Sekitar MIHAS 2010

Alhamdulillah... tengahari tadi diizinkan dan diberi peluang oleh ALLAH untuk menjadi salah sorang antara semua penduduk di Malaysia yang menyertai dan melawat MIHAS 2010 di perkarangan MATRADE. Biasalah..hari ahad, memang ramai lah orang. Saya sampai kat sana sekitar jam 10.30 pagi..Alhamdulillah ada parking lagi untuk motor.


Register di khemah D. Dia ada khemah D-G..khemah dia bukan kecik-kecik..ada gambar khemah dia kat bawah ni saya ambil..

Lepas dah register, mulalah pengembaraan saya ke serata booth yang disediakan. Di maklumkan terdapat lebih 500 buat booth yang disediakan untuk para pengunjung. Banyak giler tuh!..jenuh gak nak berjalan..ada 4 khemah gedabak nak kena habiskan..huhu..

Banyak booth makanan yang disediakan. Ada jugak booth Public Mutual, bank-bank..Insurans dan sebagainya. Ada jugak company service & Consultancy, tapi mesti yang berkaitan laa..huhu..
Tapi, masa saya p Mihas tadi tu, pelik jugak, sebab ramainya company2 yang dimiliki bukan Orang Islam. Ramai juga chinese yang masak, goreng2, jadi promoter untuk produk mereka. Ada juga yang ownernya Chinese tapi promoter dan staf2 lainnye adalah Melayu. So, I get confused..ape yang MIHAS sebenarnye..huhu..apekah penganjurnya MITI, MATRADE, HDC & YADIM telah menimbangkan semua penyertaan syarikat2 ini?

Agak meragukan jugak sebenarnya. Tapi, saya pun x tahu nak tanya kat sape. Namun saya berhusnu zon sahaja, lagipun pada produk2 mereka mempunyai tanda halal. Saya berjalan dari D-G dan merasa beberapa jenis makanan dan minuman yang disediakan. Ada yang menarik dan beberapa keping gambar saya letakkan di bawah untuk tatapan kalian.

Pengarah Hiraq sendiri turun padang untuk mempromosikan produk mereka hari ini. Saya juga menyapa pengarah urusan Guarana Cappucino yang memang saya kenal di suatu tempat dahulu. Rupanya dia ni bawah MITI..hehe..

Produk Kesihatan dan kecantikan juga ada dipamerkan dan dijual, tapi tak sebanyak produk makanan la. Booth2 ini dibahagikan mengikut negeri. Memang ada yang sedap tu sedap betul. Tapi saya tak membuat peruntukan untuk membeli produk yang ada kat sana. So, memang saya rasa lah makanan yang blh di rasa...hehe..ada juga perkhidmatan urut kaki dan mesin urut kaki. Mesin2 pun banyak yang dipamerkan kat booth mereka.

Antara makanan yang sempat sampai dalam mulut saya ialah coklet2, air mango, air coklet, air limau ais + rumpai laut, susu kambing, popia otak2, roti jem kurma, rumpai laut, keropok lekor, tempe stick, hotdog otak2..cheese..ayam, kobis bunga goreng, biskut+jem coklet, pizza, kari ayam, dan macam2 lagi makanan yang di offer, tapi ada gak yang saya tolak.hehe..

Pastu masa sampai kat satu booth kecantikan ni, dia duk promote satu produk untuk kecantikan muka, xpayah pakai conditioning, x payah pakai bedak juge katanya. haha..dia x tahu memang den tak pakai sume2 tu..Dia siap test kat tangan den laie, 2x lak tu..mula-mula dia test, dia sapu2, sambil promote2, then dia cakap..'oo..nampaknye yang ni agak cerah dengan kulit adik, try kita guna yang ni plak', tau la tangan den golap, haha...sabor jela..tapi kesian la kat dia..dekat 10minit gak kot den tersekat kat situ, tapi den x beli jugak. Harga dia hari ini sahaja, RM25 harga di luar RM59. Tapi sebab saya memang x de peruntukan untuk itu, so, bye2...

Next saya jalan2 lagi kat G dah ni, dah nak habis pusing dah. Terjumpelah plak sorang akak ni, mula2 tengok dari tepi, then dia pandang belakang, pastu bila dia pandang depan balik, barulah saya tegur, dah sure orang nye baru tegur, kang salah orang kang, tak pasai2 malu free.haha. Senior UM saya satu fakulti, dia datang dengan Family Kakak dia yang tinggal kat area Jalan Duta tu jugak. Kak Radiah Idris, nama manja dia Kak Rad. hehe..kami borak2 la lebihkurang 10minit, pastu kami separate lah. Saya pun nak balik dah time tu.

Tengok ramai juga mak ayah beli2 barang untuk anak2 dia, beli barang2 nak masak, sebab harga kat sana pun memang harga promosi. Murah la dalam RM1-RM2.hehe..Tapi saya punye beg kurus je..hanya berisi pamplet2 yang diberikan.hehe..itulah orang saya, sebagai orang yang bebas=)..

So, berakhirlah pengembaraanku di MIHAS pada tahun ini. Memang banyak lah pengalaman saya pada hari ini. Datang sini baru kita tahu, tak kurang juga pengusaha produk2 makanan daripada orang China, Melayu dan India saya tak pasti pula. Produk daripada luar negara pun ada, dari Arab la kebanyakannya. Produk selama ni yang baik tapi kita tak tahu ada di pasaran, dan ada juga produk baru yang akan dipasarkan, tapi kita dah tahu dulu.
Memang kita nampak kat sini semuanya halal2 belaka, tapi dari segi Toyyiban nyer?adakah boleh kita pastikan?Wallahu 'alam. Pendek kata, hidup hari ni tak sama macam dulu. Oleh itu, setiap kali sebelum menyuapkan apa2 dalam mulut kita, bacalah doa hindari penyakit. Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiiun fil ardhi wala fis samaai, wahuassami'ul 'alim.
Heheh..Alhamdulillah.






Nilah bangunan Matrade, Tapak pameran nya adalah di MECC

Ni goodie bag yang depa bagi..dalam 2 ada la barang2 tajaan sket, 3 in 1.

Sticker yang kena tampal kat baju masa nak masuk...

nilah rupe khemahnye..besar tak besar..try imagine..hehe...




hulubalang melaka mai promote kopi hang tuan kat KL..ahaks..bajet macam patung r konon, masa den ambik gambar, dia pandai lak pandang...eeiii...

Macam2 gaya nak mempromosikan produk mereka..


Produk daripada ubi kayu...menarik gile..memang eco-friendly, dan berbaloi


One of the my favourite things...ahaks...cheese hotdong...


Uishh...ada orang masak gulai kawan dalam exibition hall, habis semua berbau. Tapi, ini adalah replika semata2...haha...orang yang kaco tu pun x idup..api dia mentol je..sayang r, gambar blur


Ini adalah udang yang telah di froze kan..ada gak ikan besar gedabak. Takut den nengok..huhu..

Optional of Mr.Potato and Pringles..





Haa..ni lah dia air limau nipis + rumpai laut, Semua produk kat sini berasaskan rumpai laut. Air dia memang bez giler..Dalam mangkuk putih tu, itulah seaweeds

Salah satu booth keropok lekor, tapi ini adalah daripada mersing, bukan pantai timur..hehe..

Mesin ni digunakan untuk proses teh dan air teh sabah


Haa..ini adalah booth Hai-O yang menjual pelbagai produk, rasanya kebanyakannya dari China. Halal la tapinye..hehe...



Sunday, June 27, 2010

2 Comments:

Anonymous said...

Amboi-amboi... dah rasa semua pastu baru nak komplen toyibban ke x?

Abu Khalifah said...

hotdong ngan gulai kawan tu ape? heheh..