Rapuhnya Cintaku padaMu





Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Thursday, July 7, 2011

Marketing is money!


Assalamualaikum wbr

Dah lama x update blog. same reason..hehe..x sempat, x de mood..macam-macam la. Anyway, saya baru balik dari my hometown, join kursus 'mastermind marketing' kat sana yang saya jumpa iklannya di akhbar sinar baru-baru ini. Biasalah, kursus muqaddimah murahlah..sebab lepas tu depa nak promoto kursus yang lagi mahal dan lagi banyak ilmunya.

Apapun, sesi yang bermula sekitar jam 9.30pagi dan berakhir 1.15petang banyak memberi input baru dan membuka mata saya bahawa dunia perniagaan ini sangat luas dan masih banyak yang belum saya terokai dan pelajari. Permulaan sesi ini membuatkan saya terfikir bahawa amat perlu menetapkan matlamat dan apa yang kita nak capai dalam perniagaan yang kita ceburi ini. Well, hobi juga blh membawa duit, hobi juga blh jadi satu perniagaan. Bidang apapun yang kita ceburi, mestilah selari dengan jiwa kita, agar tidak menjadi konflik ketika mengendalikan perniagaan tu nanti.

Speaker dia sorang je. Dr. Azimuth, x sure la korang pernah dengar nama tu ke tak kan..tapi, dia ada banyak health and beuty centre. Of course la dia akan promote produk2 dia at the end session tu an, memang bez dan saya macam berminat, tapi bila pikir balik dalam2..saya hanya berkelayakan utk jadi pengguna nya sahaja tidak layak untuk menjadi pengedar atau stokisnya. Kalau korang nak tahu sape Dr. Azimuth ni, blh lah tanya lebai google ye.hehe..

Banyak lagi sebenarnya benda2 yang dishare oleh beliau, saya x blh nak ulas panjang-panjang tapi saya akan share point2nya je yep. Antaranya:

Usahawan mestilah berdisiplin
Mesti kerja kuat dan bijak
Pembahagian masa perlu bijak
Perlu ada inner strength utk menghadapi cabaran (akan saya ulas post akan datang,part menarik ni)
Perlu menghayati setiap post kita sama ada kita sebagai pelajar, usahawan atau pekerja biasa.
Aura / perasaan seronok dalam setiap kerja yang kita lakukan akan terasa tempiasnya oleh orang-orang disekeliling kita menyebabkan persekitaran kerja itu jadi baik.
22juta orang yahudi telah menguasai ekonomi america, russia dan eropah
Orang yang EQ nya rendah sukar untuk berjaya (EQ= Emotional Quotion)
TV dikatakan IDIOT BOX yang akan menyebabkan IQ orang yang melihatnya terutama kanak-kanak menurun sebanyak 10-20%.
Hidupkan budaya membaca buku dimana sahaja.
Amalkan Exercise Calm Breathing
Ubah attitude guna sub-conscious mind
pupuk jiwa utk mendapat kepuasan hidup dengan kehidupan sederhana
Kalau nampak orang Islam kaya , doakan mereka agar lebih berjaya.
Kreatifkan dan jadikan biznes anda mencapah
Follow up prospek / potential customer 3-5-7.
proses follow up secara manual lebih berkesan.

Perkongsian seterusnya tunggu ye..maaf x dapat post sharing pasal pengalaman umrah lagi.


Monday, June 6, 2011

I LOVE MY FRIEND!


Assalamualaikum wbr

Dah lama juga ye saya x update blog..anyway, semoga Allah sentiasa rahmati kita semua. Walaupun sibuk dan banyak kerja, kita mesti sentiasa menikmati hidup ini dengan lapang dada dan menerima setiap apa yang Allah berikan kepada kita.

Erm..nak share ape ye? erm..pengalaman saya di Haramain? tak sesuai kot sekarang, nanti2lah..itu nak citer mau nye 3,4 page.huhu..nanti korang plak termuntah2 nak baca.hehe..

haa..tadi sempatlah layan naruto shipudden jap. Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah, nilai PERSAHABATAN mereka. Masa episod yang saya dan tengok kejap tu, Sakura tengah dalam keadaan genting, dia kena ikat dan kena sembur asap beracun oleh musuh dia, ape nama ntah. Pastu, dia memang kena tahan nafas, sampai satu tahap tu, dia dah lemah. Pastu, tetiba, dia teringat satu kenangan dia yang dia pernah cakap pada Naruto, masa tu Naruto kat hospital kena tahan sebab cedera parah. Dia cakap kat Naruto bahawa dia tak akan kalah dan meninggalkan Naruto dalam mana-mana perlawanan. Dia teringat bahawa dia kena melindungi sahabat2 dia, iaitu Naruto dan Sasuke.

So, dari situ dia dapat kekuatan (hakikatnya Allah Al-Qawiy yang bagi..hehe..) utk lepaskan diri. Dia buat 1 letupan yang boleh membebaskan dia dari ikatan tu dan berjaya kembali ke tempat yang selamat.

Nak katanya kat sini, betapa akrabnya mereka sehinggakan mereka sentiasa rasa nak protect each other and must stay alive for their friends.Huh..mahal tu..itulah yang paling manis dalam persahabatan.

Ok dah..kepada semua sahabat2 saya. Saya sangat menghargai korang dan sayang korang. Erm..saya bukan orang yg mudah tunjuk2, so, saya tak tunjuk la perasaan yang ada dalam hati ni. (tapi kadang2 tertunjuk juge..huhu..)Hanya ALLAH yang tahu. Sebab saya rasa itulah perangai anak sulung kot..huhu..Entah. Tapi nak express my feeling memang agak susah.Nak2 bab2 macam ni...

Indahnya hidup ini dikelilingi oleh sahabat2 yang baik dan bez..Syukran Allah..I love them juz becoz of You oh Allah...

English hancur..haha..

Next Entry would be my experienced @ Haramain...hehe...InsyaAllah...:)..

Satu lagu bez nak share dengan u all..Badar 3I3 by Mestica..


Tuesday, May 17, 2011

Muhasabah sosial



8 Pergaulan yang perlu kita amati dalam hidup kita

Abu khotib menyatakan,bahwa barangsiapa bergaul dengan 8 golongan,maka Allah akan menambah kepadanya 8 hal:

a. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang kaya,maka Allah akan menambah rasa cintanya kepada dunia.

b. barangsiapa bergaul dengan orang-orang fakir,maka ia akan memperoleh rasa syukur dan merasa senang terhadap rezeki dari Allah.

c. barangsiapa bergaul dengan raja,maka ia akan bertambah keras hatinya dan takabur.

d. Barangsiapa bergaul dengan perempuan,maka Allah akan menambah kebodohan dan birahinya.

e. barangsiapa bergaul dengan anak-anak,maka ia makin suka main-main.

f. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang fasik,maka bertambahlah kecenderunganya untuk melakukan dosa dan melalaikan tobat.

g. barangsiapa bergaul dengan orang-orang soleh,maka bertambahlah rasa cintanya dalam taat kepada Allah.

h. Barangsiapa bergaul dengan ulama,maka bertambah ilmu dan amalnya.

Monday, May 9, 2011

GET CONNECTED!

Assalamualaikum wbr...

Fuuhhh..lama dah x update Blog.MasyaAllah..agak sibuk kebelakangan ini. (walhal bz sokmo..huhu)..Tapi pekerjaan paling sibuk, tau ape?Jadi Nabi..so, kalau bukan tahap makam nabi tu...tak cukup sibuk lagi la tue..huhu..

Erm..revolusi telah berlaku.. Nama blog saya dah tukar. Disebabkan saya rasa saya bukan lagi dibidang falsafah seperti mana masa saya undergrade dulu..hehe..So, dengan ilham daripada Allah, Masa driving semalam..dengarlah walkman sebab my co-pilot ada kerja yang menyebabkan dia tak blh nak borak.hehe.. So, tetiba, giliran lagu ni berkumandang kat walkman tu..tiba2 Allah bagi ilham untuk betul2 menghayati lagu ni...nak menitik gak r airmata..then, terus rasa macam nak share dengan everybody. But, my sharing bukan di lisan, tapi di alam maya..hehe..

Walaupun lirik dia memang lah semuanya metafora saya rasa..tapi bukan kita x bleh nak paham kan..korang sume ambik KOMSAS masa SPM an?mesti paham punyela...Tentang Cinta Allah..dan ketahuilah..selagi tidak meraih cinta Allah, jangan mimpi nak dapat cinta manusia. Betapa hina nya diri kita ni nak mengenepikan Allah dan meng 'awla' kan manusia..Sungguh, Semakin hari umur kita semakin singkat, lalu masih lagi kita mencari cinta manusia..

Kalau kita ambil masa 5minit utk merenung skejap, segala nikmat yang Allah bagi kita, nescaya hati kita akan menangis, sebab dah lama kita tidak memberikan hak hati ini. Hak hati adalah untuk memuja dan memuji Allah..sebab itu hati kita akan menjadi tenang bila sentiasa mengingati Allah..

Anyway, korang dengar jelah lagu ni..ni bukan favorite song saya, tapi liriknya agak menyentuh hati gak r..hehe..silalah dengar dan terus get connected to Allah..:)







DESTINASI CINTA
by MESTICA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Saturday, April 23, 2011

Semakin hari semakin hampir





Alhamdulillah, genap sudah umur saya 24 tahun. Anugerah Allah tidak pernah berhenti setakat ini. Dengan ilham daripada Allah, Majikan saya telah mengusahakan satu majlis doa selamat untuk para pelajar dan pekerja yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Adam Sobri, (pelajar SMTT3i)4 April dan saya 5 April, majlis telah diadakan pada 5 april jam 10.30mlm. Doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Fairuz yang merupakan guru agama di SMTT3i, tempat saya berkhidmat.

Sungguh rasanya tidak mampu untuk meminta lagi daripada Allah kerana kurniaNya terlalu banyak tidak terhitung. Rasa sebak juga bila Ustaz Fairuz bacakan doa dan ucapan ringkas daripada Boss saya. Tahun lepas sempat saya menyambut ulangtahun kelahiran di depan Baitullah, kali ini saya tidak sempat kerana pulang awal ke Malaysia.

Setiap tahun saya merasakan pelbagai perasaan dan mendapat situasi yang berbeza ketika ulangtahun kelahiran saya. Ketika di Tahun 1 UM, bersama rakan2 sebilik, tahun 2 UM, atas sampan di Kg.Kuantan ketika melawat Kelip2 di Kuala Selangor bersama rakan2 satu subjek utk subjek Alam Sekitar. Tahun 3 tak ingat, Last year di Masjidil Haram, This year bersama rakan2 setugas dan pelajar SMTT3i.

Apapun, setinggi syukur kepada Allah kerana mengizinkan saya sampai ke usia sekarang dengan segala nikmatNya yang sungguh banyak. Sungguhlah Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Sayang sungguh Allah kepada HambaNya..Terasa belaian kasih sayang Allah, lebih-lebih lagi ketika berkerja dan beribadah di Haramain baru-baru ini.

Alhamdulillah...ucapan itu yang masih berbaki di sanubari saya sekarang selepas majlis semalam..

Terima kasih buat semua yang terlibat, pihak pentadbiran, rakan-rakan sekerja, anak2 didik SMTT3i dan semua rakan2 saya di luar sana yang telah memberikan ucapan dan doa melalui panggilan telefon, SMS dan Facebook. Semoga kalian sentiasa dalam Rahmat Allah InsyaAllah.


Orang ramai, kek pun kena banyak lah..hehe...Terima kasih banyak2 kepada mereka yang telah memberikan hadiah=)...

Wednesday, April 6, 2011

Hatiku tertinggal di sana....




Suara yang tidak akan dilupakan...
menggamit memori indah beruzlah dan beribadah hanya keranaNya. Semata-mata kerana mencari keredhaan dan cintaNya.....

Hanya padaMu Allah aku bergantung...
Kurniakanlah aku cinta hakiki yang tidak pernah luput nikmatnya...
Redhalah akan diriku Allah...
Bimbinglah setiap langkahku agar tetap dalam pengawasanMu...

Kurniakanlah rasa kecintaan ku kepada KEIMANAN
dan hiaskanlah IMAN di hatiku...
Ya Mujib..ajib dua'ie...ameeen....

Friday, April 1, 2011