Assalamualaikum w.b.r kepada semua rakan2 pembaca blog saya. Fiuuuhh.. sudah lama sangat rasanya menyepi dari dunia blog ini. Dalam saya menyepi itulah banyaknya pengalaman dan perkara-perkara yang saya lakukan yang ingin saya kongsi di sini. Namun, kekangan masa menyebabkan saya asyik tertangguh untuk menulis dan meng update blog. Apapun, saya harap, lepas ni Allah akan sentiasa memberi ruang kepada saya untuk terus berkongsi di ruang maya ini.
Setelah hampir 2 bulan daripada post terakhir saya, saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang saya alami selama 2 bulan tersebut. Antara perkara yang memakan masa saya untuk meng update blog ini ialah Konsert Antara Dunia (KAD `09) dan Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2009 (FESKUM `09). 2 program ini sahaja sudah cukup menyebabkan saya sukar untuk menulis perkongsian setiap hari.
Sebelum saya bercerita lebih jauh, eloklah kiranya kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani yang telah dipanggil Ilahi pada 13 Ogos yang lalu.
Alhamdulillah, kami team KAD `09 sempat diberi peluang oleh Allah mengenali peribadi Ustaz Asri. Benarlah seperti kata-kata sahabat beliau, kami juga mengakui peribadinya yang mulia. Semoga roh ustaz Asri dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.
Kami juga banyak menimba pengalaman dan ilmu-ilmu baru ketika berusaha keras dalam menjayakan KAD `09. Gerak kerja yang bermula sejak April sehingga Ogos 2009 memang memerlukan pengorbanan dan kekuatan fizikal dan mental. Kalau nak diceritakan pengalaman kami, memang sangat banyak apa yang kami lalui setiap hari. Ada baik dan buruknya, ada manis dan pahitnya.
Apapun, rasanya sangat bersyukur, perjalanan KAD `09 mendapat sambutan dan orang ramai memberikan respon yang baik dengan meminta di adakan lagi pada tahun akan datang. Semuanya telah ditakdirkan Allah. Itulah kali terakhir Konsert Rabbani bersama Ustaz Asri, dan kami wakil Gamis sangat-sangat bertuah kerana diberi peluang untuk mengabulkan hajat Ustaz Asri untuk menggabungkan kembali kumpulan nasyid besar tanah air di atas satu pentas. Subhanallah. Banyak hikmahnya yang dapat kami lihat atas keputusan pemilihan artis sebelum ini.
Nak katanya, Allah itu Maha Perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia menyayangi hambaNya walaupun kita rasa itu adalah usaha kita, tapi, tanpa Allah, siapalah kita. Banyak kami belajar daripada Rabbani dan khususnya Ustaz Asri sendiri. Beliau juga banyak berkorban untuk menjayakan konsert tersebut.
Sebak dan terharu rasanya atas pengorbanan mereka semua. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan KAD `09. Terima kasih banyak-banyak. Untuk cerita-ceritu pengalaman kami yang seterusnya, tunggu siri Pasca-KAD`09 akan datang ye..hehe..thanks alot.

0 Comments:
Post a Comment