Majlis ilmu dan muhasabah

Alhamdulillah. Semalam telah selamat di adakan bacaan yaasin dan doa selamat untuk boss saya yang bakal berangkat menunaikan haji pada 31 Oktober ini. Ini juga bermakna beliau akan membawa seramai lebih kurang 25 orang lagi jemaah bersamanya untuk trip haji 1431h yang pertama yang pengisiannya dilakukan oleh 3i Travel.

Sebelum majlis bermula, para pemudi kami-kami ni membuat sedikit pengisian halaqah yang telah diberikan oleh senior saya. Saya sempat join sekejap je, sebab kena tolong buat preparation di bawah. Lepas dah siap semua baru saya naik atas. Then, dapat sikit jelah pengisiannya, tapi, itulah yang sering terawang-awang dalam benak fikiran saya, dan saya memang pasti ianya meronta-ronta untuk diluahkan dan dikongsikan dalam bentuk penulisan sebegini. hehe

Antaranya ialah;

Semua antara kita mempunyai peranan masing-masing mengikut kepakaran dan kemahiran yang Allah bagi. Kita adalah penyambung gerak kerja dakwah Islam Rasulullah tercinta. Oleh itu, kita perlu menggunakan sepenuhnya kepakaran dan ilmu yang Allah bagi untuk menyebarkan Islam seoptimumnya. Dakwah, Tarbiah dan Siasah adalah pembahagian dalam gerak kerja Islam yang telah disepakati. Kita perlu memainkan peranan mengikut sasaran sekeliling kita dan dalam bidang apa kita terlibat.

NISA' adalah NGO yang kami semua terlibat, dan method untuk menyebarkan Islam adalah seperti berniaga dan Islam adalah produknya. So, kita nak mempromosikan produk kita ini mestilah dengan cara yang terbaik dan menarik. Sebab sasaran NISA' adalah remaja-remaja di luar sana yang terlibat dengan gaya hidup sosial yang ke arah negatif, kita nak bawa mereka semula kembali kepada fitrah manusiawi, hamba Allah.

Kemudiannya beliau mengeluarkan satu qoute yang menarik bagi saya; Life is too short to be ordinary. Ini bermakna, hidup ini sangat singkat bagi mereka yang kitar hidupnya adalah average. Jadi, untuk jadi luar biasa, kita kena berfikir cara luar biasa, bertindak luar biasa dan semuanya luar biasa...jangan buang tabiat dah. hehe..

J-K-R; frasa yang menarik untuk dibincangkan. Setiap perempuan perlu mempunyai ketiga-tiga ini untuk menjadi extra ordinary. hehe..apekah itu JKR?yang pastinya bukan Jabatan Kerja Raya eh..
J-Jemaah
K-Kerjaya
R-Rumah Tangga.

Seseorang itu biasa bila dia berumahtangga, dan dia akan dipandang lebih sikit bila dia ada kerjaya. Tapi, tak semua orang ada J, iaitu terlibat dengan jemaah untuk memastikan kelangsungan dakwah Islam. Tak kiralah organisasi mana pun, selagi ia mendokong prinsip Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, dan melakukan gerak kerja dakwah, kita join dan sokong mengikut kemampuan kita. Mereka yang mempunyai ketiga-tiga ini pasti akan dihormati. Sebab Allah dah janji dalam Quran bahawa sesiapa yang menjaga agama Allah dan berjuang meninggikan kalimah La ilaha Illalah pasti akan dapat pembelaan Allah.

So, selepas pengisian tu, bermulalah acara bacaan yaasin di tingkat bawah. Kami pun join. Tapi, saya tak dapat dengar sedikit renungan pengubat jiwa yang disampaikan oleh Dr. Rosni Adam sebab saya kena keluar p jemput tetamu yang kesesatan di pejabat kami. Sampai-sampai je rumah bos, dah habis dan ucapan penutup dah pun. huhu..adik saya kata memang meruntun hati pengisian Dr. Rosni. huhu..tak pelah, tak de rezeki nak dengar.huhu..

Apapun, sume orang puji nasi dagang bos den masak sedap. haha. Sebab pembantu dia yang sediakan bahan tu memang pandai tolong, so, jadilah sedap.haha..tak delah, memang dia pandai masak. Masaklah pape pun, sume jadi sedap. haha..dan Alhamdulillah semalam makanan mencukupi, tak delah membazir banyak, cukup-cukup orang kata. Majlis selepas tu diserikan lagi dengan kehadiran sepupu saya dengan anak-anak mereka yang kecoh. Memang seronok sebab dah lama tak jumpa diorang. hehe. Alhamdulillah, selepas dah tolong basuh dan kemas-kemas. Kami pun pulang lah ke destinasi kami.

Ini adalah gambar suasana ketika majlis berlangsung.

Friday, October 22, 2010

0 Comments: