Semakin hari semakin hampir





Alhamdulillah, genap sudah umur saya 24 tahun. Anugerah Allah tidak pernah berhenti setakat ini. Dengan ilham daripada Allah, Majikan saya telah mengusahakan satu majlis doa selamat untuk para pelajar dan pekerja yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Adam Sobri, (pelajar SMTT3i)4 April dan saya 5 April, majlis telah diadakan pada 5 april jam 10.30mlm. Doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Fairuz yang merupakan guru agama di SMTT3i, tempat saya berkhidmat.

Sungguh rasanya tidak mampu untuk meminta lagi daripada Allah kerana kurniaNya terlalu banyak tidak terhitung. Rasa sebak juga bila Ustaz Fairuz bacakan doa dan ucapan ringkas daripada Boss saya. Tahun lepas sempat saya menyambut ulangtahun kelahiran di depan Baitullah, kali ini saya tidak sempat kerana pulang awal ke Malaysia.

Setiap tahun saya merasakan pelbagai perasaan dan mendapat situasi yang berbeza ketika ulangtahun kelahiran saya. Ketika di Tahun 1 UM, bersama rakan2 sebilik, tahun 2 UM, atas sampan di Kg.Kuantan ketika melawat Kelip2 di Kuala Selangor bersama rakan2 satu subjek utk subjek Alam Sekitar. Tahun 3 tak ingat, Last year di Masjidil Haram, This year bersama rakan2 setugas dan pelajar SMTT3i.

Apapun, setinggi syukur kepada Allah kerana mengizinkan saya sampai ke usia sekarang dengan segala nikmatNya yang sungguh banyak. Sungguhlah Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Sayang sungguh Allah kepada HambaNya..Terasa belaian kasih sayang Allah, lebih-lebih lagi ketika berkerja dan beribadah di Haramain baru-baru ini.

Alhamdulillah...ucapan itu yang masih berbaki di sanubari saya sekarang selepas majlis semalam..

Terima kasih buat semua yang terlibat, pihak pentadbiran, rakan-rakan sekerja, anak2 didik SMTT3i dan semua rakan2 saya di luar sana yang telah memberikan ucapan dan doa melalui panggilan telefon, SMS dan Facebook. Semoga kalian sentiasa dalam Rahmat Allah InsyaAllah.


Orang ramai, kek pun kena banyak lah..hehe...Terima kasih banyak2 kepada mereka yang telah memberikan hadiah=)...

Wednesday, April 6, 2011

What U give..U get back!


Assalamualaikum wbr.

Erm..semalam saya belajar sesuatu. Iaitu jangan kata kat orang lain sesuatu yang tak elok, nanti Allah bagi balik kat kita. alaa..macam kita selalu cakap kat adik kita laa..'jangan cakap kat orang bodoh, nanti apa yang kita cakap tu, balik semula kat diri kita'. Perkara ni kita semua dah tahu sebenarnya, cumanya lupa..biasalah, manusia memang ALLAH ciptakan semulajadi sokmo-sokmo lupa. Orang arab corrupt yang dikatakan hebat minda mereka mengingat dan menghafal pun boleh lupa suruhan dan larangan Allah. Tu pasal negara depa 'hebat-hebat'..

Ok, berbalik tentang pengajaran yang saya dapat semalam. Saya ada terbaca blog kawan saya ni, pastu saya ym dengan dia. Saya cakaplah tulisan dia kat blog tu miserable.hehe..kesian dia, tak patut betul, bukan nak bagi motivasi kat dia..haa...last-last, sebelum balik kerja semalam, saya yang memang terasa amat-amatlah miserable. Masa dok cakap kat dia kita tak rasa apalah sebab masa tu memang x rasa pape lagi, sekali Allah bagi, hampir tersungkur den dibuatnya. huhu. Tak pelah, ujian Allah itu tanda Dia perati kan kita..kan..

Anyway, saya kena belajar lah how to overcome that. Pengurusan kerja dan stress dan juga hubungan dengan manusia. Hubungan dengan manusia ni saya lemah skit, sebab tu saya tak suka buat marketing. haha..jahat betol, tapi memang nak kena belajar ni, bigboss sokmo dah sound..huhu..

Apa yang dipelajari itulah yang perlu dipraktikkan dan sesungguhnya, Allah akan uji apa ilmu yang kita dah belajar, itulah seperti kata-kata ustaz Dzul Khairi Mohd Noor. Saya perlu sentiasa berfikiran positif, begitu juga dengan kalian semua. Setiap yang Allah jadikan itu bukanlah sia-sia, disebaliknya ada pengajaran yang berbeza bagi setiap kita.

Aissshhh..sebenarnya banyak menda nak share kat sini. Tapikan, memang Allah uji saya dengan kekangan masa. Bahan2 yang nak dikongsi ni selalu dah dibawa ke sana ke mari, tapi bila masanya nak menaip tu selalu terbatas. Nak-nak bila dapat lagi task yang banyak lagi mencabar semalam. aiseh...hanya Allah lah tempat kita mengadu dan pergantungan sepenuhnya. Ni pun ada lagi kerja tak siap, nak katanya, kerja memang tak pernah habis. Kalau ikutkan, memanglah tak berbaloi kerja ni dengan gaji yang saya dapat. Berapa gaji saya dapat??hehe..tak perlulah saya mention kat sini. Tapi, saya belajar dari sini bahawa kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Allah Ar-Razzaq itu Maha pemberi rezeki, Dia tahu dah banyak mana kita perlu. Kalau nak lagi..minta aja sama Dia. Itulah apa yang saya diajar dengan Asmaul Husna.

Erm..tengoklah..bila-bila saya update lagi blog ni dengan penulisan yang lebih ilmiah supaya korang tak bosan asyik baca post saya yang kosong nih..haha..

Last but not least, doakan saya dapat menunaikan haji untuk tahun 1432h nanti. Hint2 dah ada tu, cumanya belum confirm lagi. Moga Allah jemput saya menjadi tetamuNya InsyaAllah. Haa..sape2 lagi nak p haji cepat, boleh bgthu saya, asal duit korang dalam TH dah cukup.hehe..iklan sebentar.

Erm..oklah, sambung nanti, kerja2 den sedang menunggu untuk disiapkan nih..huhu..

Barokallahufikum..

Assalamualaikum...

Wednesday, October 20, 2010

KEMBALI

Assalamualaikum w.b.r

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Sekali lagi saya diberi ruang dan peluang untuk mengemas kini blog ini setelah sekian lama ditinggalkan..huhu..alasannya ialah;banyak koje, malas, itu je.huhu...sory yep...

So, kali ini saya kembali lagi dengan cerita2 terkini yang boleh di kongsi bersama. Saya sebenarnya dah lama tak join demo sejak grad Disember aritu..huhu..So, kali ini adalah pertama kali setelah sekian lama beruzlah..hehe..Ekceli saya macam taraddud lagi nak join ke x nak demo ni, tapi sebab adik saya beria-ria ditambah pulak dengan sokongan senior saya kat pej tu..saya pun join la juge.hehe

Bergerak dari pejabat jam 2.15 ptg lebih kurang ke tempat berkumpul di Masjid Jamek Kg.Baru seperti mana yang telah dirancang oleh pihak penganjur. Kami ber4 sebenarnya, tapi bila dah mula bergerak lama2 tu tinggal ber3 sorang lagi tercicir..hehe..sebelum bergerak, baca doa dulu dan kami diberikan sehelai poster sorang. Masa ni la jumpe orang tu laa orang ni laa..huhu...bez juge jumpe orang2 yang dah lame x jumpe. Then kami pun posing r ambil gambar ramai2..hehe..
Antaranya kat bawah ni laa..

Antara isu-isu yang di hangatkan time demo ni ialah bantahan terhadap kekejaman israel di palestin, isu UMNO-APCO, & isu politik.


Gambar bawah ni adalah salah 1 poster yang kami dapat..hehe...




Hm..masa ni dah masuk jalan ampang dah ni...Jauh giler kot jalan..lebih kurang 5km di tengah panas. Tapi itulah hakikat demo,tpi bila dah lama beruzlah, mulalah terasa kesannya.huhu...



Gambar bawah ni depa naik lori beramai2..lori sape yang infaq tu wallahu a'lam. Tapi yang pastinya, ramai pimpinan naik kenderaan dan pihak penganjur juge...Masa ni bergemalah slogan2 yang pelbagai dan laungan takbir..

Antaranya ialah: Khaibar2x..Khaibar Ya yahud, Jaisyu Muhammad saufa Ya'ud...dan saya memang suke ayat ni..hehe..maksud dia ialah: Berjaga2 lah Wahai Yahudi, Tentera Muhammad akan mara!

Laungan lain yang lazim ialah: Hidup2 hidup ISLAM, hancur2 hancur zionis..

Ni adalah gambar orang yang duk mengendap atas jambatan..tak taula depa ni join jalan2 ni ke x...tapi yang pastinya, ramai press duk atas tu dan orang2 yang nak tengok saja pun ada..sabor jelaa...
Haaa..time ni dah smpai depan embassy America..so, mulalah ucapan2 daripada pimpinan2 yang nak bercakap dan dipanggil ke atas pentas pidato..pentas pidato ialah kereta turbo tu..depa naik atas tu untuk berucap..memang mantap r...hehe..speaker besaq tu depa pasang 2 tu..sekali cakap memang meremang bulu roma..huhu...

Ni view belakang...masing2 duk mendengar ucapan walaupun xdengar sangat kot..hehe...

Menunggu agenda seterusnya...tapi, memang bez r sebab dah lama x join..huhu...

Balik tu plan nak naik lrt dengan adik saya, kak teah dan abang apiz...last2..jalan kaki smpai ofis..nak naik bas pun x jadi sebab x jumpe bas..haha..for sure laa..semayang asar pun agak lewat dalam jam 530ptg..huhu..sebab bila smpai ofis tu..cari sofa dulu nak landing..huhu..penat giler kot...adik saya ngan kak teah kata dah leper dah tapak kaki diorang..huhu. Sabor jelah den..

Lepas solat asar, kami pun turun kat Ground Floor nak p makan. Sekali dapat rezeki makan nasi Ayam..dah la b4 p demo 2 memang perut kosong, ape lagi...kami 4 orang makan dengan khusyu'nya sekali..Alhamdulillah..

So, next demo pun xtau lagi bila..pengajarannya..selalu-selalu lah buat morning walk..barulah fit badan tu..lagi2 orang yang selalu koje kat dalam ofis..hehe..

p/s: jangan lupa sentiasa berdoa untuk rakyat palestin, Semoga Allah sentiasa pelihara mereka di sana.








Sunday, June 13, 2010

KARNVIAL AURA UNGU 2010 LAGI!

Inilah antara aktiviti2 Ekspo Karnival AURA Ungu 2010....
Marilah beramai2 memeriahkannya...
Sila sebar2kan...Terima Kasih...

Tuesday, May 18, 2010

My UnExpected Experience (5)



Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur saya kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk menulis dan berkongsi manfaat bersama. Alhamdulillah juga kerana masih dikurniakan nikmat untuk menulis, membaca, mengolah dan sebagainya. Semoga semua yang digunakan akan bermanfaat dan diberkati...


Baik, mulanya saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana dah lama tak update blog sebab minggu ni agak pack. Saya akan sambung lagi cerita daripada entry lepas.

Selepas kami selesai mengerjakan rukun umrah iaitu saie, kami dikehendaki bertahallul iaitu penamantnya umrah. Tahallul ini adalah bergunting. Caranya hanya menggunting rambut atau apa-apa bulu yang ada di badan kita. Ini menandakan kita sudah terkeluar dari tempoh ihram..Alhamdulillah, kami dah standby gunting awal-awal utk digunakan nanti.

Selesai bertahallul kami pun bersedia utk solat subuh, selesai solat subuh kami pun keluar dari masjid untuk mencari apa2 yang boleh dibuat alas perut. agak sukar juga nak cari makanan sini kat sini. Akhirnya kami memilih untuk makan roti nan di salah sebuah kedai berhampiran hotel. Selesai makan, kami pun pulang ke hotel dan menyelesaikan pembahagian bilik. Sekitar jam 10 pagi, semua jemaah sudah masuk ke bilik masing-masing. Alhamdulillah. Setelah semua keadaan stabil, saya bersedia lebih awal untuk menunaikan solat dhuha pertama di Masjidil Haram. Kak Izzah salah seorang jemaah saya meminta saya menemannya untuk buat umrah, sebab dia masih dalam ihram, saya pun tawaflah bersamanya, saya niat tawaf sunat dan dia niat tawaf utk umrah lah…

Ada beberapa masalah, dia tidak dapat meneruskan saienya, saya pun, oklah. Masa tu dah nak masuk zuhur, then dia pun nak balik hotel. Saya pulak nak cari selipar tak jumpa, maklumlah kami masih mentah tentang keadaan di Masjidil Haram. Akhirnya saya terpaksa solat zuhur di luar pintu 1, tengah panas jugaklah. Barulah saya tahu macam mana sesaknya bila kita sampai lewat untuk satu-satu solat fardhu. Selepas solat zuhur, baru dapat ambil selipar dan balik ke bilik, bagi pada Kak Izzah.


Moralnya, jangan datang lewat, selipar masing-masing kena pegang dan bawa bersama.

Selepas zuhur, saya ambil masa utk berehat di bilik sehingga asar. Masa yang ada digunakan untuk menguruskan diri dan sebagainya. Sebelum asar, saya keluar dengan beberapa dokumen untuk malamnya, sebab selepas isya’ kami ada perjumpaan sesama jemaah kumpulan kami di depan dataran masjidil haram. Saya stay lepas asar dan sampai isya’. Selalu pun memang macam tu. Sebab masa yang ada, boleh kita manfaatkan sepenuhnya untuk membaca Al-Quran dan yang lagi bez..p explore Masjidil Haram, berjalan dari pintu 1 sampai pintu 95..hehe…lenguh kaki tu tok sah cakaplah..tapi best…

Dibawah ni saya sertakan sekali beberapa keping gambar Masjidil Haram dan aktiviti kami yang pada masa tersebut. Setakat ni dulu untuk entry kali ni, terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca...


Bekas air zam-zam yang ada di merata-rata tempat..Alhamdulillah..so, what do u choose?my favor is 'not cold'..hehe...

Ukiran yang sungguh menakjubkan bagi saya dalam masjidil haram, semua tiang macam ni...cantikkan??Subhanallah...

Kelas pengajian tahfiz di bahagian atas masjidil haram

Muslimin bergambar selepas perjumpaan pertama kami di dataran masjidil haram

Jemaah muslimat yang hadir.Terima kasih semua...

Monday, May 10, 2010

My UnExpected Experience (4)

Alhamdulillah..Setinggi-tinggi syukur kepada Allah yang memberi saya peluang dan masa lagi untuk mencoret sedikit sebanyak pengalaman yang saya rasa patut dikongsi manfaatnya bersama rakan-rakan semua. Maaf atas kelewatan menyambung cerita. Masa banyak dihabiskan dengan beberapa perkara penting yang perlu didahulukan.


Alhamdulillah, kami bertolak dari Madinah sekitar jam5.30 ptg dan sampai di Mekah lebih kurang jam 12malam. Kami bertolak dari Madinah dengan berpakaian ihram, kerana kami akan Miqat (niat ihram) di Masjid Bir Ali yang terletak tidak jauh dari Madinah, sekitar 20minit perjalanan, kami sudah sampai ke Masjid tersebut.

Saya berfikir boleh la rehat dulu sementara nak sampai ke tempat miqat ni,sebab dah keletihan menyelesaikan perkara yang menyebabkan kami tertunda 2 jam sebelum bergerak, rupanya tak sempat nak lelap dah sampai..huhu..Seperti biasa, masjid ini dipenuhi oleh jemaah umrah yang juga mempunyai niat yang sama seperti kami iaitu untuk berniat ihram di situ. Setelah menunaikan solat tahiyatul masjid, kami berkumpul di bas.

Sempat lagi saya dan seorang adik jemaah kami membeli selipar yang dijual berdekatan dengan bas kami. Selipar ni special sebab dia warna putih dan kami teruja nak beli sebab kalo boleh masa umrah pertama ni, semua pakaian dari atas sampai bawah nak putih..hehe..padahal masa buat umrah tu bukannya boleh pakai selipar pun..haha..masa tu masih tak tengok lagi Baitullah..

Banyak juga persinggahan kami yang menyebabkan kami sampai agak lewat di Mekah. Sekitar jam 6.30 petang, kami bertolak dari Masjid Bir Ali. Masa tu dah masuk maghrib, tapi kami decide untuk bergerak dulu sebab kalo solat kat situ lagi lah makan masa lama. Akhirnya kami berhenti di satu perhentian untuk menunaikan solat jama' maghrib dan isya'. Masa tu juga ramailah yang membeli makanan dan minuman untuk bekalan perjalanan. Masa tu kami agak terujalah sebab baru 1st time rasa dan tengok makanan sebenar arab.hehe..

Sesampai kami di Mekah, jalan agak sesak untuk ke hotel, sebab hotel kami tu kecik je dan jalan nak masuk pun agak kecik, tapi muatlah sebuah bas. Selepas penurunan barang-barang, kami membahagikan bilik-bilik untuk jemaah dengan bantuan ustaz Zain, ustaz yang menguruskan logistik kami sepanjang berada di Mekah. ada perubahan bilik dan jemaah terpaksa menumpang bilik jemaah lain dulu buat sementara. selepas dah masukkan barang-barang dalam bilik, kami semua bergerak sekali ke Masjidil Haram.

Waktu tersebut sekitar jam 2pagi. Namun, suasana sepanjang jalan ke Masjidil Haram tak pernah sunyi...banyak kedai yang buka 24 jam. Hati saya berdebar-debar untuk memasuki dan melihat masjidil haram. Selepas lebih kurang 8minit berjalan, kami pun sampai di dataran Masjidil Haram, iaitu kawasan luar masjid, namun masih boleh menunaikan solat sebab ada marmar dia. Sepanjang perjalanan saya berzikir sambil memerhatikan sekeliling untuk menghilangkan debaran sebelum memasuki Masjidil Haram.

Lepas tu, kami nampak dah la menara masjid yang tersegam indah. Kami sudah berada di depan pintu 1, setiap pintu ada nama khasnya, pintu 1 ialah pintu 'Malik Abdul Aziz'. So, mutawif mengingatkan kami supaya ingat nombor pintu yang kita masuk. Sebelum pergi ke Mekah, saya memang dengar banyak cerita orang sesat dalam Masjidil Haram, cuak jugaklah sebenarnya.

Selepas kami membaca doa masuk Masjidil Haram, kami meletakkan selipar di tempat yang disediakan. Rak selipar juga mempunyai nombor dan kita perlu ingat nombor tersebut, takut2 nanti tak jumpa sampai sudah dah selipar kita. hehe..saya banyak pengalaman bila cakap pasal selipar ni..nantilah cerita.

Then, kami pun berjalan kehadapan untuk menuju ke Baitullah yang berada di tengah-tengah masjid yang berbumbungkan langit. Subhanallah, inilah part kemuncak yang saya rasa dalam perjalanan saya ini. Kemuncaknya bila bertemu perkara yang membuatkan hati saya berdebar...Memang tergamam dan kami semua berhenti ketika melihat Baitullah yang tersegam gagah di tengah-tengah masjid. Undescribeable..speechless saya masa tu..berlinang jugaklah airmata ketika pertama kali mata ni disapu dengan keindahan Baitullah..dalam hati memang tak putus2 kami bersyukur dan berzikir.

Kemudian kami diingatkan membaca doa pertama kali melihat Baitullah. Subhanallah, memang saya tak tahu nak cakap macam mana...nikmatnya memandang Baitullah. Itulah kebesaran Allah yang tak dapat disangkal. Selesai membaca doa melihat Baitullah, kami pun turun tangga untuk memulakan tawaf qudum@tawaf pertama kami salah satu daripada rukun umrah. Saya tawaf dengan 3 orang jemaah lain, jemaah yang lain-lain bersama-sama dalam kumpulan kecil lain.

Biasanya memang macam tu, kalau tawaf, bila pusingan pertama masih bersama, tapi lepas-lepas tu ntah kemana-mana ntah..biasa jemaah laki2 mcm tulah, perempuan tak, setiakawan..hehe..

Tak dapat ditahan lagi airmata ni bila memulakan tawaf dengan niat di sudut hajarul aswad berpandukan pada lampu hijau di tangga yang bertentangan dengan sudut tersebut. Tawaf pertama dalam sejarah hidupku..huhu..Memang mengharukan..airmata berterusan ketika membaca doa semasa tawaf pusingan pertama, jemaah lain pun turut kelihatan sebak sehingga kedengaran getaran suaranya ketika membaca doa dan zikir semasa pusingan pertama. Rasa syukur yang bersangatan. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..

selepas selesai tawaf, kami pun solat sunat selepas tawaf di saf dibelakang maqam Ibrahim. Selesai solat sunat, kami bersiap untuk menunaikan rukun seterusnya, iaitu saie. Bergerak bersama ke Bukit Safa berpandukan tanda arahnya. Tidak jauh dari tangga yang ada lampu hijau tadi. Tidak kurang juga orang saie pada waktu-waktu macam ni. Sekali lagi saya teruja ketika pertama kali melihat Bukit Safa yang selama ini hanya dengar dicorong telinga sahaja ketika diceritakan oleh ustaz dalam pengajian sirah. hehe..

Kami membaca niat saie di atas Bukit Safa sambil memandang Kaabah. Selesai membaca doa, kami pun memulakan saie. Agak tinggi juga Bukit Safa dan Marwah ni. Perjalanannya juga boleh tahan jauhnya. Dia ada tempat2 yang diletakkan lampu hijau di mana para jemaah lelaki disunatkan berlari2 anak di antara lampu2 hijau ini. Kalau rakan-rakan baca buku panduan melaksanakan umrah, akan jumpalah.

Setelah kami selesai melakukan saie sebanyak 7 kali perjalanan pergi dan balik dari Safa ke Marwah yang disandarkan kepada kisah Siti Hajar berlari2 mencari air untuk anaknya yang sedang kehausan yang amat iaitu Nabi Ismail. Kami pun memang selalu merenung setiap kali melakukan saie, bagaimanakah begitu tabah dan kuatnya Siti Hajar ketika itu, berlari2 sampai 7 kali.Masa tu bukan macam masa sekarang, masa tu keadaanya terbuka, panas dan tiada marmar macam sekarang. Tempat Saie sekarang mak aiihh..memang mantap. Kalau tak dapat habis 7 pusingan tu tak tahulah.

Tempat saie dilengkapi penghawa dingin, bumbung lengkap, marmar yang bersih dan cantik serta sejuk, di antara Safa dan Marwah juga disedikan air zamzam, ada juga sink air zamzam, siap ada penjaga air zamzam lagi tak nak bagi air tu bercurahan sana-sini. Then ada tempat duduk lagi di beberapa tempat antara Safa dan Marwah tu, supaya jemaah boleh berehat sebentar sementara nak menghabiskan 7 pusingan tu. So, mengapakah kita tak boleh nak menjadi hamba yang bersyukur??Subhanallah.

Ok, sampai sini dulu entri kali ni..nanti saya sambung lagi...nikmatilah beberapa gambar berkaitan di bawah...hehe...


Masjid Bir Ali, tempat Miqat pertama kami...




Lobi hotel kami...memang kecik, letak beg kami semua je dah tak boleh lalu..kelakar betul..huhu..
haa..tu nampak gambar ustaz Zain separuh..hehe..


Laluan nak ke hotel kami dari jalan besar..Alhamdulillah boleh kata dekat dan mudah jugak lah kalau nak banding2 dengan hotel lain..huhu...tu pun ada lagi beg yang x muat nak bawak masuk lobi...


Sebahagian jemaah terpaksa menunggu di luar sebab masih belum dapat bilik...maaf semua ye..huhu...



Salah Seorang jemaah umrah Mak cik Rahamah. Waktu ni kami baru selesai menunaikan tawaf pertama..Masa ni tak ramai orang. Alhamdulillah..

Haaa..inilah rupe pintu yang setiap hari kami lalu nak masuk masjidil haram..
' Bab al-malik abdul aziz' a


Haa...ini lah keadaan dataran di luar masjidil haram..masih lagi ada tanda arah kiblat pada marmar tu..sentiasa dibersihkan so, boleh solat kat sini kalau x sempat nak masuk dalam or dah penuh..Musim haji ni, confirm penuh.

Inilah suasana ketika Saie..gambar ni orang tengah turun daripada bukit Marwah menuju ke Safa, kat bukit safa pun macam ni lah condong nya...
Ini adalah gambar waktu siang di laluan yang kami lalu untuk ke masjid. Saya ambil gambar ni ketika menuju ke hotel, so, masjid belakang saya. Nampak x ada budak kecik duduk kat jalan tu, itulah salah satu peminta sedekah yang menipu. Kat sana ada komplot minta sedekah, semuanya orang kulit hitam. Tak tahulah nak cakap macam mana..depan2 Masjidil Haram tu menipu...Subhanallah...kisah lanjut, siri akan datang...nantikan..hehe...

Tq kerana sudi membaca..harap tidak bosan dan dapat sedikit manfaat daripada entri ini..syukran...:)

Sunday, May 2, 2010

My UnExpected Experience (3)

Alhamdulillah. Hari ni masih boleh menaip dan melihat di skrin laptop dan juga keyboard. Bayangkan kalau Allah tarik deria penglihatan kita, tak..tak..bayangkan kalau Allah tarik sebelah je deria lihat mata kita??itu pun dah sukar sangat kan kita nak hidup...Ya Allah Betapa besarnya nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami..tak mampu kami membalasnya..Allah, Ya Wahab, sungguh banyak nikmat Engkau berikan pada kami, maka masukkanlah kami dalam kalangan 0rang-orang yang bersyukur...


Ok, pada hari kami sampai di madinah, selepas zuhur rancangnya nak p ziarah maqam Rasulullah dan bersolat di Raudhah, tapi, Raudhah x dibuka untuk muslimat selepas waktu zuhur tu. so, kami pun buat ziarah dalam iaitu ziarah Maqam Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin dari luar masjid sahaja. Kemudian Ziarah maqam Isteri Rasulullah juga dari luar kerana tempat lawatan itu telah tertutup.

Untuk makluman semua, Raudhah adalah tempat antara Mimbar dan rumah Rasulullah. Ia adalah di tempat solat muslimin, oleh itu muslimat dihadkan kepada beberapa waktu tertentu sahaja untuk menziarahi Raudhah, iaitu pada jam 7 pagi..selepas subuh, kemudian selepas zuhur, kemudian pada jam 10malam..iaitu selepas isya'. Raudhah hanya dibuka selama sejam untuk muslimat. Nak tak nak kena berebut jugalah. Alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk bersolat di sana. Tapi agak berasak jugalah sebab terlalu ramai orang dan ia dikawal ketat. Kesian juga tengok kat pengawal kat sana tu..

Selepas kami selesai ziarah dalam, azan asar pun berkumandang, selesai solat asar, ada antara kami yang pulang untuk membersihkan diri. Malam-malam seterusnya kami mengecapi keindahan pemandangan sekitar Masjid Nabawi. Sungguh hati ini tidak puas untuk berada di sana lagi.

Pada hari keesokannya, kami bersolat subuh di Masjid Nabawi dan kami bersiap untuk ziarah luar. Bas yang sama kami naiki membawa kami ke beberapa lokasi ziarah yang telah ditetapkan iaitu ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Bukit Uhud serta Ladang Kurma dan pasar kurma.
Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah. Terletak lebih kurang 5 KM daripada Masjid Nabawi kemudian kami ke Masjid Qiblatain di mana Rasulullah mendapat wahyu ketika solat untuk menukar arah Qiblat. Di kedua-dua masjid ini kami menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

Kemudian kami bergerak ke Bukit Uhud. Kami berkumpul bersama-sama untuk memberi salam kepada para Syuhada' Uhud di imami oleh Ustaz Azhar, kemudian kami mendaki bukit kecil uhud dan melihat pemandangan sekeliling. Di kaki Bukit Uhud dan di dataran hadapan Maqam para syuhada' tu banyak penjual yang menjual barang-barang seperti kasut, tasbih, stokin, serban, kurma, kacang, kismis dan sebagainya. Banyak pelancong yang membeli belah di situ sambil menziarah, termasuklah group kami.

Kemudian kami menaiki bas untuk ke Ladang Kurma yang berhampiran. Rupa pohon kurma ni sebijik macam pokok kelapa sawit. Kalau orang tu tak tahu memang dia cakap 'kenapa kau ambik gambar kat dalam ladang kelapa sawit ni?'..hehe..so, dalam Ladang kurma tu ada 1 kedai yang menjual kurma, kismis, kacang2 dan coklat2..tapi harganya mahal. So, kami terus ke Pasar Kurma untuk memborong kurma sepuas-puasnya..Sebab di Mekah pun harganya mahal.

Selepas membeli belah di Pasar Kurma, kami bersiap untuk pulang ke hotel. Kami menunaikan solat zuhur di Masjid Nabawi dan waktu selepas zuhur inilah peluang terakhir bagi muslimat group kami untuk memasuki Raudhah sebelum kami berangkat ke Mekah selepas ini.

Alhamdulillah, semua jemaah muslimat kami dapat memasuki Raudhah walaupun terpaksa menunggu lama. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut negara...hehe..kelakar bila terkenangkan..macam budak tadika pula, berjalan ikut pengawal perempuan tu ke Raudhah.

Alhamdulillah, selepas asar, kami bertolak ke Mekah. Jadual kami terpaksa dilewatkan selama 2 jam atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..Di bawah ini adalah beberapa gambar sepanjang di Madinah...


Masjid Quba'

Masjid Qiblatain

Maqam Syuhada' Uhud

Dataran sekitar Bukit Uhud

Haaa...ni jangan kata pokok kelapa sawit pulak..ni lah pokok tamar atau kurma..hehe...sama tapi tak serupa kan??

Friday, April 23, 2010

My UnExpected Experience (2)











Alhamdulilah....masih lagi diberi kesempatan untuk menaip dan mengecapi nikmat Allah yang tidak terhitung ini. Saya mencari2 masa untuk menyambung perkongsian pengalaman ini, Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk menulis di malam-malam hari ini..hehe..

Ok, sambung citer di bawah ni..

Kami sampai di Madinah selepas subuh. Ustaz Azhar @ acu membaca doa ketika kami memasuki Tanah Haram. Subhanallah, masa tu hati saya dah bergetar dan mula sebak sebab mengenangkan kami sekarang berada di mana tempat yang Rasulullah, kekasih Allah pernah jejak satu masa dahulu.

Tak lama lepas tu, Mutawif kami tunjuk menara2 masjid nabawi yang dah kelihatan. Masa tu saya memang mencari2 mana masjid nabawi ni...hati dah berdebar2 dah untuk melihatnya dengan mata pinjaman Allah Ya Malik ni.huhu...bila tiba je depan masjid nabawi ni...bertakunglah air mata saya sambil ucapan Alhamdulillah dan subhanallah tidak lekang dibibir. Ia datang sendiri apabila kita melihat kebesaran ciptaan Allah..Subhanallah, saya juga seperti berada dalam mimpi apabila melihat Masjid Nabawi di depan mata.

Bas kami berhenti di depan salah satu pintu Masjid Nabawi, kami berjalan kaki masuk ke masjid.
Tanpa berlengah lagi, terus masuk ke Masjid Nabawi melalui pintu 17, merayau jugaklah cari tandas sebenarnya..maklumlah, x pernah sampai lagi tempat besar dan baru ini..huhu..

Kami solat subuh diimamkan oleh seorang jemaah muslimat,( dah terpisah dengan group besar) sebab jemaah dah habis solat subuh berjemaah. Subhanallah, sayu nya perasaan saya masa tu xreti nak cakap laa...lepas kami solat subuh tu, mak cik tu bacakan doa..teresak2 dia baca doa, sampai tak boleh nak teruskan berdoa disebabkan tangisan yang bersangatan..Subhanallah, kami yang makmum ini turut terasa tempiasnya sehingga bergenang airmata.

Selepas selesai berdoa, mak cik tu pesan supaya kami sujud syukur...waktu sujud tue..saya pun xtahu tiba2 airmata saya turun bagaikan air terjun turun dari bukit yang tinggi, tanpa saya duga..saya teresak2 menangis dalam sujud syukur. Terasa limpahan rahmat Allah sangat banyak tidak terkira. Subhanallah, perasaan masa tu, hanya pemilik hati ini yang tahu..

Selesai kami bersalaman, Mak cik(Mak cik ana) yang menjadi imam tadi memanggil kami untuk suruh kami minum air zam-zam. Subhanallah, saya ingat tong2 banyak2 ni tong ape..rupanya tong2 air zam-zam..ape lagi..minum laa..memang terasa sejuk tekak ni..sebab memang air dia sejuk..hehe..sungguh tak disangka, air zam-zam boleh diminum dari Madinah lagi..ingatkan kat Mekah baru dapat minum..huhu..siap bekal penuhkan botol air lagi..hehe..

Lepas dah selesai semua..kami pun balik ke bas..dah ada semua orang, barulah kami gerak mencari hotel. Lama jugaklah nak cari hotel tu, tanya2 orang pun orang tak tahu.Sebab hotel tu x fames agaknye..hehe..xpelah..Akhirnya jumpe juga..Alhamdulillah..

Seperti di arahkan..kerja saya dengan boss saya membahagikan bilik2 mengikut kesesuaian jemaah. ada yang 2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik. Saya dapat 4 orang sebilik bersama patner saya, Shida. kak lin dan kak izzah juga bersama kami. Lepas dah setel semua. Kami pun ambil masa sebelum zuhur ni untuk rehat dan menguruskan diri. Tapi sebelum tu pun kami sempat sarapan di tempat yang disediakan sebab waktu sarapan belum habis..hehe..

Erm..di Madinah la saya paling kurang ambil gambar, sebab setiap kali bawa hp dalam beg, mesti kena tahan ngan mak guard dia yang memang rajin jaga depan setiap pintu dan rajin pule menyelongkar beg dan pakaian kami. Dapat dia Sony Ericsson K660i saya..terus dia ambik dia cakap 'amanah'.'amanah'..'amanah'..maksudnya, saya kena simpan kat loker yang dijaga. aduihh..sabor jela..hancur plan nak ambik gambor dalam masjid nabawi..huhu..yang paling x bestnya..stiap kali kena tahan tu..kena p tulih name & t.tangan kat tempat simpan 2..sabor jelah...dah berapa kali percubaan saya gagal..huk3..

so, juz ambil gambar di depan pintu masjid jela..huhu..setakat ni dulu kot..ada beberape keping gambar sekitar di madinah kat bawah ni..sambung esok InsyaAllah..dah ngantuk..huhu..Thanks for reading...:)


Rezeki utk breakfast saya di pagi pertama di Madinah..tak sangka boleh jumpe nasi lemak..Alhamdulillah..hehe..


Bilik hotel kami di Madinah..hehe..masa ni katil cun..

Hotel2 disekeliling Masjid Nabawi...Gambar ni ambik masa mula2 sampai di Madinah...
Gambar ni saya ambil masa tengah tunggu bas datang ambik kitaorang utk ziarah luar di Madinah..

Tuesday, April 20, 2010

My UnExpected Experience


Assalamualaikum w.b.r kepada semua rakan-rakan pembaca blog...


waa..lama sudah saya tidak mengemaskini blog ni..maafla ye..selama lebihkurang 3 minggu sebelum ni saya tidak bertemu sua dengan internet..huhu..

Alhamdulillah saya telah kembali ke tanah air untuk menyelesaikan tugas sebagai khalifah Allah yang tak pernah habis ini. lebih kurang 16 hari saya terbang dan berjalan ke sana ke mari untuk mencari cinta Nya..Cinta Sang Pencipta. Sebenarnya saya memang x pernah menyangka bahawa saya akan menunaikan umrah seawal usia ini, namun itulah takdir Allah. Alhamdulillah.

Pengalaman saya ke 2 Tanah Haram (Madinah & Mekah) akan saya kongsikan sedikit demi sedikit dalam blog ini...Semoga Allah meredhai setiap perkara yang kita lakukan setiap hari. Perkongsian saya adalah sebagai jemaah umrah dan juga salah seorang daripada staf yang menguruskan pakej umrah yang saya ikuti ini. Pendek kata, saya pergi bukan hanya semata-mata untuk bercuti, tetapi bekerja di sana.

Umrah Tarbawi siri 1 di bawah Syarikat 3i Travel & Services adalah kumpulan umrah pertama yang berada di bawah kelolaan syarikat ini. Alhamdulillah semua telah selamat pergi dan kembali. Tarikh keramat kami bertolak ialah pada 24 Mac 2010 dengan menaiki flight Pakistan International Air (PIA). Kami transit 1 hari di Karachi. Buat pertama kalinya saya mempunyai passport dan menaiki kapal terbang ke luar negara..mana la tak teruja nya..hehe..

Pelbagai rintangan dan halangan ketika di lapangan terbang kami cuba menyelesaikannya satu persatu. Pengalaman yang saya tak dapat lupakan apabila terpaksa berhadapan dengan orang ramai di lapangan terbang KLIA, KARACHI & JEDDAH...perlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi karenah2 mereka di kaunter dan sebagainya. Tapi..satu perkara yang pasti..Rasa bersyukur sangat-sangat sebab dah jejak ke tanah yang tidak pernah dijejaki..misi untuk mencari RedhaNya semakin hampir.

Saya tidak lupa untuk merakamkan aksi dan babak2 yang berlaku di setiap tempat yang kami pergi. Sebelum kami sampai di Jeddah, di Karachi juga telah ada antara jemaah kami yang membeli belah..hehe..

Kami sampai di Jeddah lebih kurang jam 7 malam. Selepas beratur lebih kurang 40 minit, barulah kami dapat masuk. Ada juga yang terpaksa beratur lama..kesian betul..semua pasal orang yang kat kaunter di Jeddah. Macam2 perangai daa..huhu..

Lepas dah scan itu ini dan lepasi sume-sume tu...kami pun diarahkan utk menaiki bas dan bersedia utk bergerak ke Madinah. Mak aiihh...beg sorang2..bukan main besar lagi..kena susun elok2 dalam bas tu kasi muat...lepas bincang2 itu ini..kami bergerak jam 12 malam ke Madinah. Alhamdulillah..semua berjalan lancar. Pemandu bas yang baik dan sporting. Acu (my cousin) juga salah seorang mutawif group kami, dia lah kesian sebab kena teman driver bas tu borak2, sebab dia memang ngajar Bahasa Arab di Matrik UIA. Kami semua tido kat belakang...tapi lepas tu dia tido jugak la..

Kami berhenti minum di tempat rehat lebih kurang jam 3 pagi waktu di sana...Mak aii..masa tu sejuknya Allah jelah yang tahu..ingatkan dalam bas tu dah sejuk tahap maksimum dah...rupenye..kat luar tu lagi sejuk..huhu..suhu berapa pun tak tahulah..depa semua pakat p minum air panas..saya malas nak p jejauh..duk dalam bas je.

kat bawah ni ada gambar sket..nnt sambung lagi...

Taklimat di KLIA serta pembahagian tiket



Bersama salah seorang jemaah umrah tarbawi..Kak Izzah..masa ni Odw ke Karachi..excited masa ni..best..hehe...

Tiket saya dari KL-KARACHI dan dari KARACHI-JEDDAH


Orang tengah tido kena kejut..sebab dia nak bagi makan..dinner dalam PIA..best juge..hehe...


My Lunch at AIRPORT HOTEL @ KARACHI...hehe..

Makan lagi kali ke-2 dalam flight odw ke Karachi...

Paparan skrin di depan mata..dah nak sampai Karachi masa ni..laju gile...


Skrin depan mata (belakang seat orang depan)..memang best..sebab dapat tahu perkembangan semasa perjalanan kita..tapi x semua flight ada ni...


Masa ni dah nak sampai Karachi..tempat tinggi memang sejuk kan..huhu...

Haa..ni masa dalam flight nak ke Jeddah..tengok, belakang seat orang depan xde skrin kan..terpksalah tengok skrin besar je yang kat depan sane..huhu...



tO Be Continue...

Sunday, April 18, 2010

Majlis Muhadharah 2009





KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia Al-Allamah Profesor Dr Yusof Al-Qadrawi akan menghadiri Majlis Muhadharah Perdana 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Sabtu ini.

Majlis itu, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertujuan meningkatkan kesatuan fikrah dan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia serta menjana pemikiran umat Islam yang dinamik dan progresif.

Menurut kenyataan Jakim Selasa, muhadharah bersama-sama Dr Yusof merupakan julung kali dianjurkan jabatan itu dan penyertaan adalah percuma untuk orang ramai.

Jakim boleh dihubungi di talian 03-88864178/4172.

-- BERNAMA

Wednesday, December 16, 2009

PECIPTA '09..UM Penaja Bersama


Alhamdulillah…Allah masih lagi bagi kesempatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian, even dalam masa yang singkat. Tak de apa yang nak diceritakan dengan panjang lebar, cumanya saya sangat berbangga dapat menjadi salah seorang pelawat PECIPTA ’09 yang bertempat di KLCC. Menaiki bas UM 2 tingkat bersama beberapa orang lagi warga UM pada jam 10pagi.


Sampai di KLCC lebihkurang jam 11 pagi dan terus memulakan penerokaan alat-alat ciptaan baru para saintis di pelbagai Universiti tempatan.

Bersama Adliah di Booth USM...


Kebetulan jumpa seorang sahabat saya, Adliah Kassim yang sekarang bekerja sebagai Research Assistant (RA) yang datang bersama rakan-rakannya dari Fakulti Pergigian.

Pelbagai alat-alat yang canggih yang tidak pernah terfikir oleh kami, namun, ada juga ciptaan yang biasa kita lihat bahkan sudah ada di pasaran.


Tahniah untuk UM yang menjadi antara Penaja Bersama PECIPTA ’09. Semoga kita akan terus memanfaatkan para saintis ini menuju kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Untuk maklumat lanjut..boleh layari laman web PECIPTA '09


Lepas ni kalau ada lagi…jom kita p sama-sama memeriahkan. Seronok bila ilmu dapat dikongsi bersama…

Wallahu ‘alam…




Sunday, October 11, 2009