Semakin hari semakin hampir





Alhamdulillah, genap sudah umur saya 24 tahun. Anugerah Allah tidak pernah berhenti setakat ini. Dengan ilham daripada Allah, Majikan saya telah mengusahakan satu majlis doa selamat untuk para pelajar dan pekerja yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Adam Sobri, (pelajar SMTT3i)4 April dan saya 5 April, majlis telah diadakan pada 5 april jam 10.30mlm. Doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Fairuz yang merupakan guru agama di SMTT3i, tempat saya berkhidmat.

Sungguh rasanya tidak mampu untuk meminta lagi daripada Allah kerana kurniaNya terlalu banyak tidak terhitung. Rasa sebak juga bila Ustaz Fairuz bacakan doa dan ucapan ringkas daripada Boss saya. Tahun lepas sempat saya menyambut ulangtahun kelahiran di depan Baitullah, kali ini saya tidak sempat kerana pulang awal ke Malaysia.

Setiap tahun saya merasakan pelbagai perasaan dan mendapat situasi yang berbeza ketika ulangtahun kelahiran saya. Ketika di Tahun 1 UM, bersama rakan2 sebilik, tahun 2 UM, atas sampan di Kg.Kuantan ketika melawat Kelip2 di Kuala Selangor bersama rakan2 satu subjek utk subjek Alam Sekitar. Tahun 3 tak ingat, Last year di Masjidil Haram, This year bersama rakan2 setugas dan pelajar SMTT3i.

Apapun, setinggi syukur kepada Allah kerana mengizinkan saya sampai ke usia sekarang dengan segala nikmatNya yang sungguh banyak. Sungguhlah Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Sayang sungguh Allah kepada HambaNya..Terasa belaian kasih sayang Allah, lebih-lebih lagi ketika berkerja dan beribadah di Haramain baru-baru ini.

Alhamdulillah...ucapan itu yang masih berbaki di sanubari saya sekarang selepas majlis semalam..

Terima kasih buat semua yang terlibat, pihak pentadbiran, rakan-rakan sekerja, anak2 didik SMTT3i dan semua rakan2 saya di luar sana yang telah memberikan ucapan dan doa melalui panggilan telefon, SMS dan Facebook. Semoga kalian sentiasa dalam Rahmat Allah InsyaAllah.


Orang ramai, kek pun kena banyak lah..hehe...Terima kasih banyak2 kepada mereka yang telah memberikan hadiah=)...

Wednesday, April 6, 2011

Hatiku tertinggal di sana....




Suara yang tidak akan dilupakan...
menggamit memori indah beruzlah dan beribadah hanya keranaNya. Semata-mata kerana mencari keredhaan dan cintaNya.....

Hanya padaMu Allah aku bergantung...
Kurniakanlah aku cinta hakiki yang tidak pernah luput nikmatnya...
Redhalah akan diriku Allah...
Bimbinglah setiap langkahku agar tetap dalam pengawasanMu...

Kurniakanlah rasa kecintaan ku kepada KEIMANAN
dan hiaskanlah IMAN di hatiku...
Ya Mujib..ajib dua'ie...ameeen....

Friday, April 1, 2011

Sometimes....



Baru diperkenalkan lagu ni oleh adik saya...walaupun dah agak lama lagu ni keluar..huhu...
Tak tahulah..tapi lagu ni bez...

~makin tak faham dengan diri sendiri...huhu...Human is complicated...haha...

Wednesday, March 9, 2011

A picture speak a thousand words...






Assalamualaikum...

Hari ini...erm..tak tahu nak cakap macam mana...tetiba teringat surah Al-Baqarah ayat 286
Ujian Allah bagi pelbagai pada orang lain. Ikut tahap masing2...tapi, hamba yang lemah ni mudah tersungkur dengan ujian-ujian ringan. sukar untuk bertahan.
Semoga Allah terus kuatkan kita semua.

Mohon maaf kepada mereka yang turut merasa tertekan keranan tekanan yang saya hadapi.
Saya masih kurang softskill, perlukan sokongan sahabat-sahabat semua. Mohon maaf andai terkasar bahasa dalam muamalat dengan korang ye, atau apa-apalah yang saya dah buat silap...maybe kurang prihatin..



Saya sayang semua sahabat saya. Setiap orang ada perananannya masing-masing.
Anyway, thanks a lot to all my best friends...



KAWAN TERTAWA MUDAH DICARI, KAWAN MENANGIS SUKAR DICARI...


Wednesday, March 2, 2011

Maafkan aku wahai SAHABAT...


Assalamualaikum wbr..


Bertemu kembali..hmm..kali ni tak tau nak citer pasal apa..sebab dah tahap kritikal ada penyakit tak leh tido plak malam ni..so, juz merapu2 jela kat my blog ni x nak kasi bersawang lagi...sat g ramai plak orang komen2..huhu..

Anyway, juz want to share some weird thing about human..hmm..maybe more specific..about our feeling...

Kadang2 saya pun tak faham dengan konflik masalah perasaan ini yang sebenarnya di anugerahkan Allah dengan nama Qalb..begitu abstrak..Subhanallah...Kagum saya dengan penciptaanNya..

General story...
Ada sorang kawan kita..kawan baik kita..kita selalu text dia bila x jumpe..kadang2 kita call jugak la dia..kita suka borak dengan dia bila jumpa..kita suka buat kerja sama-sama dengan dia bila masa bersama.

Satu hari Allah tarik dia dari kita. Allah tarik dia bukan dengan mematikan dia..tapi dengan membawa dia jauh dari kita, mungkin lah mematikan, mematikan komunikasi kita dan dia.

Sehinggakan kita terasa agak kehilangan..kehilangan yang tentunya membawa kesedihan.
Kita tahu bila Allah tarik dia dan bawa dia jauh dari kita itu adalah perkara yang TERBAIK untuk dia dan kita, tapi kita sebagai hamba yang banyak TERHIJAB dengan segala HAKIKAT yang Allah dah tentukan, still rasa sedih yang amat. Terkilan pun sekali laa..

Dalam masa tu, kita pun cubalah bangkit semula untuk menjalani hidup seharian seperti biasa tanpa kehadiran dia di sisi kita sama ada secara fizikal atau pun komunikasi jauh. Sepi sendiri. Secara automatiknya. Tanpa kita sedari.

Lama-lama kita pun sedar..yang kita dan dia dah berbeza, dah tidak boleh seperti dahulu lagi. Walau serapat mana pun kita dan dia dulu, tapi sekarang dah tak boleh dah. Kenapa pun tak tahu..Hanya Allah Al-Alim yang Maha Mengetahui...Allah telah tetapkan haluan yang berbeza itu sebagai garis pemisah dan penamat cerita ini.

Sekarang kita dan dia menjalani susur hidup yang Allah telah tentukan. Kita di sini, dia di sana. Berjuang dengan lapangan masing2 dlm mencari Redha Ilahi. Sebab dah jauh, dah jarang jumpa sebab itu jugalah jarang juga berkomunikasi dengan apa medium pun. Dia sibuk, kita pun sibuk juga. Dia mungkin dah ada pengganti kita. Alhamdulillah. Allah bahagiakan dia bersama pengganti kita.

Tapi kita di sini masih sepi, Allah ada..tapi secara fizikalnya, kita manusia yang lemah, kadang-kadang memang kita rasa kita kuat sorang-sorang, tapi hakikat di dasar hati ini juga, kita perlukan seorang teman, teman seperti dia dulu. teman untuk melakukan segala-galanya..~

Hakikatnya, kita Redha..tapi kita juga masih sedih, sebab kehilangan seorang SAHABAT yang dulunya mencipta kenangan dalam perjuangan bersama-sama. Ye, hanya Allah yang kekal abadi untuk kita, manusia itu hanya perantaraan Allah untuk kita mengenal ALLAH shj. Kita cuba pujuk diri dengan kata macam tu, tapi dlm hati, sisa2 kesedihan itu tetap jua mencucuk kita.

Tapi fitrah manusia. ya, mungkin kita memerlukan masa untuk adapt dengan keadaan ini. Walaupun keadaan ini pun penah berlaku pada orang lain, tapi maybe level penerimaan berbeza setiap orang. Allah itu Maha Adil, tidak ditimpakan ujian melebihi kemampuan orang tu..kita tahu kita kena kuat dengan semua ni..tapi kadang2 bila kita lemah, tersungkur juga kita..

Fitrah manusia, sedih itu tetap bersisa, namun ia perlu dihilangkan dengan digantikan perkara2 lain. Kita tak tahu dia macam mana..apa yang boleh kita buat ialah sentiasa mendoakan kebahagiaan dia di dunia dan di akhirat...bahagia dengan apa yang dia buat sekarang.

Kita pun rasa nak minta maaf pada dia sebab tak dapat nak wujudkan dah perasaan yang dulu tu, kalau jumpa semula pun, perasaan tu dah tak sama. Kita rasa nak nangis sangat. Sedih mengingatkan perkara ni...tapi tak leh sedih lama-lama..xdapat jadi macam dulu jugak pun kalau sedih lama-lama...jadi macam tak REDHA pula dengan apa yang ALLAH dah tetapkan.

tak tahulah salah sapa..tapi nak kena minta maaf juga. adab bersahabat.

Maafkan aku wahai SAHABAT dunia akhirat ku..akan ku simpan kemas ingatan kita bersama. Selamat berjuang kamu di sana. Ingatan ku kepadamu akan disematkan dlm setiap doaku kepadaNya...Moga kamu sentiasa dirahmatiNya...

Terima Kasih SAHABAT atas segalanya...
Syukran Ya ALLAH kerana mengurniakan seorang SAHABAT sebaik dia yang pernah menghiasi perjalanan hidupku dalam mencari RedhaMu...
Alhamdulillah..
Berilah kekuatan kepadaku untuk menerima TakdirMu ini. Walaupun pedih, aku hanya mengharapkan padaMu wahai Allah..
Aku hanya bergantung padaMu..hanya Engkau sebaik2 tempat aku mengadu dan memohon bimbingan.
Terima Kasih Allah kerana sentiasa ada disampingku setiap kali aku memerlukanMu...


**jangan sesape terasa..juz my nonsense words...huhu...


Tuesday, February 22, 2011

Some Best Quotes....


Juz want to share some quotes that i pick from blog one of person whom i admire..huhu...betul ke ayat nih?lantak la..asal korang paham...

So, nikmatilah kata-kata di bawah ni ye..Semoga bermanfaat untuk semua..

I am single not because I don't pray for love but I am single because I don't play around with cursed love.

Money is not everything even though it is the only thing

I learn from the past, I live in the present and I believe in the future

Kita mengubah masyarakat secara realistik dan bukannya dari mimpi ke mimpi.

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Sunday, February 20, 2011

Remembering

Assalamualaikum wbr

Sesungguhnya blog saya ini memang telah bersawang2 dengan berseliratnya..hehe..So, untuk hilangkan sedikit kekusutan sawang itu. Saya memasukkan entry yang pendek ini.
Erm..juz want to share. Tadi baru habis exam sijil Usuluddin yang saya sedang sambung di Akademi Pengajian Islam di UM. Fuuhh..nak masuk ke bilik exam tu punyelah ketaq, bila dah habis..Alhamdulillah. Lega. Agaknya dah lama x exam kan..huhu..

Anyway, next exam is 26 March 2011. Seems i have to postponed it..again..huhu..xpelah..dah agenda Allah kan..hmm...Jadual saya semakin hari agak pack sekarang sebab tu agak payah nak update blog. Semoga Allah Ya Wahhab dan Ya Wakil datangkan pembantu-pembantuNya untuk membantu agamaNya di sini. Saya serahkan sepenuhnya kepada Allah.

Selain itu, perkongsian ilmiah mungkin belum lagi. Sebab tadi baru belajar bab Falsafah Islam dalam sijil Usul, menarik dan perlukan perhatian penuh utk faham konsep dia secara keseluruhan. Moga kelas minggu depan pun menarik juga..hehe..Kelas tadi mengingatkan saya tentang apa yang saya belajar masa degree dulu. Agak pening juga sebab dia adalah teori sedangkan saya adalah orang teknikal..mau x mau kenalah hadapi juga..huhu..

Masa nak solat asar tadi tersempaklah dengan calon-calon MPMUM dan wakil2nya. Sempatlah sapa menyapa sekejap. Moga Allah ya Qawiy memberi mereka kekuatan untuk terus berjuang dalam apa jua keadaan.

Apapun, Moga Allah memudahkan segala urusan kita InsyaAllah. Setiap hari kena berserah diri untuk di agendakan oleh Allah. Kerdau menanti, tapi saya masih belum buat jadual untuk turun ke sana lagi. Big Boss dah bagi order..huhu..sory ya boss..tengokla bila2 Allah bagi sign kena turun..huhu..

Berusahalah sedaya mampu selagi roh masih di jasad. Once bila dia dah kembali kepada penciptanya, jasad hanya 1 elemen lemah yang tidak mampu buat apa-apa.