Hari ILMU & Gerakan Membaca Perdana 2010

Alhamdulillah...


Pagi tadi saya diizinkan oleh Allah menyertai Hari Ilmu anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan perbadanan perpustakaan awam selangor (PPAS). Bermula seawal jam 7 pagi tadi, taman tasik shah alam sudah mula dipenuhi oleh peserta yang ingin menyertai gerakan membaca perdana 2010. Saya sampai pun dah agak lewat, sekitar jam 8.4o pagi. Masa tu dah penuh dah bas dan kereta kat tepi-tepi jalan kat taman tasik tu.huhu..

Lepas sampai tu, teruja la saya tengok ramai orang, budak-budak, orang dewasa dan kanak pun ada, pendek kata semua peringkat umur pun ada.hehe..saya pun terus mendaftar dan ambil satu majalah foward, sebab saya lupa bawa buku dari rumah untuk aktiviti gerakan membaca nanti..hehe...

Lepas dah daftar, saya pun p mencari makanan untuk breakfast. Boleh tahan mahal jugak la makanan dia. Then, masa nak cari port nak makan, ternampaklah krew-krew nasyeed.com yang sedang bertugas. CEO nya menjadi MC menarik perhatian saya. Lepas makan, saya tegur dia dan saya pun mula bergerak mencari kawan yang kebetulan bertugas di meja pendaftaran.

Masa tengah mencari-cari tu, ada akak kat meja pendaftaran tu panggil nak bagi breakfast, nasi goreng dan air mineral. Dalam hati cakap "kan bagus kalo dapat awal-awal tadi..xdelah habis RM1.50 den p beli breakfast sendiri"...huhu..cari tempat lepak bez, bawah pokok teduh dan makan kat situ. Memang ramai la orang, mane-mane ada je orang duduk. Dia ada petak-petak bernombor dia, dan dah di'reserve'kan untuk mereka yang mendaftar awal. Ada daripada sekolah2 sekitar shah alam la ramai, then agensi2 kerajaan, MBSA, MBPJ, JPS, Yayasan Selangor, dll..pastu ada gak daripada privet, ada gak UNISEL, budak-budak tadika pun ada.

Melayu, china, india..semua ada. Macam 1 Malaysia la plak, tapi baguslah, budaya membaca ni bukan untuk orang Islam je...tapi, untuk semua hamba Allah.

Lepas MC soh penuhkan bahagian depan tasik, saya pun terus bergerak ke bawah sket, sebab dia kata nanti orang Malaysia Book of Record nak kira. Konon je tu..padahal dah tau bilangan peserta melalui pendaftaran. ahaks. nak tergelak je den..huhu..MC pun dah umumkan sebelum aktiviti membaca perdana tu dimulakan, penyertaan dah menceceh 14 RIBU orang!!Wow..what a shock..i dont expect there are so many people interest on this event..huhu..nampaknya promosi program ini sungguh berjaya. Tahniah untuk mereka yang menjayakannya!

Jenuh gak menunggu jam 10 ni..dia punye perkiraan sejam. 10-11 pagi, so, start daripada jam 10, kita kena fokus membaca...kononnyelaa...hehe..jam 11 nanti sultan sampai dan berikan beberapa amanat. Tapi, habis je jam 11 tu, saya terus blah. Bukan saya je..orang2 lain pun same.ahaks..Program ini juga mendapat pengiktirafan Largest Outdoor Reading Event in Malaysia. Tu yang dapat masuk Malaysia Book of Record tu..hehe..

Dalam tempoh masa 10-11 tu...macam2 la gayanya orang membaca..ada yang baca kuat-kuat, ada yang baca gurau-gurau, ada yang buat lawak kering & basah, ada yang menguap dekat 10 kali..haha..tengah2 baca tu, saya tergelak dek lawak-lawak yang sampai ke telinga ni..hehe..

Dalam tempoh masa tu juga banyak bot lalu lalang depan kami. Bot, orang yang kira bilangan orang, bot orang ambik gambar, bot mbsa, bot polis, bot bomba..haha..last sekali masa dah habis tu, bot sultan,mb dan pengarah ppas lalu dan lambai2 depan kami. Sebelum tu kawan saya mesej untuk jumpa sebab dia nak bagi barang-barang yang dapat sepatutnya masa register. Lepas semua dah bersurai, saya pun dihantar oleh kawan saya balik ke tempat parking motor yang agak jauh dengan tempat kami jumpa tu.

Beberapa keping gambar waktu kejadian untuk tatapan korang.hehe..

boleh juga dapatkan maklumat lanjut dan berita melalui link ni..
Semoga bukan hari ini sahaja hari ilmu..patutnya hari-hari jadi hari ilmu..hehe..macam tu juga hari ibu dan hari bapa...hehe..

Ketika di meja pendaftaran



keadaan di sekeliling tasik


Belon besar..mercu tanda hari ilmu...


antara laluan yang disediakan


suasana ketika sebelum mula program

nasi goreng breakfast yang disediakan





haa...ni lah suasana tepi tasik yang dah dipenuhi oleh orang ramai...

burung2 ni pun naik join kami baca buku...hehe...

ni la rupenye bila semua orang tengah membaca buku..memang bez..


kan bagus kalo ari2 dan katmana2 pun semua orang macam ni...

ni masa nak menyambut bot VIP datang...

ni masa bot MB, Pengarah PPAS lalu


Bot pengiring...syoknyer..nak naik juge..huhu...


Cap yang diberikan PERCUMA...hehe..lambang PPAS


Mahal nie..


Mesti p pesta buku dia plak la pasni...huhu..



Memang rugi kalo p, tapi x dapat cap dia..haha...


Antara Majalah yang diberikan untuk dibaca...



Ni pun free gift gak..saya dapat 2..hmm..lagi satu untuk sape ye?
ehem..ehem...=)

Sempena ulang tahun shah alam pada 10 okt0ber 2010 ini...dia siap promote awal2 lagi dah..hehe...


Sunday, June 27, 2010

0 Comments: