Wasatiah


Siang tadi sempat saya merayau-rayau di Mid Valley untuk mencari barang keperluan. Singgah sebentar di kedai roti. Sementara menunggu sahabat saya membeli, saya melihat telatah orang ramai yang lalu lalang di situ, melihat juga para peniaga menjual produk mereka.

Tiba-tiba terlintas di benak fikiran saya..’ekonomi sekarang semakin meruncing dan menggugat.’ Kasihan saya melihat para peniaga dan juga pembeli yang terpaksa menderita dengan kenaikan pelbagai harga barang keperluan. Mungkin saya yang masih bergelar mahasiswa tidak merasai sepenuhnya keperitan masalah ekonomi ini, namun, orang yang telah bekerja sepenuhnya ini sangat memahaminya.

Barang yang saya ingin beli juga telah naik harganya sebanyak RM10. Sabarlah wahai rakyat Malaysia. Namun, saat inilah menguji kita bagaimana kita menggunakan kebijaksanaan dalam berbelanja. Teringat pesanan Rasulullah yang menyuruh kita hidup penuh kesederhanaan, jangan membazir segala sumber yang ada. Bersabar dan menahan nafsu amat penting ketika membeli belah.

Orang kata lumrah, hidup di Kuala Lumpur, kos hidupnya tinggi. Sebab itulah juga jenayah semakin meningkat. Gejala sosial juga menjadi wabak penyakit masyarakat muda. Mereka semakin berani untuk melakukan jenayah secara terang-terangan seperti merompak, meragut serta membunuh. Ini hasil disebabkan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kehidupan mereka seharian secara tetap.

Akhirnya, jadilah kehidupan di kota Negara ini seperti hidup di dalam penjara, penuh ketakutan dan kelicikan. Tiba-tiba terlintas di benak fikiran saya suasana kampung yang tenang, aman damai serta menyejukkan mata. Udara yang segar serta pemandangan yang cantik boleh menghilangkan kekusutan fikiran yang dipenuhi dengan masalah duniawi.

Kuncinya satu sahaja. Pendidikan= tarbiyah = learning. Sama-sama kita renungi dan fikirkan hikmah disaebaliknya.



Monday, June 8, 2009

0 Comments: