Alhamdulillah..Setinggi-tinggi syukur kepada Allah yang memberi saya peluang dan masa lagi untuk mencoret sedikit sebanyak pengalaman yang saya rasa patut dikongsi manfaatnya bersama rakan-rakan semua. Maaf atas kelewatan menyambung cerita. Masa banyak dihabiskan dengan beberapa perkara penting yang perlu didahulukan.
Alhamdulillah, kami bertolak dari Madinah sekitar jam5.30 ptg dan sampai di Mekah lebih kurang jam 12malam. Kami bertolak dari Madinah dengan berpakaian ihram, kerana kami akan Miqat (niat ihram) di Masjid Bir Ali yang terletak tidak jauh dari Madinah, sekitar 20minit perjalanan, kami sudah sampai ke Masjid tersebut.
Saya berfikir boleh la rehat dulu sementara nak sampai ke tempat miqat ni,sebab dah keletihan menyelesaikan perkara yang menyebabkan kami tertunda 2 jam sebelum bergerak, rupanya tak sempat nak lelap dah sampai..huhu..Seperti biasa, masjid ini dipenuhi oleh jemaah umrah yang juga mempunyai niat yang sama seperti kami iaitu untuk berniat ihram di situ. Setelah menunaikan solat tahiyatul masjid, kami berkumpul di bas.
Sempat lagi saya dan seorang adik jemaah kami membeli selipar yang dijual berdekatan dengan bas kami. Selipar ni special sebab dia warna putih dan kami teruja nak beli sebab kalo boleh masa umrah pertama ni, semua pakaian dari atas sampai bawah nak putih..hehe..padahal masa buat umrah tu bukannya boleh pakai selipar pun..haha..masa tu masih tak tengok lagi Baitullah..
Banyak juga persinggahan kami yang menyebabkan kami sampai agak lewat di Mekah. Sekitar jam 6.30 petang, kami bertolak dari Masjid Bir Ali. Masa tu dah masuk maghrib, tapi kami decide untuk bergerak dulu sebab kalo solat kat situ lagi lah makan masa lama. Akhirnya kami berhenti di satu perhentian untuk menunaikan solat jama' maghrib dan isya'. Masa tu juga ramailah yang membeli makanan dan minuman untuk bekalan perjalanan. Masa tu kami agak terujalah sebab baru 1st time rasa dan tengok makanan sebenar arab.hehe..
Sesampai kami di Mekah, jalan agak sesak untuk ke hotel, sebab hotel kami tu kecik je dan jalan nak masuk pun agak kecik, tapi muatlah sebuah bas. Selepas penurunan barang-barang, kami membahagikan bilik-bilik untuk jemaah dengan bantuan ustaz Zain, ustaz yang menguruskan logistik kami sepanjang berada di Mekah. ada perubahan bilik dan jemaah terpaksa menumpang bilik jemaah lain dulu buat sementara. selepas dah masukkan barang-barang dalam bilik, kami semua bergerak sekali ke Masjidil Haram.
Waktu tersebut sekitar jam 2pagi. Namun, suasana sepanjang jalan ke Masjidil Haram tak pernah sunyi...banyak kedai yang buka 24 jam. Hati saya berdebar-debar untuk memasuki dan melihat masjidil haram. Selepas lebih kurang 8minit berjalan, kami pun sampai di dataran Masjidil Haram, iaitu kawasan luar masjid, namun masih boleh menunaikan solat sebab ada marmar dia. Sepanjang perjalanan saya berzikir sambil memerhatikan sekeliling untuk menghilangkan debaran sebelum memasuki Masjidil Haram.
Lepas tu, kami nampak dah la menara masjid yang tersegam indah. Kami sudah berada di depan pintu 1, setiap pintu ada nama khasnya, pintu 1 ialah pintu 'Malik Abdul Aziz'. So, mutawif mengingatkan kami supaya ingat nombor pintu yang kita masuk. Sebelum pergi ke Mekah, saya memang dengar banyak cerita orang sesat dalam Masjidil Haram, cuak jugaklah sebenarnya.
Selepas kami membaca doa masuk Masjidil Haram, kami meletakkan selipar di tempat yang disediakan. Rak selipar juga mempunyai nombor dan kita perlu ingat nombor tersebut, takut2 nanti tak jumpa sampai sudah dah selipar kita. hehe..saya banyak pengalaman bila cakap pasal selipar ni..nantilah cerita.
Then, kami pun berjalan kehadapan untuk menuju ke Baitullah yang berada di tengah-tengah masjid yang berbumbungkan langit. Subhanallah, inilah part kemuncak yang saya rasa dalam perjalanan saya ini. Kemuncaknya bila bertemu perkara yang membuatkan hati saya berdebar...Memang tergamam dan kami semua berhenti ketika melihat Baitullah yang tersegam gagah di tengah-tengah masjid. Undescribeable..speechless saya masa tu..berlinang jugaklah airmata ketika pertama kali mata ni disapu dengan keindahan Baitullah..dalam hati memang tak putus2 kami bersyukur dan berzikir.
Kemudian kami diingatkan membaca doa pertama kali melihat Baitullah. Subhanallah, memang saya tak tahu nak cakap macam mana...nikmatnya memandang Baitullah. Itulah kebesaran Allah yang tak dapat disangkal. Selesai membaca doa melihat Baitullah, kami pun turun tangga untuk memulakan tawaf qudum@tawaf pertama kami salah satu daripada rukun umrah. Saya tawaf dengan 3 orang jemaah lain, jemaah yang lain-lain bersama-sama dalam kumpulan kecil lain.
Biasanya memang macam tu, kalau tawaf, bila pusingan pertama masih bersama, tapi lepas-lepas tu ntah kemana-mana ntah..biasa jemaah laki2 mcm tulah, perempuan tak, setiakawan..hehe..
Tak dapat ditahan lagi airmata ni bila memulakan tawaf dengan niat di sudut hajarul aswad berpandukan pada lampu hijau di tangga yang bertentangan dengan sudut tersebut. Tawaf pertama dalam sejarah hidupku..huhu..Memang mengharukan..airmata berterusan ketika membaca doa semasa tawaf pusingan pertama, jemaah lain pun turut kelihatan sebak sehingga kedengaran getaran suaranya ketika membaca doa dan zikir semasa pusingan pertama. Rasa syukur yang bersangatan. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..
selepas selesai tawaf, kami pun solat sunat selepas tawaf di saf dibelakang maqam Ibrahim. Selesai solat sunat, kami bersiap untuk menunaikan rukun seterusnya, iaitu saie. Bergerak bersama ke Bukit Safa berpandukan tanda arahnya. Tidak jauh dari tangga yang ada lampu hijau tadi. Tidak kurang juga orang saie pada waktu-waktu macam ni. Sekali lagi saya teruja ketika pertama kali melihat Bukit Safa yang selama ini hanya dengar dicorong telinga sahaja ketika diceritakan oleh ustaz dalam pengajian sirah. hehe..
Kami membaca niat saie di atas Bukit Safa sambil memandang Kaabah. Selesai membaca doa, kami pun memulakan saie. Agak tinggi juga Bukit Safa dan Marwah ni. Perjalanannya juga boleh tahan jauhnya. Dia ada tempat2 yang diletakkan lampu hijau di mana para jemaah lelaki disunatkan berlari2 anak di antara lampu2 hijau ini. Kalau rakan-rakan baca buku panduan melaksanakan umrah, akan jumpalah.
Setelah kami selesai melakukan saie sebanyak 7 kali perjalanan pergi dan balik dari Safa ke Marwah yang disandarkan kepada kisah Siti Hajar berlari2 mencari air untuk anaknya yang sedang kehausan yang amat iaitu Nabi Ismail. Kami pun memang selalu merenung setiap kali melakukan saie, bagaimanakah begitu tabah dan kuatnya Siti Hajar ketika itu, berlari2 sampai 7 kali.Masa tu bukan macam masa sekarang, masa tu keadaanya terbuka, panas dan tiada marmar macam sekarang. Tempat Saie sekarang mak aiihh..memang mantap. Kalau tak dapat habis 7 pusingan tu tak tahulah.
Tempat saie dilengkapi penghawa dingin, bumbung lengkap, marmar yang bersih dan cantik serta sejuk, di antara Safa dan Marwah juga disedikan air zamzam, ada juga sink air zamzam, siap ada penjaga air zamzam lagi tak nak bagi air tu bercurahan sana-sini. Then ada tempat duduk lagi di beberapa tempat antara Safa dan Marwah tu, supaya jemaah boleh berehat sebentar sementara nak menghabiskan 7 pusingan tu. So, mengapakah kita tak boleh nak menjadi hamba yang bersyukur??Subhanallah.
Ok, sampai sini dulu entri kali ni..nanti saya sambung lagi...nikmatilah beberapa gambar berkaitan di bawah...hehe...
Lobi hotel kami...memang kecik, letak beg kami semua je dah tak boleh lalu..kelakar betul..huhu..
haa..tu nampak gambar ustaz Zain separuh..hehe..
Laluan nak ke hotel kami dari jalan besar..Alhamdulillah boleh kata dekat dan mudah jugak lah kalau nak banding2 dengan hotel lain..huhu...tu pun ada lagi beg yang x muat nak bawak masuk lobi...
Salah Seorang jemaah umrah Mak cik Rahamah. Waktu ni kami baru selesai menunaikan tawaf pertama..Masa ni tak ramai orang. Alhamdulillah..
Haaa..inilah rupe pintu yang setiap hari kami lalu nak masuk masjidil haram..
' Bab al-malik abdul aziz' a
Haa...ini lah keadaan dataran di luar masjidil haram..masih lagi ada tanda arah kiblat pada marmar tu..sentiasa dibersihkan so, boleh solat kat sini kalau x sempat nak masuk dalam or dah penuh..Musim haji ni, confirm penuh.
Inilah suasana ketika Saie..gambar ni orang tengah turun daripada bukit Marwah menuju ke Safa, kat bukit safa pun macam ni lah condong nya...
Ini adalah gambar waktu siang di laluan yang kami lalu untuk ke masjid. Saya ambil gambar ni ketika menuju ke hotel, so, masjid belakang saya. Nampak x ada budak kecik duduk kat jalan tu, itulah salah satu peminta sedekah yang menipu. Kat sana ada komplot minta sedekah, semuanya orang kulit hitam. Tak tahulah nak cakap macam mana..depan2 Masjidil Haram tu menipu...Subhanallah...kisah lanjut, siri akan datang...nantikan..hehe...
Tq kerana sudi membaca..harap tidak bosan dan dapat sedikit manfaat daripada entri ini..syukran...:)
1 Comment:
wahhhh..... teruja ya amatt!!!
Post a Comment