Ramadhan...Bulan Keampunan...


Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk menaip dan berkongsi serba sedikit di ruang siber ini. Sebelum pergi lebih jauh, selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Al-fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos yang lalu.

Erm, tak de banyak pun nak share hari ni, juz sedikit peringatan ketika saya berbual dengan umi waktu sahur Ramadhan ke-2. Antara isi perbincangan kami ialah mengenai kehidupan manusia yang semua tidak ada milik manusia, hanya milik Allah segalanya. Teringatlah pulak lagu Rabbani ‘Mana Milik Kita’. Hehe.. erm. Apa pun, itulah hakikatnya. Setiap yang kita punyai sekarang, mestilah dipasakkan dalam hati, bahawa benda tersebut hanyalah sementara dan Allah akan mengambilnya pada bila-bila masa.



Sebab itu, apabila kita punyai sesuatu barang, seperti, kereta, rumah dsb, atau pun ahli keluarga kita, kita tidak perlu meletakkannya di hati. Jika harta lekat di hati ia akan menjadi satu masalah. Hanya Allah yang perlu kita pasakkan di hati. Makhluk lain hanyalah berlegar diluarnya sahaja, so, bila Allah nak tariknya, ia tidaklah terlalu sukar untuk kita menerimanya. Just Let it go.

Teringat kata-kata senior saya suatu masa dahulu, nak sedih boleh, tapi 5 minit aje. Then, kita kena bangkit balik, sebab masa tidak akan berulang lagi. Masa itu emas. Fitrah manusia akan sedih apabila kehilangan sesuatu, namun, ia tidak perlu dikesalkan sehingga kita lalai bahawa itu adalah ujian untuk Allah mendekatkan kita kepadaNya.

Seringkali bila diuji, kita akan tersungkur dan terpaku sehingga merasakan kelam dunia ini. Awas, syaitan akan segera mengambil peluang jika kita tidak segera sedar dan menyerahkannya hanya kepada Allah Rabbul Jalil.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi satu medium tarbiyah untuk kita melatih diri supaya bersabar dalam segenap ujian yang melanda. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya dan Dia tidak akan menguji hambaNya dengan perkara-perkara yang tidak mampu ditanggung mereka.

Selamat menunaikan ibadah puasa pada Ramadhan 1430H. Semoga beroleh berkat untuk semua.

Monday, August 24, 2009

0 Comments: