My UnExpected Experience (3)

Alhamdulillah. Hari ni masih boleh menaip dan melihat di skrin laptop dan juga keyboard. Bayangkan kalau Allah tarik deria penglihatan kita, tak..tak..bayangkan kalau Allah tarik sebelah je deria lihat mata kita??itu pun dah sukar sangat kan kita nak hidup...Ya Allah Betapa besarnya nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami..tak mampu kami membalasnya..Allah, Ya Wahab, sungguh banyak nikmat Engkau berikan pada kami, maka masukkanlah kami dalam kalangan 0rang-orang yang bersyukur...


Ok, pada hari kami sampai di madinah, selepas zuhur rancangnya nak p ziarah maqam Rasulullah dan bersolat di Raudhah, tapi, Raudhah x dibuka untuk muslimat selepas waktu zuhur tu. so, kami pun buat ziarah dalam iaitu ziarah Maqam Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin dari luar masjid sahaja. Kemudian Ziarah maqam Isteri Rasulullah juga dari luar kerana tempat lawatan itu telah tertutup.

Untuk makluman semua, Raudhah adalah tempat antara Mimbar dan rumah Rasulullah. Ia adalah di tempat solat muslimin, oleh itu muslimat dihadkan kepada beberapa waktu tertentu sahaja untuk menziarahi Raudhah, iaitu pada jam 7 pagi..selepas subuh, kemudian selepas zuhur, kemudian pada jam 10malam..iaitu selepas isya'. Raudhah hanya dibuka selama sejam untuk muslimat. Nak tak nak kena berebut jugalah. Alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk bersolat di sana. Tapi agak berasak jugalah sebab terlalu ramai orang dan ia dikawal ketat. Kesian juga tengok kat pengawal kat sana tu..

Selepas kami selesai ziarah dalam, azan asar pun berkumandang, selesai solat asar, ada antara kami yang pulang untuk membersihkan diri. Malam-malam seterusnya kami mengecapi keindahan pemandangan sekitar Masjid Nabawi. Sungguh hati ini tidak puas untuk berada di sana lagi.

Pada hari keesokannya, kami bersolat subuh di Masjid Nabawi dan kami bersiap untuk ziarah luar. Bas yang sama kami naiki membawa kami ke beberapa lokasi ziarah yang telah ditetapkan iaitu ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Bukit Uhud serta Ladang Kurma dan pasar kurma.
Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah. Terletak lebih kurang 5 KM daripada Masjid Nabawi kemudian kami ke Masjid Qiblatain di mana Rasulullah mendapat wahyu ketika solat untuk menukar arah Qiblat. Di kedua-dua masjid ini kami menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

Kemudian kami bergerak ke Bukit Uhud. Kami berkumpul bersama-sama untuk memberi salam kepada para Syuhada' Uhud di imami oleh Ustaz Azhar, kemudian kami mendaki bukit kecil uhud dan melihat pemandangan sekeliling. Di kaki Bukit Uhud dan di dataran hadapan Maqam para syuhada' tu banyak penjual yang menjual barang-barang seperti kasut, tasbih, stokin, serban, kurma, kacang, kismis dan sebagainya. Banyak pelancong yang membeli belah di situ sambil menziarah, termasuklah group kami.

Kemudian kami menaiki bas untuk ke Ladang Kurma yang berhampiran. Rupa pohon kurma ni sebijik macam pokok kelapa sawit. Kalau orang tu tak tahu memang dia cakap 'kenapa kau ambik gambar kat dalam ladang kelapa sawit ni?'..hehe..so, dalam Ladang kurma tu ada 1 kedai yang menjual kurma, kismis, kacang2 dan coklat2..tapi harganya mahal. So, kami terus ke Pasar Kurma untuk memborong kurma sepuas-puasnya..Sebab di Mekah pun harganya mahal.

Selepas membeli belah di Pasar Kurma, kami bersiap untuk pulang ke hotel. Kami menunaikan solat zuhur di Masjid Nabawi dan waktu selepas zuhur inilah peluang terakhir bagi muslimat group kami untuk memasuki Raudhah sebelum kami berangkat ke Mekah selepas ini.

Alhamdulillah, semua jemaah muslimat kami dapat memasuki Raudhah walaupun terpaksa menunggu lama. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut negara...hehe..kelakar bila terkenangkan..macam budak tadika pula, berjalan ikut pengawal perempuan tu ke Raudhah.

Alhamdulillah, selepas asar, kami bertolak ke Mekah. Jadual kami terpaksa dilewatkan selama 2 jam atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..Di bawah ini adalah beberapa gambar sepanjang di Madinah...


Masjid Quba'

Masjid Qiblatain

Maqam Syuhada' Uhud

Dataran sekitar Bukit Uhud

Haaa...ni jangan kata pokok kelapa sawit pulak..ni lah pokok tamar atau kurma..hehe...sama tapi tak serupa kan??

Friday, April 23, 2010

0 Comments: