Don't be Sad...


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah banyak memberi nikmat kurnia kepada kita sehingga saat saya menaip ini dan kalian membaca post ini.Alhamdulillah.

Hari ini adalah hari penuh perasaan dan emosi bagi saya. Saya rasalah, sebab banyak kejadian yang berlaku hari ini, kesannya sehingga membuatkan saya terdiam dan terasa hingga ke lubuk jiwa. huhu..tak tahulah kenapa..walaupun luarnya nampak biasa, tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu.


Pagi tadi saya telah mendapat satu keputusan berkaitan dengan kerja saya daripada pihak atasan dan saya perlu menyebarkannya kepada semua teammate saya..dan bila tiba masa pengumumannya, memang terasa sebaknya. Walaupun muka semua cool dan cover macho, hehe..tapi saya pasti bukan saya sahaja tapi semua team saya berasa terkejut, sedih, sebak dan menangis dalam hati. huhu..Di sini, ingin saya rakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teammate saya yang pernah bekerja sekali dalam tempoh masa kerja tersebut dijalankan.

Semenjak Ogos yang lalu, ketika permulaannya hanya ada beberapa kerat sahaja petugas2nya dan kami terpaksa bekerja sehingga ke malam, itu juga mengeratkan ukhwah sesama kami. Kak Rafidah, Kak Zafirah, Safwan, Kak Wan Zahidah & Mohd Al-Hariz. Kemudian berlaku lah beberapa perkembangan program dan pertambahan rakan setugas. Ada yang sementara ada yang kekal. Sehingga sekarang yang ada ialah Pak Cik Ramli, Akmal, Nasuha, Adli, Tajuddin, Faizee dan Harith, yang pernah kerja sementara ari tu ialah Syabab dan Hafizah pastu adalah beberapa orang sahabat2 dari Unisel dan Uitm yang saya tak sempat nak bermesra. Sehingga hari ini, kerja-kerja semakin baik dan terurus serta tidak perlu sehingga malam. Terima kasih kepada kalian semua.


Dan bagi saya korang semua adalah teammate yang terbaik sepanjang tempoh saya bekerja. Walaupun pada awalnya agak sukar utk membina komunikasi dan persefahaman, namun Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya sehingga apa yang terhasil hari ini. Alhamdulillah Allah datangkan para pembantu yang terbaik untuk membantu gerak kerja ini. huhu..Suka sangat dapat mengenali mereka-mereka semua ini, masing-masing ada kelebihan masing-masing yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Semua faham tentang tugas masing-masing dan bertanggungjawab atas kerja tersebut. Saya sangat menghargainya, terima kasih. Seingat saya, saya tak pernah merasai team yang sebegini best. hehe..Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua.

Ok. Habis satu bab, bab kerja. Bab lain lagi..sambung nanti la ek..hehe..dah tak mampu nak menulis lagi dek kerana menahan kesedihan memikirkan akan berpisah dengan team yang hebat ini, mungkin sudah masanya Allah kata setakat ini dahulu ukhwah kita, walaupun hati ini berat mahu menerima perpisahan ini, namun segalanya takdir dan semua perlu menerimanya. Sesungguhnya UKHWAH itu INDAH apabila kita bertemu dan berpisah kerana Allah.

Walaupun jauh di sudut hati ini sedih, tapi pasti ada hikmah terbesar disebaliknya. Oleh itu, jangan mudah berputus asa, Allah tak suka kita putus asa. Allah suka mendengar hambaNya merintih dan memohon kepadaNya. That's why, Don't Be Sad.


Be Strong!

Barokallahufikum.










Wednesday, November 3, 2010

0 Comments: