SPU-UM :: akhlaq Islam

Assalamualaikum wbr

Setelah rasa menyesal tak berbelah bagi sebab tulis post yang tak ilmiah langsung semalam, maka hari ini saya akan berkongsi perkara yang lebih memberi manfaat kepada mereka-mereka yang rajin membuka blog saya..hehe..

Untuk Makluman semua rakan-rakan pembaca, saya sekarang sedang mengambil sijil tambahan dalam UM, iaitulah Sijil Pengajian Usuluddin. Sekarang dah modul 2, Alhamdulillah, modul 1 dah lulus. Telah berlalu 1 subjek iaitu Pemikiran Islam, sekarang dah masuk subjek ke-2 iaitu akhlaq Islam. Kelas sabtu lalu adalah kelas pertama subjek ini, walaupun 3jam straight subjek ni, tapi ustaz Wan Zailan memang pandai mengawal suasana kelas menyebabkan kami tidak mudah digamit mimpi indah tatkala peak hour kemengantukan menyerang.

Ok, terus kepada pengisiannya. Nak katanya, sebenarnya, Akhlaq ini adalah buah daripada akidah Islam yang suci. Hasil daripada Usuluddin yang benar, maka Akhlaq yang baik akan terbit. Macam mana pula beza dengan orang kafir, tapi berakhlaq baik, adakah agama mereka juga benar?haaa...persoalan ini perlu dikupas dengan lebih mendalam. Kata ustaz, amalan dan akhlaq mereka hanyalah setakat di dunia sahaja, sedangkan umat Islam mempunyai matlamat yang lebih jauh.

Siapa cari akhirat, maka dia akan dapat 2 iaitu, dunia dan akhirat. Siapa cari dunia, maka dia tak akan dapat dua-dua.
Itulah beza kita dan mereka.

Akhlaq Islam ada 3 indicatornya..iaitu:
1) Perbuatan
2) Lisan
3) Hati

Sama juga seperti iman, so, buahnya adalah akhlaq melalui 3 perkara ini.

Ustaz menerangkan apakah itu al-hawa' & Aqal. Aqal berfikir secara positif dan al-hawa berfikir secara negative. Al-hawa dan nafsu adalah perkara yang berbeza. Allah menurunkan al-hawa' adalah untuk menguji hamba-hambaNya sama ada kita syukur @ kufur.

Nafsu pula boleh dibahagikan kepada 3 kategori:
1) Lawwamah
2) Ammarah
3) Muthmainnah

no.1&2 = negative
3 = positive

Selain itu, ustaz juga menyebut elakkanlah menggunakan qias, kerana yang pertama menggunakan Qias adalah syaitan. Iaitu semasa Nabi Adam dibangkitkan, dia membanding2kan dia dijadikan daripada api, manakala Adam hanya di jadikan daripada tanah sahaja, mengapa dia perlu sujud pada Adam?

So, thats why kita kena sentiasa berhati-hati dalam akhlaq dan pemikiran kita seharian. Sentiasalah berdoa agar hidup kita sentiasa dalam lingkungan jagaan dan peliharaan Allah.
Semoga kita semua sentiasa dalam Redha Allah...ameeen



"Misi mencari cinta Allah"

Tuesday, June 22, 2010

Pasca-KAD `09~ siri 2

Gambar: Mesyuarat pertama semua AJK KAD `09


Uniknya Manusia
......


Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan pembaca semua. Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah S.A.W yang mulia. Al-Fatihah juga kita sedekahkan untuk para sahabat, tabiin, ulama’-ulama’ terdahulu serta untuk kaum kerabat yang telah dijemput Allah dahulu.


Makhluk terbaik ciptaan Allah seperti mana yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran adalah manusia. Beruntunglah kita kerana dipilih menjadi Khalifah Allah di muka bumi ini. Namun, ada juga sesetengan manusia yang tidak sedar diuntung, sering berlagak sombong bagaikan maut tidak akan bertemu dengannya. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang masih leka dan lalai bahawa rona indah dunia tidak akan kekal selamanya.


Pengalaman saya bersama-sama rakan lain menganjurkan KAD `09 begitu berharga dan terlalu banyak untuk diungkapkan. Semakin hari usia kita bertambah, semakin banyak kesukaran yang kita hadapi. Lokasi secretariat KAD `09 di Bandar Manjalara, Kepong. Memang ia satu lokasi yang bukan dekat bagi semua penggerak KAD `09. Namun, berkat kesabaran dan rasa tanggungjawab, mereka sanggup berulang alik dari kampus masing-masing ke secretariat, setiap minggu dan setiap hari. Syabas saya ucapkan kepada mereka yang masih bertahan sehingga ke akhir program.


Benarlah kata-kata yang berbunyi, jika kita mahu mengenali seseorang, perlu melakukan 3 perkara, iaitu; bermusafir, makan dan tidur bersamanya. Pengalaman saya selama hamper 3 bulan bekerjasama dalam penganjuran KAD `09 ini, banyak mengajar saya untuk mengendalikan rakan-rakan yang pelbagai sifatnya. Dari situ, saya melihat betapa Besarnya keagungan Allah , Subhanallah, menciptakan manusia ini sungguh unik, sungguh kompleks dan sukar untuk diterjemah.
Berkawan dengan pelbagai latar belakang orang memang satu cabaran yang agak besar, lantaran tidak semua orang sifatnya sama seperti kita, tidak semua orang citarasanya sama dengan kita.


Oleh itu, kita sebagai seorang rakan, perlu memahami dan menghormati sifat dan citarasa orang lain yang sememangnya amat berbeza dengan kita.
Berlapang dada dengan rakan itu adalah satu pengorbanan dalam persahabatan. Setiap masalah yang datang menguji sejauh mana kematangan penggerak KAD `09 mengatasinya. Dalam usaha menyelesaikan segala kekusutan yang melanda, kerjasama dan saling berlapang dada adalah satu perkara yang amat penting.


Bagaimana kita tidak boleh menyelesaikan satu-satu masalah itu berseorangan, itu adalah fitrah manusia, kekuatannya terhad. Untuk itu, mereka memerlukan rakan-rakan pembantu dalam mencapai kejayaan.
Seringkali kami di uji dengan kerenah dan sikap rakan-rakan yang lain sehingga mengalirkan airmata. Itu memang tidak dapat dinafikan, tanyalah dalam penganjuran program apa pun, masalah yang melanda akan menyebabkan kita kebuntuan ditambah lagi dengan pelbagai ragam rakan-rakan lain.


Semuanya itu adalah asam garam KAD `09. Itulah jua penguat kami sehingga ke hari ini.
Sesungguhnya manusia itu sungguh unik, hatinya halus, sukar untuk ditembusi. Pemikiran manusia juga unik, lain orang, lain cara pemikirannya. Akhlaq dan sikap mereka juga unik, pelbagai sikap dapat diperhatikan dalam gerak kerja KAD `09. Uniknya manusia ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Semua ini menyumbang kepada keberjayaan KAD `09 1 Ogos 2009. Alhamdulillah, berkat bantuan Allah.


To be continued….

Wednesday, August 26, 2009

Exam Mood...


Exam mood…perkataan ini yang kebanyakannya terpampang di status rakan-rakan saya akhir-akhir ini. Yup, study week untuk UM telah bermula. Dan saya dimaklumkan juga terdapat beberapa IPTA tempatan yang telah mula peperiksaan akhir, contohnya UPM dan USIM dan UIAM. Tahniah buat rakan-rakan saya yang telah berjaya melaluinya. Doakan kami yang masih belum habis.


Kini, tiba masanya kami yang masih belum memulakan peperiksaan akhir, berperang dengan jutaan bahan ilmiah yang perlu di refresh kembali setelah selama 4 bulan belajar. Study week di UM memberikan ruang masa secukupnya untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran. Semoga semua rakan-rakan seperjuangan saya dapat menggunakan masa ini dengan sebaik mungkin sebagai persediaan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.


Tidak lupa juga saya mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada adik saya yang kini berada di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), begitu juga dengan semua junior saya yang berada di kolej matrikulasi.
Kepada Rakan-rakan dan sepupu saya yang berada di semua IPTA, UM, USM, UPM, UTM, UKM, UITM, UTHM, UMT, UMK, UMP, dan tidak lupa juga untuk rakan-rakan di Maktab perguruan. Untuk rakan-rakan saya yang berada di kolej-kolej swasta seperti Kolej Lagenda,N9., kolej kejururawatan N9., politeknik dan sebagainya, tidak tersebut rasanya, doakan kami yang bakal berjuang menjawab peperiksaan.


Pelbagai tips-tips sudah diketahui oleh kalian, jadi tidak perlulah saya menulisnya dengan panjang lebar kali ini. Cuma sedikit perkongsian untuk kita yang bergelar mahasisiwa. Perbetulkan niat. Dalam hadith 40 oleh Imam Nawawi, hadith pertama yang ditekankan ialah berkaitan niat. Niat sangat penting dalam merubah sesuatu perkara, daripada perkara kecil, menjadi besar dan begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, kepada semua rakan-rakan saya, sentiasalah perbetulkan niat kita. Niat yang sentiasa bersandarkan kepada PenciptaNya adalah lahir daripada hati yang bersih. Hati yang bersih adalah tempat di mana punca segalanya bermula. Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri kita setiap hari. Sesungguhnya manusia ini lemah, hanya Allah yang menentukan segalanya. Fahamilah konsep tawakkal.


Manusia tidak mampu melakukan yang terbaik semuanya tanpa kawalan dan pantauan daripada Allah. Selamat berjaya kepada rakan-rakan semua.

Wednesday, April 15, 2009

Menerima Jemputan dengan Hati yang Terbuka

Sekitar selepas asar tadi saya menerima jemputan daripada tuan punya blog, Nuur Afifah. Katanya minta diisikan apa – apa post yang bersifat ilmiah. Kebetulan, saya baru sahaja memulakan semula penulisan blog saya Muhammad Qayyum sejak agak lama saya menutup akaun blog saya di friendster lama dahulu. Nuur Afifah termasuk dalam beberapa orang yang sempat baca beberapa post terakhir saya ketika itu.

Walaubagaimanapun, saya menyambut pelawaannya dengan hati yang terbuka. Tidak lain dan tidak bukan kerana saya mampu untuk menjawab kenapa menulis? Satu persoalan yang rungkaian jawapannya banyak sekali tapi belum pasti tepat pada jiwa seseorang penulis. Tetapi jawapan yang tepat bagi soalan ini telah melahirkan banyak penulis – penulis yang berkarisma tinggi. Hal ini kerana jawapan yang tepat bagi soalan ini memberi matlamat yang jelas dan kukuh kepada penulis. Memberi panduan dan skop apa yang nak ditulis. It give purposes. Maka lahirlah saifulislam.com, AKU HANYA PENULIS dan lain – lain. Itupun kalau saya sempitkan skop pada laman blog sahaja.
Membezakan matlamat bagi setiap perkara yang ingin dilakukan adalah satu aspek penting bagi memastikan apakah kita faham apa yang hendak kita lakukan. Apakah matlamat saya menulis di sini? Itu persoalan yang saya perlu jawab dahulu bagi memastikan kelangsungan saya di sini. Jikalau gagal menemukan jawapan, bermakna jelas saya tidak perlu berada di sini. Cukup saja dengan blog saya yang baru merangkak itu.
Di sinilah saya perlu mengintai, check and balance, kelebihan, kekurangan, halangan dan peluang yang ditawarkan oleh Falsafah Kombat (FK) kepada saya. Menjemput saya memikirkan realiti dan feasibility. Cuma, saya tersenyum sendiri apabila memikirkan pembukaan lapangan dakwah dan ukhuwwah melalui wadah FK ini. Perkongsian idea dan pandangan pastinya lebih bercambah apabila saya yang berada di selatan Tanah Air bertembung lontaran idea daripada komuniti di pusat Tanah Air. Menyedari hal ini, saya merasakan peluang yang ditawarkan cukup tinggi. Oleh itu, saya menerima jemputan dengan hati yang terbuka.
________________________________

Muhammad Qayyum Bin Halele@al-fateh.blogspot.com

81310 Skudai



Sunday, April 12, 2009