Pencak Ilmu..


Alhamdulillah. Saya sedang menghabiskan sebuah buku yang pernah saya bagitahu dulu…’Aku, Buku dan Cinta’ Oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Sangat menarik dan ia menjadi muhasabah untuk saya. Antara pengisian yang boleh saya kongsi di sini ialah:


1.Jangan memandang enteng masa yang kita gunakan setiap hari. Masa adalah adalah harta anugerah Allah yang sangat berharga. Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam buku ini sangat ‘gila’ membaca. Mereka tidak pernah mensia-sia kan masa mereka untuk melakukan perkara-perkara lain selain membaca. Bagi mereka membaca itu adalah makanan yang mengenyangkan.


2.Ilmu yang kita perolehi daripada membaca ini sangat berharga dan ia tidak ternilai dengan matawang. Ramai di kalangan tokoh-tokoh ini sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk menuntut ilmu, membeli buku dan sebagainya. Semuanya kerana mereka melihat bahawa kemuliaan manusia itu berasaskan ilmunya.


3.Redha Allah sentiasa mengiringi orang yang menuntut ilmu, seperti ayat Allah dalam surah Al-Mujadalah, 11.


Oleh itu, bagi rakan-rakan yang sukar untuk membaca… asal buka buku aje, baca 2,3 helai terus lelap, sangatlah sesuai membaca buku ini. Kadang-kadang saya sedar, bahawa banyak sangat lagi buku-buku yang masih belum dibaca, tapi kadang-kadang masa dan keinginan untuk membaca tu susah nak dapat. Apapun, semoga dengan niat ikhlas kita untuk menuntut ilmu, akan diredhai Allah. InsyaAllah, Allah akan mudahkan jika niat dan kesungguhan kita tunjukkan.


Wednesday, June 17, 2009

2 Comments:

anie_skut87 said...

a'ah...betOl3...wa...best gak buku tu ek...ha, biler tu nak abeh bacer?? leh pinjam...haha...koya~

membaca bukan sekdar mengumpul fakta tetapi bile kite membca, kite juga kene menganalisis bagaimana sesuatu pandangan itu diambil... bagaimana pemikiran orang dulu, yang masih relevan sampai ke hari nie..dan banyak lagi..

yang kedua...bile membca, lebih menarik jika di'bedah' dan di'diskusi' ngan orang len..kat situ, banyak idea yang bleh digarap....n menimbulkan rasa ingin tahu yang akhirnya menjurus pada mahu..!!!

jom membca, menganalisis dan berdiskusi!!!

Sufi Intelek said...

tau xpe..bila baca..rasa banyak lagi menda2 yang x tau..huhu..haha..InsyaAllah..akan dihabiskan dalam masa terdekat.
Elleh..buat2 nak pinjam lak..koyaa~...