Muhasabah sosial



8 Pergaulan yang perlu kita amati dalam hidup kita

Abu khotib menyatakan,bahwa barangsiapa bergaul dengan 8 golongan,maka Allah akan menambah kepadanya 8 hal:

a. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang kaya,maka Allah akan menambah rasa cintanya kepada dunia.

b. barangsiapa bergaul dengan orang-orang fakir,maka ia akan memperoleh rasa syukur dan merasa senang terhadap rezeki dari Allah.

c. barangsiapa bergaul dengan raja,maka ia akan bertambah keras hatinya dan takabur.

d. Barangsiapa bergaul dengan perempuan,maka Allah akan menambah kebodohan dan birahinya.

e. barangsiapa bergaul dengan anak-anak,maka ia makin suka main-main.

f. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang fasik,maka bertambahlah kecenderunganya untuk melakukan dosa dan melalaikan tobat.

g. barangsiapa bergaul dengan orang-orang soleh,maka bertambahlah rasa cintanya dalam taat kepada Allah.

h. Barangsiapa bergaul dengan ulama,maka bertambah ilmu dan amalnya.

Monday, May 9, 2011

3 dalam 1


Assalamualaikum wbr.

Erm..lama dah jugak tak update blog..hehe..musim yang agak sibuk bagi saya sekarang. Dah tak leh nak berfoya2 dah. Masa untuk bertungkus lumus.huhu. Anyway, saya banyak benda nak share sebenarnya, tapi ia ada dalam bentuk berpintal-pintal dalam minda saya ni. Masih tidak tersusun dan perlu dileraikan satu per satu.hehe..

Tak pelah, dalam masa yang singkat ni, apa yang saya nak kongsikan satu perkara sahaja. Iaitu, IMAN..ISLAM & IHSAN. Cakap satu, tapi ni ada 3...hehe..ini adalah moto company saya. Ceh, promote company pulak ye. Tak delah, cuma nak cakapnya, inilah basic yang perlu ada dalam setiap diri bergelar Muslim. Are u Muslim??If Yes, so, check, sama ada kita ada atau tidak 3 elemen utama ini.

Apa-apa yang kita lakukan, jika berlandaskan 3 perkara ini, InsyaALLAH sentiasa dalam pemeliharaan Allah. Satu je kan tujuan kita hidup di Dunia ini, dalam Al-Quran Allah dah sebut dah dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Dan dalam kisah pada Zaman Rasulullah juga telah diberitakan dalam hadith Jibril, bahawa telah datang Jibril kepada Rasulullah dalam rupa bentuk manusia dan mengajarkan kepada semua yang hadir pada tentang IMAN, ISLAM & IHSAN.

Oleh itu, kita yang mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W. perlu membuktikan kecintaan kita dengan melaksanakan segala yang telah disyariatkan oleh Allah melalui ISLAM.

Hasilnya, kita kembali balik kepada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, bukan nak kata masa zaman Rasulullah tak bagus, padahal memang zaman Rasulullah lebih baik. Tapi selepas berlakunya penyelewangan pada zaman Khalifah Umaiyyah sebelum diperintah oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, tanah jajahannya tidak dilaksanakan pemerintahan Islam yang sebenar. Kemudian bangkit khalifah Umar Abdul Aziz membetulkan segalanya dengan izin Allah
Jadi, bila di laksanakan IMAN, ISLAM & IHSAN, semuanya berada di paksi yang benar dan dalam pemeliharaan Allah.

Fuhh...arini bercakap tentang fakta, minta dibetukan ye kot2 ada yang saya tersilap. Maklumlah, kita bukan ustazah, masa belajar dulu pun ambik kos cikai2 je..huhu..tapi, saya buat ni semua sebab teringat sabda Rasulullah yang bermaksud:

Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat.

alaa..xpelah, walaupun semua ni korang dah tahu, tapi saje nak remind. Kita ni manusia, memang diciptakan Allah mudah lupa. Sebab itulah Rasulullah kata, Addinu nasihah. Agama Islam ini adalah nasihat, complimentkan manusia sebagai hamba yang lemah.

Alamak, sorylah..dah panjang pulak membebel ni. Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua.Oklah. Continue later. Semoga setiap langkah dan tindakan kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah. ameeen...


Thursday, October 14, 2010

My UnExpected Experience


Assalamualaikum w.b.r kepada semua rakan-rakan pembaca blog...


waa..lama sudah saya tidak mengemaskini blog ni..maafla ye..selama lebihkurang 3 minggu sebelum ni saya tidak bertemu sua dengan internet..huhu..

Alhamdulillah saya telah kembali ke tanah air untuk menyelesaikan tugas sebagai khalifah Allah yang tak pernah habis ini. lebih kurang 16 hari saya terbang dan berjalan ke sana ke mari untuk mencari cinta Nya..Cinta Sang Pencipta. Sebenarnya saya memang x pernah menyangka bahawa saya akan menunaikan umrah seawal usia ini, namun itulah takdir Allah. Alhamdulillah.

Pengalaman saya ke 2 Tanah Haram (Madinah & Mekah) akan saya kongsikan sedikit demi sedikit dalam blog ini...Semoga Allah meredhai setiap perkara yang kita lakukan setiap hari. Perkongsian saya adalah sebagai jemaah umrah dan juga salah seorang daripada staf yang menguruskan pakej umrah yang saya ikuti ini. Pendek kata, saya pergi bukan hanya semata-mata untuk bercuti, tetapi bekerja di sana.

Umrah Tarbawi siri 1 di bawah Syarikat 3i Travel & Services adalah kumpulan umrah pertama yang berada di bawah kelolaan syarikat ini. Alhamdulillah semua telah selamat pergi dan kembali. Tarikh keramat kami bertolak ialah pada 24 Mac 2010 dengan menaiki flight Pakistan International Air (PIA). Kami transit 1 hari di Karachi. Buat pertama kalinya saya mempunyai passport dan menaiki kapal terbang ke luar negara..mana la tak teruja nya..hehe..

Pelbagai rintangan dan halangan ketika di lapangan terbang kami cuba menyelesaikannya satu persatu. Pengalaman yang saya tak dapat lupakan apabila terpaksa berhadapan dengan orang ramai di lapangan terbang KLIA, KARACHI & JEDDAH...perlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi karenah2 mereka di kaunter dan sebagainya. Tapi..satu perkara yang pasti..Rasa bersyukur sangat-sangat sebab dah jejak ke tanah yang tidak pernah dijejaki..misi untuk mencari RedhaNya semakin hampir.

Saya tidak lupa untuk merakamkan aksi dan babak2 yang berlaku di setiap tempat yang kami pergi. Sebelum kami sampai di Jeddah, di Karachi juga telah ada antara jemaah kami yang membeli belah..hehe..

Kami sampai di Jeddah lebih kurang jam 7 malam. Selepas beratur lebih kurang 40 minit, barulah kami dapat masuk. Ada juga yang terpaksa beratur lama..kesian betul..semua pasal orang yang kat kaunter di Jeddah. Macam2 perangai daa..huhu..

Lepas dah scan itu ini dan lepasi sume-sume tu...kami pun diarahkan utk menaiki bas dan bersedia utk bergerak ke Madinah. Mak aiihh...beg sorang2..bukan main besar lagi..kena susun elok2 dalam bas tu kasi muat...lepas bincang2 itu ini..kami bergerak jam 12 malam ke Madinah. Alhamdulillah..semua berjalan lancar. Pemandu bas yang baik dan sporting. Acu (my cousin) juga salah seorang mutawif group kami, dia lah kesian sebab kena teman driver bas tu borak2, sebab dia memang ngajar Bahasa Arab di Matrik UIA. Kami semua tido kat belakang...tapi lepas tu dia tido jugak la..

Kami berhenti minum di tempat rehat lebih kurang jam 3 pagi waktu di sana...Mak aii..masa tu sejuknya Allah jelah yang tahu..ingatkan dalam bas tu dah sejuk tahap maksimum dah...rupenye..kat luar tu lagi sejuk..huhu..suhu berapa pun tak tahulah..depa semua pakat p minum air panas..saya malas nak p jejauh..duk dalam bas je.

kat bawah ni ada gambar sket..nnt sambung lagi...

Taklimat di KLIA serta pembahagian tiket



Bersama salah seorang jemaah umrah tarbawi..Kak Izzah..masa ni Odw ke Karachi..excited masa ni..best..hehe...

Tiket saya dari KL-KARACHI dan dari KARACHI-JEDDAH


Orang tengah tido kena kejut..sebab dia nak bagi makan..dinner dalam PIA..best juge..hehe...


My Lunch at AIRPORT HOTEL @ KARACHI...hehe..

Makan lagi kali ke-2 dalam flight odw ke Karachi...

Paparan skrin di depan mata..dah nak sampai Karachi masa ni..laju gile...


Skrin depan mata (belakang seat orang depan)..memang best..sebab dapat tahu perkembangan semasa perjalanan kita..tapi x semua flight ada ni...


Masa ni dah nak sampai Karachi..tempat tinggi memang sejuk kan..huhu...

Haa..ni masa dalam flight nak ke Jeddah..tengok, belakang seat orang depan xde skrin kan..terpksalah tengok skrin besar je yang kat depan sane..huhu...



tO Be Continue...

Sunday, April 18, 2010

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah


Monday, March 15, 2010

Ujian itu bahagia...

Dalam meniti arus kehidupan,manusia seringkali diuji oleh Allah s.w.t. Ada sahaja yang menimpa diri,sehingga kekadang dirasa sudah tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi.Bukan sengaja merintih nasib diri tetapi dugaan yang bertimpa-timpa sedikit sebanyak menguji keimanan yang tidak sekuat mana pun.

Ya,manusia memang mudah merasa sengsara apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian dariNya.Hinggakan terlupa suatu hakikat bahawa orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba-hambaNya yang Dia sayangi.Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,


“Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”
.




Justeru,mengapa memilih untuk berkeluh kesah dan menderita?Sedangkan kebahagiaan menanti dalam setiap ujian yang dihadapi.Tinggal lagi manusia yang harus mencarinya dengan hati yang tulus dan suci.Bagaimana?

1.Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin.
Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya.Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran.Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,

”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”


2.Mengimani dan meyakini qada’ dan qadar Allah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia adalah Khalik,Zat yang mencipta manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.Allah telah menetapkan aturan terhadap manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain mengikut ilmuNya yang Maha Luas,itulah yang dipanggil sunnatullah.Segalanya mengikut qada’ dan qadarNya.Manusia yang bertaqwa akan meyakini segala ujian yang dihadapi adalah ketetapan untuknya dari Allah dan ada hikmah serta rahmat di sebaliknya.Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud

“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan urusannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”


3.Mengimpikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.
Kiasannya,langit tidak akan selalunya mendung pasti terbit jua sang mentari di ufuk timur.Allah pasti menyusulkan kemudahan di setiap kesusahan yang diberikan kepada hambaNya.Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”


Manusia yang bertaqwa bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di dunia yang sementara tetapi mendamba kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.Lantas dia tidak mudah melatah dengan ujian yang dihadapi,kerana baginya itu satu peluang untuk memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar:61 yang bermaksud,

“Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa kerana kemenangan mereka(pada hari kiamat).Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati.”


4.Menginsafi diri bahawa ada manusia yang lebih dhaif.
Setiap kali ditimpa dugaan,manusia pasti merasakan dialah yang paling menderita dan bernasib malang di dunia ini.Walhal ada yang lebih dhaif darinya tetapi tidak pernah mengeluh,tetap redha dengan aturan Allah kepadanya.Manusia yang bertaqwa akan memandang kepada orang yang lebih bawah setiap kali didatangkan dengan ujian dariNya kerana hanya dari situ dia melihat dirinya lebih baik dan beruntung.Dia juga menanamkan qana'ah dalam dirinya dan menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah dengan sebaiknya.Firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 yang bermaksud,

“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu amat berat.”



Secara tuntasnya,Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.Firman Allah dalam Surah Al-Mukminn:115 yang bermaksud,

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 saja,dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”.


Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya.Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.Wallahu’alam.


Dipetik daripada: Iluvislam.com




Sunday, March 14, 2010

sekali sekala...




Kadang-kadang saya nak menulis, untuk dikongsi bersama rakan-rakan..tapi, bila mengadap page, blur plak rasanya, x tahu nak share ape..sebab banyak sangat..huhu..tak pelah..simpan dulu..
nak share ni je dulu..hehe...
silalah buka dan baca..moga2 bermanfaat...hehe.

Misi tahun ini....



Assalamualaikum w.b.r Terima kasih kepada para pelawat blog saya sekalian. Maaf dah lama tak update..seperti biasa, saya manusia biasa yang mencari sesuap rezeki..hehe..so, kenalah bekerja mencari rezeki. apa pun, saya tak tahulah nak share apa, sebab dah banyak sangat benda nak tulis, tapi still tak tertulis lagi. Juz nak ingatkan bahawa kematian itu semakin hampir. Setiap hari malaikat datang menziarah kita. oleh itu, sebelum melakukan apa-apa, berfikirlah dahulu dan sentiasa mencari redha Allah. Saya tahun ini cuba membuat satu episod yang perlu diselesaikan. Episod perjuangan dalam melaksanakan MISI MENCARI REDHA & CINTA ALLAH. Ia bukanlah semudah yang kita sangkakan...Semuanya memerlukan pengorbanan. Tapi kalau kita minta dengan DIA...InsyaAllah Dia akan makbulkan... Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah...

Tuesday, March 9, 2010

Selamat Menyambut awal Muharram







Thursday, December 17, 2009

La Ghadhob...





Salam,

Sila eja...M.A.R. A.H... Marah. Ye, Marah! Suatu sifat yang semua orang ada. Siapa yang tidak pernah marah? Bezanya samada ianya sedikit ataupun banyak, cepat ataupun lambat. Marah boleh dikategori kepada 2 iaitu (1) Marah kerana faktor agama dan (2) Marah kerana faktor peribadi. Kita dibolehkan marah jika ia melibatkan faktor agama asalkan sifat tersebut memberikan kesan positif kepada Islam dan umatnya dan ianya juga merupakan marah yang terpuji. Sebaliknya, kita dilarang sama sekali marah kerana faktor peribadi kerana ianya merupakan marah yang tercela. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk mengawal marah. La Ghadhob...

Jika dirujuk kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada beberapa tips iaitu:

[1] Mengenal asal-usul marah, bahawa ia berasal dari sikap tinggi diri yang ada pada seseorang.

[2] Menyedari peranan syaitan yang suka membuat manusia marah. Syaitan menunggu ketika manusia dalam keadaan lemah seperti letih, tertekan, terburu-buru dan sebagainya. Dalam keadaan seperti ini syaitan mencelah dengan cucukan sikap marah.

[3] Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan bahawa orang yang kuat bukanlah mereka yang memenangi pertarungan gusti tetapi yang berjaya mengawal kemarahannya. [Shahih Muslim, no: 2608] Orang yang mudah marah, dia sebenarnya orang yang lemah sekalipun dalam beberapa aspek lain dia orang yang berjaya. Maka jadilah orang yang kuat, yakni orang yang dapat mengawal kemarahannya.

[4] Jika sedang marah, duduklah, Jika sedang duduk, baringlah: "Jika salah seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk agar marah hilang darinya. Jika tidak hendaklah dia baring." [Sunan Abu Daud, no: 4782]

[5] Jika sedang bercakap, maka diamlah: "Jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia diam." [Musnad Ahmad, 1/239]

[6] Mengambil wudhu': "Sesungguhnya marah berasal dari syaitan dan syaitan berasal dari api. Sesungguhnya api itu dipadam dengan air. Oleh kerana itu jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia berwudhu'." [Sunan Abu Daud, no: 4784]

[7] Menginginkan balasan yang baik: "Seorang hamba tidak meneguk tegukan yang lebih baik di sisi Allah daripada tegukan marah yang dia tahan kerana mencari keredhaan Allah Azza wa Jalla." [Sunan Ibn Majah, no: 4189]


Seseorang pernah bertanya: "Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku perbuatan yang memasukkan aku ke syurga." Rasulullah menjawab: "Engkau jangan marah." [Majma az-Zawaid 8/70]

diolah dari blog HafizFirdaus. com


Wednesday, December 16, 2009

Keberkatan hidup...




AMBIL BERKAT....

Masyarakat kita amat memberi perhatian kepada amalan “Ambil Berkat” dimana mereka mencarinya pada waktu, tempat dan amalan tertentu yang mereka dakwa memiliki berkat. Ambil saja contoh meraikan malam Tahun Baru Hijrah, menziarahi kubur yang dianggap keramat dan membaca zikir sekian-sekian sebanyak 1000 kali atau lebih. Semuanya dilakukan dengan harapan mengambil berkat daripada sesuatu waktu, tempat dan ibadah.

“Ambil Berkat” dalam bahasa Arab disebut Tabarruk. Perkataan berkat pula dalam bahasa Arab disebut Barakah bererti kebaikan, keutamaan, nikmat, anugerah dan kurnia yang melimpah-limpah. Di sini terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui. Pertama, Barakah adalah milik Allah s.w.t. sepenuhnya. Kedua, hanya Allah yang memiliki sifat Tabaraka, iatu yang layak memberikan Barakah kepada sesuatu waktu, tempat dan amalan yang dikehendaki- Nya. Ketiga, manusia tidak boleh mendakwa sesuatu waktu, tempat dan amalan memiliki Barakah melainkan berdasarkan dalil daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Jika manusia pandai-pandai menyandarkan keberkatan kepada sesuatu waktu, tempat dan amalan tanpa dalil, maka dia jatuh ke lembah syirik kerana telah meletakkan dirinya sejajar dengan Allah.

Wadus! Heavy sungguh!

Jangan bimbang. Bahagian yang heavy hanya satu perenggan di atas. Seterusnya ringan dan mudah insya-Allah. Nak tak nak, saya terpaksa menyampaikannya kerana ia melibatkan antara tauhid dan syirik, syurga dan neraka. Sebenarnya amalan “Ambil Berkat” bukanlah semuanya salah. Jika keberkatan yang dicari adalah terhadap sesuatu yang berdasarkan dalil, maka ia disyari‘atkan dan mampu mendatangkan kebaikan, keutamaan, nikmat, anugerah dan kurnia yang melimpah-limpah kepada kita.

Sebenarnya tanpa kita sedari, sebahagian daripadanya lazim kita lakukan setiap hari, bahkan dua tiga kali dalam sehari. Contoh yang terbaik ialah makan. Iyya! Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan malam malam. Ia adalah amalan yang memiliki keberkatan di dalamnya. Tak percaya? Mari kita kaji beberapa amalan ketika makan yang memiliki keberkatan di dalamnya.


1) Menyukat kadar makanan.

Apabila ke pasar, jangan membeli sesuka hati. Apabila hendak memasak, jangan ambil ikan, daging atau sayur dari peti sejuk sesuka hati. Apabila hendak makan, jangan mencedok sesuka hati. Sebaliknya hendaklah disukat pada kadar atau jumlah yang berpatutan. Semua ini bukan sahaja kerana menjaga ekonomi, kesihatan, kelangsingan pinggang dan berat badan, tetapi juga kerana ingin mengambil berkat daripadanya. Rasulullah s.a.w. berpesan: “Sukatlah makanan kalian, nescaya kalian akan diberkati.” [Shahih al-Bukhari, no: 2128]


2) Berkumpul apabila makan.

Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Berkumpullah kalian ketika makan dan sebutlah nama Allah padanya (Bismillah), nescaya makanan kalian akan diberkati.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3764] Oleh itu makan bersama-sama adalah satu amalan yang memiliki berkat di dalamnya. Berusahalah untuk makan bersama-sama, sama ada bersama ahli keluarga di rumah, rakan-rakan dalam bilik asrama, guru dan pensyarah di kafeteria kolej atau sahabat handai di restoran. Elakkan daripada makan bersendirian pada waktu yang berasingan kerana ia tidak diberkati.


3) Makan dari tepi pinggan.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam kitab Sunannya, no: 1805, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Keberkatan turun di bahagian tengah makanan, maka makanlah dari tepinya dan jangan dari tengahnya.”

Apabila kita makan di pinggan, mulakan dari tepi, jangan di tengah. Apabila kita menceduk lauk, ceduk yang tepi, bukan yang tengah. Jangan diusik yang tengah agar keberkatan dapat sentiasa turun dan mengalir kepada yang ditepi dan sekelilingnya. Apabila yang ditepi atau sekeliling pinggan sudah habis, barulah diambil yang tengah. Demikian adab makan yang bukan sahaja diberkati tetapi juga memiliki nilai etika yang mulia.


4) Melicinkan pinggan.

Bercakap tentang etika mulia ketika makan, ada yang memandang perbuatan melicinkan pinggan dan menjilat jari sesudah makan sebagai etika yang kurang baik. Di sini terdapat satu perkara penting yang perlu dibezakan, iaitu etika yang mulia atau buruk tidak ditentukan mengikut ukuran manusia tetapi berdasarkan ukuran Islam. Merujuk kepada perbuatan melicinkan pinggan sesudah makan, ia adalah perbuatan yang diberkati oleh Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w. telah menyuruh untuk melakukannya dengan alasan: “…kerana kalian tidak tahu makanan di bahagian mana yang diberkati.” [Shahih Muslim, no: 2033]

Justeru sekali pun kita mula makan dari yang tepi dan berakhir dengan yang tengah, akan tetap ada makanan yang tersisa di sana-sini. Hendaklah dilicinkan yang tersisa tersebut. Di sini tidak timbul persoalan “sudah kenyang” atau “tak larat nak habiskan semua” kerana sejak awal kita telah menyukat kadar makanan yang diletak di atas pinggan (rujuk poin nombor 1 di atas).


5) Menjilat jari.

Keberkatan bukan sahaja dengan melicinkan pinggan tetapi juga dengan menjilat jari. Termasuk dalam keberkatan ini ialah menjilat apa saja alat yang digunakan untuk makan seperti sudu, garpu, pisau dan chopstick. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” [Shahih Muslim, no: 2035]

Demikian lima amalan sebelum, semasa dan selepas makan yang boleh diambil berkat darinya. Hmmm, bila sembang bab makan, sudah tentu ada yang terasa lapar. Silakan. Akan tetapi jangan lupa untuk menyukat kadar makanan yang diambil, duduk makan bersama-sama, mendahului dengan bacaan Bismillah, bermula dengan yang tepi, berakhir dengan yang tengah, licinkan pinggan dan jilatlah jari.





Monday, December 14, 2009

Betulkah kita menuntut ilmu selama ini?...





Salam… perkongsian di bawah ini adalah dipetik dari blog HafizFirdaus. com.


Assalamualaikum,

Boleh akhie HF terangkan kepada saya teknis belajar yang digunakan. Saya juga mencari kaedah dan cara yang bermanfaat agar dapat juga mendalami > ilmu-ilmu agama dengan baik.

wassalam.


Jawapan:


wa'alaikumussalam warahmatullah,


Sebenarnya tidak ada teknik belajar yang khusus dan tersusun. Memandangkan akhie bertanya, saya dapat rumuskan beberapa teknik atau poin penting untuk kita belajar ilmu-ilmu agama.


[1] Ikhlas


Ini adalah poin terpenting. Hendaklah kita menuntut ilmu ikhlas kerana Allah. Jika kita menuntut ilmu untuk menggapai keuntungan duniawi, untuk menjaga nama baik, untuk perlagakan sesama ulama', merendahkan orang lain dan sebagainya, ia tidak akan menghasilkan kejayaan yang hakiki di sisi Allah.


Kita mungkin berjaya di sisi ukuran kita dan memperoleh sanjungan sebahagian manusia tetapi di sisi Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal memperoleh azab-Nya di Akhirat nanti.



[2] Minat.


"Minat" (Interest) adalah faktor yang dapat menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. Separuh kedua ialah berusaha untuk membenarkan hajat tersebut.


"Minat" seseorang kepada sesuatu perkara mampu membawa dia ke tahap yang sebelum itu tidak terbayang olehnya.


Minat seseorang ke bidang komputer umpamanya mampu menjadikan dia seorang programmer atau juru teknik komputer tanpa dia sendiri pada asalnya memiliki apa-apa kelulusan formal dalam bidang tersebut.


Oleh itu seseorang itu perlu "minat" dalam ilmu-ilmu agama jika dia mahu mendalaminya. "Minat" ini boleh diterapkan dalam diri seseorang dengan memikirkan manfaatnya kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, ditambahi dengan ganjaran Allah di Hari Akhirat nanti.



[3] Bersabar.


Tidak ada short cut dalam menuntut ilmu. Tidak boleh duduk dan angan-angan diri sendiri umpama sebuah komputer: letak sahaja cdrom dan install, program terus berjalan.


Menuntut ilmu harus berperingkat dan bertahap-tahap. Bagi setiap individu peringkat dan tahap berbeza-beza kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza di dalam mencerna ilmu-ilmu yang diterimanya. Ada yang cepat, ada yang sederhana dan ada yang lambat.


Yang pentingnya manusia itu berusaha dengan kemampuan yang dimiliki oleh. Kemampuan itu sendiri sesuatu yang tidak tetap (not fixed), ia sentiasa dinamis selari dengan kadar usaha seseorang itu.


Oleh itu yang penting ialah berusaha dan bersabar di atas usaha tersebut.


Dalam sebuah hadisnya, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas Muslim." Baginda tidak bersabda, umpama: "Menjadi pandai adalah wajib ke atas Muslim."


Bererti yang dituntut oleh Islam ialah berusaha menuntut ilmu dan bukannya menjadi pandai tanpa berusaha terlebih dahulu.



[4] Berani menghadapi kegagalan.


Seorang bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh ketika berlatih berjalan.


Seorang penunggang basikal akan cepat bangun apabila terjatuh jika sebelum itu dia sudah biasa terjatuh, berbanding dengan seseorang yang sebelum itu tidak pernah jatuh.


Seorang pemain skate board akan berani membuat stunt di papan lunsur jika sebelum itu dia telah berlatih dan menerima hakikat bahawa jatuh itu adalah salah satu metode latihan yang akan membawa dia ke kejayaan.


Demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya jika sebelum itu dia enggan menerima risiko tersilap atau terkeliru.


Sebahagian orang menuntut ilmu kerana ingin menjadi mujtahid yang maksum dan menulis buku yang 100% betul umpama al-Qur'an. Termasuk dalam kategori ini adalah orang yang enggan menerima teguran atau pembetulan.


Orang-orang sebagaimana di atas tidak akan mencapai kejayaan yang sebenar kerana mereka sendiri pada asalnya takut untuk mencapai kejayaan tersebut.



[5] Mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu.


Manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai cara. Jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan cara itu sahaja. Apabila cara itu hilang, maka dia tidak akan lagi dapat memperoleh apa-apa ilmu.


Contohnya ialah orang yang hanya mahu belajar secara face to face dengan seorang guru. Apabila gurunya tiada, dia tidak lagi dapat mempelajari apa-apa ilmu.


Selain itu, termasuk dalam "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari cara-cara menyampaikan ilmu. Apakah gunanya ilmu yang banyak apabila ia tidak boleh dikongsikan kepada orang ramai yang memerlukannya ?


Sebagai contoh, banyak orang yang berilmu tetapi tidak tahu menggunakan MS Word sehinggakan kertas kerja 10 mukasurat mengambil masa sebulan untuk siap. Itupun dengan macam-macam kesilapan format dsbgnya. Banyak juga yang berilmu tetapi tidak tahu untuk bercakap (Public speaking) sehingga akhirnya tinggallah orang yang pandai bercakap tetapi sikit ilmu yang memenuhi jadual ceramah di masjid dan surau.


Termasuk juga dalam kategori "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari tentang diri manusia sendiri daripada orang-orang yang kerja mereka memang mengkaji manusia.


Orang-orang seperti ini, yang juga dikenali sebagai "Self improvement guru" adalah mereka yang memiliki keahlian dalam mengkaji tabiat manusia dan cara-cara untuk memperbaikinya.


Banyak hasil kajian mereka yang dapat kita manfaatkan seperti susunan masa yang efektif (7 Habits of Successful people), daya ingatan (Brain power), kaedah membaca (speed reading), pengendalian tekanan hidup (stress management) dan lain-lain.



[6] Menjauhkan perkara yang sia-sia.


Mustahil untuk berhimpun di dalam satu jasad perkara-perkara mungkar dan ilmu-ilmu agama kerana kedua-duanya adalah sesuatu yang saling bertentangan.


Bukan sekadar perkara yang mungkar, yang sia-sia dan samar-samar juga adalah sesuatu yang bertentangan.


Oleh itu hendaklah dijauhi segala yang sia-sia (al-Laghw) atau samar-samar seperti muzik, URTV, rokok, mendengar/melihat/ mencari kesalahan orang dan lain-lain.


Semua di atas digantikan dengan zikir, solat sunat dan bacaan al-Qur'an. Perlu dingatkan bahawa 3 di atas adalah sebagai pengisi masa lapang ketika berehat daripada mengkaji ilmu-ilmu agama.



[7] Berdoa dan Tawakkal.


Mencapai kejayaan dalam Islam memiliki beberapa langkah:


[a] Berhajat (cita-cita), [b] berusaha, [c] BERDOA, [d] TAWAKKAL dan [e] menyemak semula.


Ini adalah sesuatu yang straight forward tanpa memerlukan ulasan lanjut.


Menyemak semula adalah satu poin yang tidak kurang pentingnya kepada ilmu adalah satu perkara yang tidak memiliki titik noktah. Ilmu sentiasa bergerak dan dinamis sehingga menjadi satu kelaziman di kalangan para ilmuan mereka meralat pendapat mereka yang awal.


Wallahu a'lam


Thursday, December 10, 2009

Jom Join..Sebarkan...





Salam perjuangan buat rakan-rakan pembaca sekalian…


Exam around d corner..semua dah rasa dalam mode exam..dah set minda masing2..hehe..apapun..semoga maju jaya..



Entri kali ni saya hanya ingin membuat beberapa pengumuman sekaligus menjalankan tugas sebagai promoter percuma untuk program-program yang akan disenaraikan ini...



Brotherhood Muslim Camp 2009

22-24 November 2009

Kem Raudhah, Gombak

RM25 SAHAJA.

Info : BroMC09



Training of Trainer: Penghayatan Asmaul Husna

15 November 2009

Bandar Tun Razak, Cheras

RM10... Penyertaan terhad..siapa cepat dia lah dapat...

Info: contact saya...013-2965723-fiey



Program Khusyu’ solat + Konsert Opick & Inteam

22 November 2009

Dewan TNB Bangsar

Info: Nurul Fatihah = 0133449310



Semoga program2 di atas dapat berjalan lancar dan diredhai Allah..banyak lagi program akan menyusul selepas ini..kalau nak kitaorang buat program kat tempat korang pun boleh..contact saya..013-2965723...



Terima kasih kerana sudi membaca..mohon untuk disebar-sebarkan perkara yang bermanfaat ini...


Wednesday, November 4, 2009

MAHAR


Setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana kita masih lagi dapat bernafas pada hari ini. Lantas kita harus membalas segala nikmat Allah yang tidak terbayar ini dengan pujian-pujian kepadaNya, melakukan ibadah dan memperjuangkan kalimah La ilaha illalah di atas muka bumi ini selagi kita hidup.


Alhamdulillah, hari ni dah 2 November 2009. Kita semakin menghampiri penghujung tahun masihi. Bagi para pelajar, sekarang adalah musim peperiksaan, sama ada peperiksaan akhir tahun, SPM pun tak lama lagi dan juga peperiksaan akhir semester di majoriti IPTA. PMIUM mara setapak lagi untuk menghiasi pentas akademik bagi seluruh warga kolej untuk sama-sama meraih kecemerlangan dunia dan akhirat.


MAHAR atau pun Kempen Mahasiswa Sedar telah dilancarkan sejak minggu terakhir akademik. Bertemakan DEPAN KITA ADA ALLAH, MAHAR membawa objektif untuk membawa Mahasiswa perjaya bahawa pergantungan kepada Allah amat perlu bukan hanya kepada study @ ulangkaji semata-mata. Selain itu MAHAR juga bertujuan memberi kesedaran bahawa Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber motivasi utama dan objektif terakhir ialah untuk menjauhi maksiat demi keberkatan ilmu.


Sewaktu solat maghrib di surau Kolej kediaman ke-empat minggu lalu, saya telah menerima booklet kempen MAHAR yang kecil dan comel. Ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Antara isi kandungannya ialah 7 nilai semut iaitu: 1) pergantungan kepada ALLAH SWT. 2) Tidak pentingkan diri. 3) Kesatuan. 4) Rajin. 5) Berjiwa besar. 6) Nilai kerjasama. 7) Ukhwah. Nilai-nilai ini kita boleh praktikkan sewaktu musim ulangkaji agar kita sentiasa menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu.


Terdapat juga ayat Quran yang dipaparkan bermaksud: “Dunia dibawah dagu, akhirat di depan mata”.


Disediakan juga checklist harian kita. Antara perkara yang dinyatakan ialah solat 5 waktu, membaca Al-Quran sekurang –kurangnya selembar sehari, amalan sunat, berbuat baik dengan rakan-rakan, dan muhasabah diri. Doktrin yang ingin ditekankan dalam kempen ini ialah, Hari ini mesti lebih baik dari semalam & Segalanya kerana Allah.


Saya mendoakan rakan-rakan berjaya menempuh peperiksaan dengan baik dan cemerlang. Semoga ilmu yang kita perolehi ini akan membantu dan berguna untuk kita kelak membangunkan ISLAM.


Ma’a taufiq wan najah….





Monday, November 2, 2009