Khas untuk mereka bergelar IBU BAPA...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

~ambik daripada Iluvilslam.com~

p/s: oleh itu..laki2..hargailah isteri yang ada di depan mata...
sayangilah bonda dan ayahnda kita sementara mereka masih ada...
jadilah anak yang menyejukkan mata mereka..dan sentiasalah berdoa untuk
kesejahteraan mereka...

Tuesday, February 24, 2009

Taman-taman Syurga

SEMINAR ISLAM DAN SAINS DALAM PEMBANGUNAN TAMADUN



Tarikh: 26-27 MAC 2009

Tempat: AUDITORIUM INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH, UM

Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang



ANJURAN:

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

PUSAT DIALOG PERADABAN UM

YAYASAN ILMUAN



ANTARA OBJEKTIFNYA:



  • MEMBUKA MINDA BAHAWA ILMU AGAMA MELIPUTI BIDANG SAINS & TEKNOLOGI DAN BUKAN BIDANG-BIDANG TERTENTU SEMATA-MATA

  • MENCETUSKAN DORONGAN DAN MOTIVASI KEPADA MASYARAKAT UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEMASA DALAM BIDANG-BIDANG SEPERTI SAINS DAN TEKNOLOGI

  • MENUNJUKKAN PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH GOLONGAN AGAMA DALAM MENANGANI ISU-ISU KONTEMPORARI YANG DIBAWA OLEH GLOBALISASI MELALUI SAINS DAN TEKNOLOGI

ANTARA TAJUK KERTAS KERJA YANG AKAN DIBENTANGKAN:



  • KONSEP DAN PENGGUNAAN DAKWAH SAINS DAN TEKNOLOGI

  • CABARAN-CABARAN KONTEMPORARI ISLAM DAN SAINS

  • KAEDAH DAN TEKNOLOGI DAKWAH ALAF TIGA

  • FORUM – PERANAN GENERASI MUDA DALAM MENANGANI CABARAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Penceramah jemputan:



Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar (UM)

Ustaz (Dr) Muhammad ‘uthman El-Muhammady(UIAM)

Tuan Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (Yayasan Ilmuan)

Prof. Dr. Khalijah Salleh(UKM)

Prof Dr. Mohd Yusof Othman(UKM)

Prof Dr. Mohd Hazim Shah Murad(UM)

Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majeed (UiTM)

PM Dr. Wan Suhaimi Abdullah (UM)

PM Dr. Mohamad Kamil Hj. Abdul Majid(UM)

Dr. Tobroni Msi (Universiti Malang, Indonesia)



Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:



Pusat dialog peradaban Universiti Malaya

03-7967 5468 /5477



Borang pendaftaran boleh di dapati di Pusat Dialog dan dihantar sebelum 23 Mac 2009.



Jom Tambah Ilmu~

Lapangan Ilmiah

ANTARA PROGRAM-TERDEKAT TERDEKAT 




Seminar Dinar Emas (SIDANA ’09)



Anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM)



Tarikh 21& 22 Februari 2009



Bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)



Bayaran pendaftaran : RM35 untuk pelajar dan RM50 untuk orang awam.



Maklumat lanjut boleh layari laman web: http://dinarpmkum.blogspot.com/



DISKUSI ILMIAH



Dialog antara agama



Pemeliharaan Alam Sekitar mengikut perspektif agama

ISLAM, HINDU, BUDDHA & KRISTIAN



Tarikh : 19 Februari 2009



Masa: 8.30 Malam



Tempat: Dewan Kuliah Utama (DKU), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)



Pendaftaran: RM1 sahaja



Anjuran: Kolej Kediaman Kelima





Panelis:

Hj. Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah (ISLAM)

Tan Huat Chye (Buddha)

Dr. Lee Chai Ping (Kristian)

Darmalinggam a/l Nadarajan (Hindu)

Wednesday, February 18, 2009

pendidikan muslim





Adik: macam mana nak mengembalikan roh tarbiyah

 

Abang : sblm ana bg pndpt..apa matlamat trbiyyah???

 

Adik: : melahirkan taqarrubin yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah

Adik: matlamat tarbiyyah juga nak melahirkan mereka2 yang mngajak manusia ke arah mengabdikan diri pada Allah..

Adik: kan abang kan?

 

Abang: jd...ia bukan sekadar teori yg ditulis pd krtas....perlu dihayati & diamalkan dgn ikhlas...

Abang: kita ni byk tulis teori...tp xhayati, xamal, xambil dgn  ikhlas

akhirnya .xde apa2 prubahan yg brlaku....

 

Adik: tapi an abang, cane kita nak terapkan dalam diri kita supaya sentiasa aware tentng benda2 2?

Adik : sebab kadang2 kita dilekakan oleh hal2 duniawi..kesibukan kerja2 dakwah kononya yang lebih kepada pengislahan warga kampus.

 

Abang: kene jelaslah tasawwur islam yg sebenar...islam bukan kt kampus sj....islam melata di seluruh pelusuk muka bumi.....

 

 

Berikut adalah perbualan antara abang dan adik dalam Yahoo! Messenger. Apa iktibar yang boleh kita ambil di sini?

 

Saya tidak ingin mengulas panjang bab ini. Bab TARBIYYAH, jika mahu diperbahaskan, cukup panjang dan kelangsungan tarbiyah ini berterusan sejak zaman Rasulullah sehingga kini. Cukuplah saya memberi persoalan kepada rakan-rakan pembaca, muhasabah diri kita yang mengaku ummat Nabi Muhammad dan mengharapkan syafaatnya kelak, namun kita masih leka dengan hal-hal keduniaan yang kita sangkakakan ianya perkara yang baik.

 

Sebab itulah Rasulullah menyarankan kita sentiasa bangun bermunajat dengan Allah di malam hari. Supaya Allah sentiasa memberi kita panduan guardline supaya kita sentiasa berada di jalan yang benar.

 

Tuesday, February 17, 2009

akhirnya....



Vanderbilt University Medical Center

Akhirnya..boleh juga saya menulis sedikit perkongsian untuk manfaat bersama. Agak payah juga nak keluarkan satu hasil tulisan di blog sekarang, tak taulah kenapa..anyway, saya mohon maaf pada rakan-rakan pembaca sekalian. Mesti dah bosan asyik tengok artikel lama saya lagi kan…apapun, terima kasih atas sokongan kalian. Selamat membaca


Syarat nak khusyu’ dalam solat:


Al-hudhur ul-qalbu (menghadirkan hati)

At-tafahhum (memahami makna bacaan dan geraka)

At-ta’zim (merasakan keagungan Allah)

Al-haibah ( gerund dengan kekuasaan Allah)

Al-Rajaa’ (mengharap hanya kepada Allah)

Al-haya’ ( malu terhadap Allah)


Di atas adalah antara beberapa syarat yang diperlukan untuk menghadirkan rasa khusyu’ dalam solat.


Sepertimana yang kita ketahui, solat adalah amalan yang pertama akan diperhitungkan di hari pembalasan kelak. Jika solat kita tempang dan tidak sempurna, ia juga akan memberi kesan yang sama kepada amalan-amalan lain. Bercakap soal syarat di atas, saya pasti, rata-rata mengatakan bahawa, cakap memanglah senang, tapi nak melaksanakan dan merasainya adalah bukan satu perkara yang mudah.


Sesusah mana sekalipun, kita perlu berusaha untuk meraih keredhaan Allah. Itulah matlamat utama Allah menyuruh kita melaksanakan solat 5 waktu. Merasai khusyu’ dalam solat bukan perkara mudah, namun ia akan jadi mudah jika kita benar-benar yakin ia mudah dan berusaha kearahnya. Apa yang penting, keikhlasan dan kesungguhan dalam meraihnya.


Sedikit tips tambahan, apabila kita solat, ikrar kita kepada Allah terdapat dalam doa iftitah dan ketika kita melafazkannya, perlulah benar-benar faham dan jangan lalai dalam melaksanakannya. Jika kita lalai, ibarat kita menjadikan solat itu adalah gelanggang pendustaan kerana kita melanggari apa yang telah kita katakan.


Hati tidak akan hadir di dalam solat, andai kata dua perkara ini tidak wujud dalam hati kita; pertamanya, Cita-cita kita dan kedua adalah semangat kemahuan kita. Jika kita tidak minat untuk melakukan solat, bermakna kita tidak akan berjaya mencapai matlamat sebenar solat itu.



Nak diceritakan banyak lagi sebenarnya rahsia solat ni. Cumanya kita perlu menjaga adab-adabnya dan istiqamah dalam melaksanakannya.


Monday, February 16, 2009