangat menarik, penuh informasi dan sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri di saat pelbagai masalah mahasiswa menggugat masa.



Suka saya membincangkan sedikit tentang isi kandungan yang dibentangkan oleh YB Saifuddin Nasution yang di pengerusikan oleh Ahmad Shahir Aziz, Mantan MPMUM. Tajuk yang beliau bawa adalah “ Mahasiswa sebagai rakan kongsi dalam pembangunan Tamadun Negara”. Antara perkara penting yang digariskan oleh YB ialah element sedar dalam masyarakat. Kita boleh melihat indikator elemen sedar ini melalui kebangkitan dan suara lantang yang laungkan oleh masyarakat menentang sesebuah parti berkuasa untuk mendapatkan hak mereka, setelah mereka dapati hak mereka telah dikhianati.




Pelbagai isu Negara pada hari ini yang menyebabkan masyarakat berfikir apakah yang berlaku disebalik kejadian tersebut. Kebenaran terbentang dan rakyat bangkit menuntut hak mereka. Begitu juga dengan mahasiswa, masyarakat mahasiswa yang sentiasa mencari-cari kebenaran dan hak mereka.



Akhirnya, YB menutup pembentangan beliau dengan memberi pilihan kepada hadirin. Sama ada mahu menjadi pemerhati, komentar, chronic know nothing, idealis, ataupun peserta..pilihan di tangan empunya diri..



Manakala YB Dato’ Nadzmi, Pengerusi Proton Holdings, yang telah diperngerusikan oleh Ahmad Syazwan, MPMUM, telah memberikan satu bicara korporat yang baik bagi saya. Beliau telah menekankan aspek penerapan Islam dalam organisasi dengan bersikap tegas dan tetap pendirian bahawa ISLAM adalah yang paling tinggi. Beliau juga membuka minda kita bahawa setiap masalah itu boleh ditukar menjadi peluang dengan menggunakan panduan daripada Al-Quran dan Sunnah dan juga akal yang dianugerahkan ilham oleh Allah.



Menjadi usahawan berjaya seperti beliau bukan satu perkara yang mudah beberapa kali diisytiharkan bankrup, dan pelbagai dugaan besar yang dihadapi. Namun, semuanya di atasi dengan kebergantungan kepada Allah yang sangat kuat. Subhanallah…bagi saya beliau bersikap humble dan tidak lokek untuk berkongsi idea-idea beliau, walaupun sememangnya kita tahu, orang korporat ni sangatlah sibuk…



Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya tuliskan di sini. Semoga rakan-rakan yang lain, yang hadir sepenuhnya sehingga petang, dapat juga berkongsi di blog masing-masing.




Monday, March 2, 2009