EidulFitri 1430H: Satu renungan...





Alhamdulillah..setelah beberapa lama saya tidak meng update blog, akhirnya hari ini Allah bagi sedikit kelapangan dalam kesibukan yang memuncak untuk berkongsi beberapa perkara kepada rakan-rakan pembaca sekalian..hehe…



Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H kepada semua rakan-rakan pembaca biarpun ada yang sudah raya kali ke-2..(Raya selepas puasa 6..hehe). Lain orang, lain persepsinya. Bagi saya, hari raya tahun ini agak kurang meriah, mungkin disebabkan aktiviti ziarah menziarah bagi keluarga saya kurang aktif tahun ini jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.



Apapun, Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi nikmat kita menyambut hari raya dalam keadaan sempurna bersama keluarga tercinta. Buat rakan-rakan di negara orang, jadikan ia satu pengalaman berharga kalian untuk menempuh segala yang tidak dapat ditempuhi oleh kami yang berada di negara sendiri.



Suka saya menyarankan kepada rakan-rakan sekalian agar bersegera menyempurnakan ibadah sunat, puasa 6 hari di bulan Syawal yang mana pahala dan fadhilatnya amat besar yang dikurniakan Allah. Kata mak cik saya “ dugaan puasa di bulan Syawal ni lagi besar kalau nak dibandingkan dengan puasa di bulan Ramadhan”. Saya tak menafikan kata-kata itu. Teringat kata-kata ulama’ “ bekerjalah kamu ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seakan-akan kamu akan dipanggil Ilahi esok hari”.



Kemeriahan rumah terbuka semakin terasa. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja jemputan rumah terbuka. Namun, dalam suasana gembira kita ini, jangan kita lupakan kepada mereka yang ditimpa musibah. Terkini bencana alam yang terjadi di Padang, Sumatera Barat, kemudian di Pulau Samoa, dan yang terakhirnya banjir besar di Filipina.



Ribuan rakyat masih tertimbus di Padang dek kerana gempa bumi sebesar 7.3 Skala ritcher, sehingga kini operasi mencari diteruskan sehingga tempoh 2 bulan. Begitu juga di Pulau Samoa yang ditimpa tsunami mengorbankan ribuan rakyat dengan pelbagai masalah rawatan perubatan. Filipina pula mengalami banjir besar dan ribut taufan sejak beberapa minggu lalu yang telah menyebabkan rakyatnya kehilangan tempat tinggal. Saat ini apa yang kita boleh fikirkan hanyalah pasrah kepada Allah. Allah yang Maha Berkuasa melakukan segalanya.



Ayuh, kita sama-sama berdoa supaya mereka semua selamat dan mendapat iktibar daripada kejadian ini. Musibah yang menimpah sepatutnya akan lebih membuka mata kita bahawa kuasa Allah itu Maha Hebat dan Maha Besar. Boleh melakukan semuanya dalam sekelip mata sahaja. Semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah Al-Hafidz Al-Muhaimin.



Ilalliqa’…


Monday, October 5, 2009

0 Comments: