Ilmu seharian



Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, diberi sedikit nikmat kelapangan masa pada pagi ini. Banyak perkara yang saya nak share pada korang hari ni...coz semalam satu hari suntuk adalah hari pembelajaran saya. Kelas usul cuti sempena raya cina, so, saya p cari sumber ilmu lain..ahaks..orait2..straight to the point. Saya akan ceritakan point-point penting.


Alhamdulillah, semalam pada jam 9 pagi saya bersama 2 orang lagi rakan saya telah berjaya menyertai N.D.O iaitulah New Distributor Orientation. Ia adalah program di bawah sebuah syarikat Edata Networking. Program ini telah diperkenalkan oleh salah seorang rakan saya yang saya memang telah percaya kepadanya.heheh..Program ini sebenarnya adalah menerangkan 1 produk iaitula S.A.P. ape menda 2??haa..S.A.P ni ialah Score A Programme. haha..well, some of u mesti dah pernah dengar kan?? anyway, banyak input yang saya dapat semalam dan hasil keseluruhannya yang boleh saya simpulkan ialah. Produk ini adalah bagus dan terbaik. Ia adalah sebuah produk pendidikan yang memang nak bagi budak2 sekolah pandai dan minat belajar. 

Murah, interaktif dan sangat bermanfaat. Saya bukan nak kempen pasal produk ni, juz nak share je tentang kebenaran produk ini. Kalau tak bagus tak kan saya nak share kan. Saya pun dah pernah try pada adik saya, yang tester punya. Alhamdulillah dia suka. Lagipun budak2 sekarang ni lahir2 je dah SCREEN AGE. Sebab b4 lahir je dah kena scan kat screen, pastu lahir2 je orang ambik gambar dia letak dalam FB la, blog la dll. pastu kecik2 dah mak ayah bagi men henpon kan..So, screen itu menjadi satu perkara biasa bagi mereka. jadilah mereka menyukainya. Jadi, Skor A mengambil pendekatan untuk mengajar budak2 ni supaya jadi pandai dengan apa yang merek suka. 

Selain membantu ibu, ayah serta memudahkan kerja cikgu, Skor A juga membantu mengeratkan hubungan mereka-mereka ini. haa...macam mana?nak tahu, kena p N.D.O ni lah....

Selain itu juga, ia juga membantu menyelesaikan rangkaian masalah sosial yang sedang menjadi wabak dalam masyarakat kita sekarang. Semudah a, b dan c, skor A InsyaALLAH dapat membantu meningkatkan taraf hidup seseorang remaja dan mengubah kehidupan sesebuah keluarga. Program ini juga membantu kerajaan meningkatkan prestasi pelajar serta menghapuskan gejala kebodohan dan kemiskinan InsyaALLAH. 

Maklumat lanjut, sila hubungi saya untuk mengetahui lagi segala macam maklumat menarik yang tak pernah anda tersangka mengenai Skor A ni..haha...

Lepas dah seharian kat bengkel skor a tu, saya p plak forum anak mudah di Hotel Carlton di Seksyen 13 Shah Alam, Alhamdulillah, banyak input yang kami dapat, panelis2 memang membuka minda kami dengan hujjah2 dan isi menarik mereka. Perbincangan hangat daripada para panelis dan penonton memang memberi banyak maklumat tentang apa yang berlaku dalam dunia kita sekarang. Perbincangan berkisar tentang demokrasi, Pilihanraya, Pendapat tentang Pemerintahan kerajaan, usaha-usaha untuk menyuarakan pendapat anak muda kepada para pemimpin dan sebagainya. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian yang hebat ini.

Sunday, February 6, 2011

0 Comments: