Setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana kita masih lagi dapat bernafas pada hari ini. Lantas kita harus membalas segala nikmat Allah yang tidak terbayar ini dengan pujian-pujian kepadaNya, melakukan ibadah dan memperjuangkan kalimah La ilaha illalah di atas muka bumi ini selagi kita hidup.
Alhamdulillah, hari ni dah 2 November 2009. Kita semakin menghampiri penghujung tahun masihi. Bagi para pelajar, sekarang adalah musim peperiksaan, sama ada peperiksaan akhir tahun, SPM pun tak lama lagi dan juga peperiksaan akhir semester di majoriti IPTA. PMIUM mara setapak lagi untuk menghiasi pentas akademik bagi seluruh warga kolej untuk sama-sama meraih kecemerlangan dunia dan akhirat.
MAHAR atau pun Kempen Mahasiswa Sedar telah dilancarkan sejak minggu terakhir akademik. Bertemakan DEPAN KITA ADA ALLAH, MAHAR membawa objektif untuk membawa Mahasiswa perjaya bahawa pergantungan kepada Allah amat perlu bukan hanya kepada study @ ulangkaji semata-mata. Selain itu MAHAR juga bertujuan memberi kesedaran bahawa Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber motivasi utama dan objektif terakhir ialah untuk menjauhi maksiat demi keberkatan ilmu.
Sewaktu solat maghrib di surau Kolej kediaman ke-empat minggu lalu, saya telah menerima booklet kempen MAHAR yang kecil dan comel. Ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Antara isi kandungannya ialah 7 nilai semut iaitu: 1) pergantungan kepada ALLAH SWT. 2) Tidak pentingkan diri. 3) Kesatuan. 4) Rajin. 5) Berjiwa besar. 6) Nilai kerjasama. 7) Ukhwah. Nilai-nilai ini kita boleh praktikkan sewaktu musim ulangkaji agar kita sentiasa menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu.
Terdapat juga ayat Quran yang dipaparkan bermaksud: “Dunia dibawah dagu, akhirat di depan mata”.
Disediakan juga checklist harian kita. Antara perkara yang dinyatakan ialah solat 5 waktu, membaca Al-Quran sekurang –kurangnya selembar sehari, amalan sunat, berbuat baik dengan rakan-rakan, dan muhasabah diri. Doktrin yang ingin ditekankan dalam kempen ini ialah, Hari ini mesti lebih baik dari semalam & Segalanya kerana Allah.
Saya mendoakan rakan-rakan berjaya menempuh peperiksaan dengan baik dan cemerlang. Semoga ilmu yang kita perolehi ini akan membantu dan berguna untuk kita kelak membangunkan ISLAM.
Ma’a taufiq wan najah….
0 Comments:
Post a Comment