SEMARAK MERDEKA 2010


Alhamdulillah..

pada 30 Ogos malam, saya dan seorang sahabat telah pergi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan di I-City Shah Alam. Sungguh ramai orang. Sambutan anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini bermula sejak petang 30 Ogos itu lagi dengan pelbagai booth di buka. Antaranya ialah perkhidmatan daftar undi, Generasi Idaman Selangor (GeMS), PPAS dan sebagainya yang menyumbang manfaat kepada rakyat daripada kerjaan negeri Selangor.

Saya berkesempatan di sana sejak jam 6.20 petang. Berpeluang mendengar tazkirah sebelum berbuka puasa daripada Ustaz Zamri tv9. Menarik & kelakar, namun penuh ilmiah dan muhasabah. Alhamdulillah. Makanan berbuka di taja oleh penganjur dan kami diberi makan dalam polistrin. Saya dan sahabat telah berjumpa beberapa orang senior kami dari UM dan mereka telah mendaftar sebagai urusetia yang akan mengikuti Ekspidisi dakwah pada malam tersebut. Terdapat juga kempen anti-zina yang dilancarkan oleh kerajaan negeri yang sangat bermanfaat untuk warga selangor.

Kami berbuka di surau muslimat yang disediakan, seterusnya bergerak ke dataran solat di depan pentas utama. Pengisian antara maghrib dan isya' di berikan oleh Tn Hj Jamaluddin yang merupakan Timb Pengerusi Yayasan Amal yang telah pergi ke Palestin dan menjadi sukarelawan di sana. Beliau menceritakan pengalaman beliau ke sana. Sungguh trajis dan terbentang kekejaman Yahudi terhadap manusia. Sedih mendengarnya.

Seterusnya kami solat Isya' yang diimamkan oleh Ustaz Shahrizan, murobbi Imam Muda TV9, dan tarawikh yang sepatutnya diimamkan oleh juara imam muda, Ustaz Asyraf diimamkan oleh Ustaz Shahrizan juga dan 2 rakaat ke-8 barulah Imam Muda Asyraf sampai dan mengimamkan solat tarawikh dan 3 rakaat witir. Alhamdulillah.

Seterusnya selesai solat witir, kami dihiburkan oleh artis2 jemputan dengan lagu2 yang bertemakan ketuhanan dan kemerdekaan. Sajak2 patriotis penuh penghayatan di sampaikan oleh ketua pemuda daripada PAS & Keadilan. Memang menarik. Kemudian ucapan oleh YB Dr. Halimah Ali, exco yang menganjurkan program ini dan ucapan perasmian daripada MB Selangor, YB Khalid Ibrahim. Saya terlepas untuk melihat gimik perasmian kerana mengambil wudhu' untuk solat hajat selepas laungan kemerdekaan nanti. Tapi tak pelah, tak rasa rugi pun. hehe..

Kemudian ketika countdown telah mencecah angka 0, MB sendiri melaungkan MERDEKA dan selepas itu doa selamat dibacakan oleh Imam Muda Asyraf, selepas doa barulah pertunjukan bunga api yang memuaskan hati saya. Sangat menarik.hehe..saya ada buat rakaman menggunakan SEK810i . Selepas itu barulah kami menunaikan solat sunat hajat memohon kesejahteraan untuk Selangor dan Malaysia yang juga diimamkan oleh Imam Muda Asyraf. Alhamdulillah. Selesai sudah sambutan kemerdekaan peringkat kerajaan Negeri Selangor.

Malam itu sebelum balik, sempat saya dan sahabat mengambil gambar di beberapa lokasi menarik di sekitar I-city. Banyak lampu2 yang pelbagai bentuk di jadikan latar belakang pengunjung di sana. Berbagai2 bentuk fauna dan flora.hehe..

Beberapa waktu sebelum jam menunjukkan pukul 12 malam, dataran di I-City telah dipenuhi oleh pelbagai jenis manusia yang ingin menyambut merdeka. Di situlah terdapat ramai mad'u yang hadir dan itulah salah satu faktor utama sambutan yang penuh Islamik itu dilakukan di situ. Namun bagi saya, satu perkara yang tidak kesampaian, iaitu range speaker yang digunakan tidak sampai ke ruang belakang dataran, walhal di situlah ramai mad'u berkumpul menunggu waktu detik 12 malam. Dan bagi saya segala amanat dan kata2 dakwah kurang sampai kepada mereka kerana keadaan di belakang sana agak sesak dan bising dengan orang ramai.

Namun usaha yang baik ini, moga Allah memberi ganjaran sewajarnya. Saya amat berharap semua hadirin yang datang ke sana mendapat sesuatu yang bermanfaat. Semoga sambutan kemerdekaan seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang. sehingga ia dapat dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Alhamdulillah.

Wednesday, September 1, 2010

3 Comments:

Al-Hariz said...

Kene komen pada Nasyeed.com ttg audio tu. mmg tak dengar...

syuhadah dzarawi said...

anda menuLis report karangan ke fie? hehe.

Sufi Intelek said...

hariz:komen kepada NC tu.serah pada awak je..
syud: hang ni saje je eh..orang dah xde idea nak update pemenda..tulis la ni..hang tu ada update blog kah?haha...