Menggamit kenangan lama


Alhamdulillah...

Allah masih memberi kesempatan untuk saya berkongsi sesuatu lagi dengan rakan-rakan semua. Kadang-kadang rasa malu juga dengan Allah, tapi sepatutnya lah memang rasa malu tu perlu sentiasa ada pada setiap muslim. Malu sebab Allah dah banyak bagi kita nikmat dan rahmatNya..tapi, kita selalu terleka dan terlalai dengan kenikmatan dunia..Astaghfirullah. Menjadi lumrah hidup manusia mudah lupa dan lalai. Jadi, kita mestilah meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah setiap hari tak kiralah dalam cara apa pun, asalkan niatnya mencari Redha Allah.

Ok, hari ni saya nak share sumthing yang biasa je. Pagi isnin hari tu saya p hantar seorang sahabat ni ke SMAP Labu di Negeri Sembilan. Masa tengah tunggu nak balik tu, para pelajar kat sana baru habis sesi tahsinul Quran, iaitu diorang kena menghafal juzu' amma. Masa tu lebih kurang jam 7.30 pagi. Saya yang duduk tunggu dalam kereta ni tanpa arahan sesiapa leka memerhatikan gelagat para pelajar muslimat yang bergerak dari surau ke asrama untuk bersiap ke sekolah.

Hari isnin mereka akan berpakaian seragam. Mereka akan pakai uniform mengikut persatuan yang diorang join, antaranya ialah kadet bomba, Puteri Islam, PBSM, dan lain-lain lagi. Seronok tengok gelagat mereka. Tetiba terimbau kembali kenangan saya semasa zaman persekolahan dulu. Memang sangat seronok. Rindu tiba-tiba menggamit dan saya mula mencari kawan-kawan lama saya di Facebook. Alhamdulillah, dapatlah jumpa ramai juga.

Sesungguhnya hidup manusia ni takkan kembali ke belakang, sesekali kita berpaling ke belakang untuk meneruskan langkah ke depan dengan lebih baik, itu tidak mengapa. Tapi jangan terus pandang ke belakang serta menyesali dan merenunginya tanpa mengambil sebarang pengajaran untuk meneruskan kehidupan dalam status sebagai khalifah Allah di dunia.

Allah sudah menegaskan dalam surah Al-Munafiquun ayat 10-11 yang bermaksud seperti di bawah:

10. And spend something (in charity) out of the substance which we have bestowed on you, before death should come to any of you and He should say, "O My Lord! why Didst Thou not give me respite for a Little while? I should then have given (largely) In charity, and I should have been one of the doers of good".

11. But to no soul will Allah grant respite when the time appointed (for it) has come; and Allah is well acquainted with (all) that ye do.

**Kalau tak paham..tengok sendiri dalam Quran..hehe...

Semoga kita semua dipandu dan dibimbing oleh Allah dalam mengharungi hidup di dunia sekarang yang serba mencabar. Sentiasalah bermohon dengan Allah, nescaya Allah akan kabulkan.
"Misi mencari redha Allah"

Thursday, June 24, 2010

0 Comments: