Assalamualaikum wbr
Setelah lama berperang dengan masa, Alhamdulillah, hari ini ada sedikit masa yang terlebih untuk buat beberapa perkongsian bersama mereka yang membaca blog ini..:)
Banyak perkara yang ingin diperkatakan sehingga tidak sempat untuk di luahkan. Apapun, Semoga Allah mengaturkan yang terbaik untuk kita. ameeen..
Beberapa perkara yang terdetik di hati saya kini yang suka untuk saya kongsikan bersama.
- Setiap kali kita membaca Al-Fatihah dengan penuh penghayatan dan pengharapan, ada satu ilmu dan kesedaran baru serta ilham yang Allah sertakan pada kalimah " Ihdinas Sirotol mustaqiim". Cubalah kita renungi bersama setiap kali kita hadapi masalah dan kesulitan dalam hidup kita, tenangkan hati kita dengan Al-Fatihah yang sentiasa basah dibibir kita. InsyaAllah Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
- Setiap penyakit itu Allah akan sertakan dengan penawarnya, sama ada penyakit fizikal atau pun penyakit dalaman.Apa yang penting sentiasalah kita berusaha untuk sembuh kerana Allah menilai setiap usaha dan ikhtiar kita itu.
- Hubungan sillaturrahim jangan diputuskan dan hendaklah sentiasa kita bina ia. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita.InsyaAllah.
- Bersabarlah setiap ketentuan Allah yang berlaku. Dunia ini hanyalah sementara, jadikanlah ia sebagai ladang akhirat untuk kita menyemai sebanyak mungkin amalan di akhirat sana kelak.
- Setiap kekusutan masalah itu, pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan jadikan masalah itu sebagai penghalang untuk kita maju ke hadapan dan lebih hampir dengan Allah. Seseorang itu akan menjadi lebih hebat dan kuat apabila dia dapat mengharungi sesuatu masalah itu. Jadikanlah Allah sumber pergantungan dan inspirasi utama dalam mencari jalan penyelesaian.
- Sesungguhnya Allah menanti hamba-hambaNya yang bangun bermohon dan mengadu padaNya di sepertiga malam. Semoga kita sentiasa tergolong daripada golongan yang sedikit ini.
- La Tahzan. Inna Allaha ma'ana...

1 Comment:
assalamualaikum...apakah petua utk senang bangun solat malam (tahajjud)?apa petua spaya esknya kt tak mengntuk? saya selalu takut utk bangun malam sbb takut esknya saya akan tertidur dlm kuliah..hrp dpt bg pndapat=)
Post a Comment