Booster berterusan


Alhamdulillah…segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa mengatur segalanya. Hari ini, bermulanya sesi pembelajaran untuk semester 1 sesi 2008/2009 di majority IPT. Ada yang baru memulakan hidup sebagai mahasiswa (tahun 1), ada yang sudah meningkat daripada menjadi adik bongsu(tahun 2) dan ada juga yang telah menjadi kakak dan abang (tahun akhir). Semuanya memulakan hari ini dengan perasaan yang berbeza akan tetapi, satu tujuan, iaitu Berjaya dalam peperiksaan akhir nanti.


Namun, saya sendiri agak berdebar menantikan hari ini. Berdebar apakah yang akan berlaku di hari pertama semester ini. Dengan azam yang baru, mendapat junior baru, mendapat pensyarah baru, mendapat teman-teman baru dan sebagainya yang baru lagi.


Apapun, diharap, keyakinan, kesegaran, kerajinan serta semangat pada hari pertama dapat diteruskan sehingga ke akhir semester nanti. Kejayaan tidak hanya ditentukan oleh peperiksaan akhir, kejayaan di IPT ditentukan oleh pelbagai faktor, antaranya, Continuous assessment, test, assignment, mid-term exam, & attendance. Semua ini memerlukan komitmen kita untuk terus berusaha sepanjang semester. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan serta keceriaan untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.


Menjadi mahasiswa bukan setakat kita mahu cemerlang akademik, malah ilmu-ilmu lain juga kita perlu kuasai. Contohnya untuk menggilap soft skill mahasiswa, pihak Universiti telah menyediakan peluang seluas-luasnya untuk mahasiswa ceburi sama ada di kolej, mahupun di fakulti dan pelbagai persatuan.


Dan yang paling penting adalah kebergantungan kita dengan yang Maha pencipta, segalanya berserah kepada Allah..ingatlah Allah sentiasa bersama kita, dan rasailah nikmat tawakkal kepadaNya.


Bersama mengejar impian tanpa membelakangkan yang Maha Merancang.

Monday, July 7, 2008

Jom jadi Mahasiswa...

Apabila melawat blog seorang senior saya pada pagi ni..saya terjumpa satu artikel yang menarik, sesuai untuk junior-junior yang baru melangkah ke alam university dan bergelar mahasiswa. Walaupun artikel ini nampaknya agak assobiyyah sebab dia tulis nama IPT dia..namun, bagi saya ia juga bersifat alamiyyah, boleh juga diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Malah ia juga sesuai untuk merek yang dah berada di tahun 2 dan ke atas yang masih belum grad..

Bersama kita menjadikan diri kita lebih baik dalam segenap aspek.

ulumcordova


Friday, July 4, 2008

SELAMAT DATANG...AHLAN WA SAHLAN..WELCOME..


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada pelajar-pelajar baru undergraduate sesi 2008/2009. Semoga kalian mendapat banyak manfaat sepanjang MHS ini dan juga bersedia mengharungi hidup bergelar mahasiswa. PMIUM mendoakan semoga kita semua sentiasa mendapat keredhaan Allah dan dijauhkan segala kemudharatan. Semoga kehadiran kalian di kampus perdana ini akan menggandakan lagi bilangan cendekiawan dan pemimpin Negara.


Sedikit pesanan, berhati-hatilah terhadap bisikan dan suara-suara jahat syaitan dan nafsu yang tidak putus-putus cuba menarik kalian untuk lalai dalam kenikmatan dunia yang fana. Kepada gadis-gadis yang disayangi, berwaspadalah dengan pandangan dan jelingan nakal sang kumbang yang sentiasa mengintai peluang untuk mendekati kalian. Mengelaklah seboleh mungkin daripada terpengaruh dengan ajakan-ajakan rakan kalian untuk keluar bersuka ria pada waktu malam. Bagi kaum adam, ringan-ringankan lah kaki kalian melangkah ke surau setiap waktu solat. Ingatlah matlamat kalian yang utama, menuntut ilmu demi Allah.


Selagi kalian berpegang dengan kehidupan berlandaskan syariat, InsyaAllah, keberkatan mengiringi. Bersama mengejar kejayaan dunia dan akhirat.

Thursday, July 3, 2008

Bersiap siaga..pertempuran zahir dan batin..


Apabila melawat blog rakan-rakan saya, rata-rata mereka merespon isu-isu semasa yang kini hangat diperkatakan di mana sahaja, di kedai makan, dalam bas, dalam tandas pun ada.hehe..memang tak dinafikan, isu ini besar sehingga tak putus-putus diperkatakan, siang dan malam.


Apapun, saya tidak mahir dalam membaca situasi sekarang, rentak politiknya penuh dengan cerita-ceritu yang selalu tenggelam timbul. Apa yang boleh saya nyatakan di sini, adalah, politik sekarang tidak selamat. Macam-macam boleh berlaku dan sampai satu saat, kita tidak boleh mempercayai sesiapa pun. Saya teringat movie yang saya pernah tonton yang penuh dengan strategi yang tak pernah terfikir dan aksi licik untuk mendapat kemenangan atau memperolehi apa yang dihajati. Biasanya cerita-cerita perang yang dihasilkan oleh orang barat. Antaranya cerita bersiri di 8 TV, tajuknya Prison Break.(terpengaruh dengan abah sebenarnya..huhu..).walaupun kita menentang barat, namun, ilmu yang bermanfaat boleh digunakan. Apapun, kebenaran akan menang pada akhirnya. Sebab itu adalah janji yang Maha Perkasa…


Kadang-kadang, bila memikirkan keadaan politik ni, rasa macam tak selamat, x secure. Mana tak nya, Negara-negara jiran kita banyak yang berperang, Negara-negara besar duk mengintai peluang keemasan nak masuk menawan negara yang lemah. Rasa macam perang dunia ke-2 je. Apapun, tak mustahil ini adalah antara salah satu petanda akhir zaman, kiamat dah semakin hampir. Astaghfirullah.


Di Bosnia, Palestin, Lubnan, Iran, Myanmar, Thailand, dan beberapa negara lain lagi yang berlaku pergolakan akibat kegagalan parti memerintah untuk memenuhi keperluan dan hak rakyat. Jika kita singkap kembali, kerajaan Islam zaman dahulu, antara khalifah terkemuka, Umar Abdul Aziz yang berjaya memerintah sepenuhnya berlandaskan syariat Islam dan dikatakan pada zaman beliau, tiada seorang pun yang layak untuk menerima zakat.


Terbalik pula pada zaman kita ni. Nak cari Negara yang benar-benar sepenuhnya menjalankan hukum ISLAM. huhu..sahabat-sahabat sendiri tahu jawapannya. Oleh itu, perlunya bangkit suara-suara yang berani untuk mengembalikan keizzahan Islam. Sekarang orang kata nak hasilkan fardhu Muslim pun susah, inikan pula nak wujudkan Khilafah. Tapi, atleast kita cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik daripada kita tak buat langsung kan. Esok kat akhirat akan dihitung amal perbuatan kita bukan dihitung kejayaan kita.


Semoga Allah bagi kekuatan dan peluang kepada kita semua untuk mengamalkan Islam sepenuhnya.


Peringatan bersama. Wallaua’alam

Wednesday, July 2, 2008

Berehat Sebentar...


Menyedari hanya tidak sampai lagi seminggu untuk sampai ke hari isnin, bermulanya sem baru. Rasa bagaikan baru semalam memulakan Latihan Industri di PKNP ni. Nak tak nak kena hadapi jugak sem baru ni. Semoga Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.


Saya teringat ketika satu masa, ketika menghadiri kelas tambahan kimia di KMPh, yang dikendalikan oleh En. Norazen Md. Dadi, yang pernah menerima anugerah pekerja cemerlang. Beliau memberi motivasi di akhir kuliahnya dengan membuat analogi yang lebih kurang begini maksudnya, apabila kita memegang mug yang penuh dengan air, lama-kelamaan kita akan berasa lenguh. Tidak seperti yang kita rasa waktu mula-mula pegang mug tu.


Bila dah lama pegang rasa macam tengah pegang sekilo beras, walhal mug tu tak sampai setengah kilo pun. Sampai kita rasa sangat berat dan lenguh. Tapi, cuba kita letak kejap gelas tu, bagi tangan kita rehat jap, hilangkan lenguh dengan buat sedikit regangan ke ape ke kan. Lepas tu, kita pegang balik mug tu, ape rasa?mesti dah tak rasa berat sangat-sangat kan?mesti dah rasa lega sikit, walaupun ada lenguh yang masih berbaki di tangan kita tu.


So, macam tu jugak kaitannya dengan manusia, dengan kehidupan kita sebagai manusia, pelajar, pekerja, hamba Allah dll. Kita memang takkan termampu kalau kita sentiasa terus bekerja, terus memerah otak, terus melayan kerenah nafsu serakah, terus melayan bisikan-bisikan syaitan, terus memikirkan penyelesaian masalah sedangkan keadaan kita masa tu dah penuh dengan sangat-sangat tertekan dan segala jenis terus lagi…at last, sampai satu tahap, kita akan collapse, tersungkur rebah dek tak tahan.


Sebab itulah, kita di sarankan untuk berehat sebentar, mengumpul tenaga kembali, mengumpul kekuatan dan mengumpul segala ketenangan yang telah hilang. Dan, ketika itulah, hanya satu yang menjadi tumpuan kita, Allah s.w.t. Hanya Dialah, Pencipta yang Maha Mengetahui, untuk kita mengadu, untuk mendapat ketenangan, untuk mengumpul kekuatan.


Sekadar berkongsi..


Semoga dapat kita mencari ketenangan dan cinta yang hakiki.

Tuesday, July 1, 2008

Optimislah dengan ALLAH...



Serasa coretan di bawah bagaikan sangat kena dengan diri saya, lalu suka saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua.Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Kebergantungan dengan Allah sangat penting dan banyak pengalaman yang saya lalui, melihat kesan apabila kita membelakangkan Allah dalam setiap rutin harian dan gerak kerja kita.


Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Wallahu a’alam.


Terima kasih ALlah kerana telah selalu memberikan nikmat kepada kami walaupun diri selalu tersasar.


Terima kasih ALlah kerana selalu mengingatkan kami dengan ujian.


Terima kasih ALlah kerana masih lagi memberikan rahmat walaupun sudah berulangkali engkar..


Diri - Inilah hakikat dirimu. Engkau sebenarnya lemah, mudah dipengaruhi dengan suasana dan orang lain. Fahamlah wahai diri, engkau hanya boleh berusaha untuk mengubah. Tetapi yang melaksanakannya adalah ALlah.


Firmah ALlah yang bererti :

ALlah meringankan bagimu peraturan agama, dan manusia itu dijadikan bersifat lemah (surah An Nisa':28)


Ya ALlah, jauhilah kami dari sifat sombong dan bongkak..


Diri - bukankah engkau selalu tergesa-gesa dan terburu-buru dalam membuat sesuatu pekerjaan. Kadang-kadang engkau tidak menyelidik tetapi terus menghukum. Engkau terus menerus menjadi pakar hukum seolah-olah hukuman pemutus itu ditanganmu. Alangkah sukarnya untuk menjadi seorang yang penyabar dan berfikir panjang.


"Dan manusia itu suka memohon kejahatan sebagaimana mereka juga suka memohon kebaikan. Dan manusia itu tergesa-gesa sifatnya" (surah an Nisa' ayat 11)


Diri - bukankah engkau selalu rasa gelisah dan tidak tenteram. Takut benar menghadapi masa hadapan. Goyah benar hati apabila diuji ALlah dengan kesusahan. Terkadang baru kotor sedikit pakaianmu, engkau sudah merasa marah dan memaki hamun. Baru diuji sedikit dengan kehilangan harta, amat susah untuk memejamkan mata...


Sesungguhnya manusia itu dijadikan bersifat keluh kesah. Apabila dia ditimpa keburukan dia berkeluh kesah. (surah al Ma'arij ayat 19-21)


Diri - mengapa engkau selalu melihat kelemahan dirimu sahaja? Kekurangan itulah yang selalu diperbesar-besarkan. Seolah-olah hadirmu di alam ini hanya membawa sial dan celaka serta tiada keberuntungan. Hinggalah engkau merasakan dirimu tiada gunanya, mudah kecewa dan putus asa. Diri belajarlah bersyukur, tahulah untuk memberi makna di dalam hidup.

Sumber: website terkemuka (actually dah lupa dah kat mana cedok artikel ni, kira halal la..huhu..)

Monday, June 30, 2008

Jauhi kemudharatan


Pernahkah anda mendengar Karbon monoksida?bagi yang pernah belajar subjek sains pasti pernah mendengarnya. Apapun, karbon monoksida tidak asing bagi mereka yang mendalami bidang kimia. Karbon monoksida adalah gas yang kadar peresapan oksigennya adalah tinggi kerana ia tidak stabil. Secara ringkasnya, ia adalah pesaing ketat sel darah merah kita, yang tugasnya mengangkut oksigen. Karbon monoksida paling mudah didapati di dalam asap kenderaan kita, semua jenis kenderaan yang mengeluarkan asap mengandungi karbon monoksida.


Oleh itu, mereka yang banyak menghidu asap kenderaan ini berpotensi untuk mngalami kekurangan oksigen kerana ia telah bergabung dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida, yang mana keluar apabila kita menghembuskan nafas. Dengan itu, oksigen yang kita sedut ke dalam peparu tidak sepenuhnya meresap ke dalam darah kerana ia bersaing hebat dengan karbon monoksida. Akibatnya, mangsanya kelihatan penat serta tidak bermaya kerana kekurangan oksigen. Mangsa yang paling kesian adalah para pelajar sama ada di sekolah mahupun di IPTA.


Saya berpendapat sebab itulah sesetengah orang yang menaiki motor lebih suka menunggang motor dengan laju untuk mengelakkan daripada terkena asap kenderaan lain yang berada di hadapannya, termasuk lah penulis. J. Apapun, kita perlu sentiasa berhati-hati. Rasanya lepas ni macam semua orang kena pakai penutup mulut untuk menghalang gas karbon monoksida tu, actually patut dari dulu lagi...


Hmm, cakap pasal pernafasan, saya teringat kelas Sains & Aagam yang saya ambil semester lepas. Hari pertama kelas telah dicabar dengan soalan, dan saya bangkit untuk bertanya soalan berkaitan hujjah yang diberikan oleh pensyarah sebelum tu. Hmm, sapa nak bagi idea/hujjah, silakan. Soalan saya masa tu adalah, kita semua tahu yang rokok tu adalah perkara yang membawa kemudharatan, malah boleh membawa maut dan majlis fatwa pun dah mengharamkan rokok, tapi kenapa kerajaan masih beri laluan kepada peniaga untuk membekalkan rokok kepada rakyat?


Apabila kita kaitkan dengan keadaan sekarang pun, sama jugak. Orang tahu yang mencuri tu salah, tapi diorang buat jugak, contohnya dalam bidang pekerjaan, curi tulang, curi keluar dan macam-macam lagilah. Sama jugak macam bribes, ramai di kalangan orang besar-besar terlibat dalam masalah ni, walhal diorang bukan tak tahu ape akibatnya. So, perkara-perkara macam ni, penting untuk diambil perhatian oleh pemimpin rakyat. Kelak kat akhirat ditanya ALLAH, baru menyesal, tak tahu nak jawab apa.


Rakyat biasa?pun tak terlepas juga. Coz hadis Rasulullah menyebutkan yang kita adalah raja, pemimpin kepada kerajaan diri kita sendiri. So, bila buat apa-apa corruption yang tak sepatut nya, maka tunggulah balasannya.


Semoga kita semua dapat menerima suratan amalan dengan tangan kanan dan wajah yang bercahaya..ameeen..


p/s: kalau salah fakta kat atas tu, tentang karbon monoksida, dan ada sape-sape nak betulkan..jangan segan silu..boleh komen..:)..
saya x belajar mendalam tentang bahan-bahan kimia..hehe..

Wednesday, June 25, 2008