Sisipan Pengurusan Hidup

Alhamdulillah...hanya kata-kata itu yang mampu saya ucapkan kini dek tak pernah bertepinya nikmat dan rahmat Allah kepada kita. Sememangnya banyak perkara yang ingin saya kongsi sehinggakan tak tertulis...huhu..

klik kat tajuk untuk post penuh....



Saje la ek nak share, saya pulang dari kelas malam tadi terus singgah kedai makan area residensi saya. Then, saya cakap lah kat akak tu saya nak order ape  " kak, erm...bagi bihun goreng 1 bungkus, tak nak ajinomoto dan tak nak ayam." Then, akak tu reply, "Habis tu tak nak ayam, nak ape?" dengan wajahnya yang pelik dan suara yang agak tinggi bagi saya, erm, mungkin dia terkejut kot, tak pernah dengar orang order macam saya order.haha..pastu saya pun reply la kat dia "erm, daging ada tak?"  " ada", dia jawab. "Erm, ok, daginglah". hehe..saya tergelak dalam hati sambil mencari tempat duduk menunggu. Saya tengok dia sedang menulis order saya. haha..

So, moral of this short story yang ntah pape ni ialah; Expect the unexpected. hehe. Akak tu mesti tak pernah terfikir ada orang akan order tak nak ayam kan?tak nak ajinomto mungkin adalah kot pernah. 
Kenapa tak nak ayam? haha. Saya memang sebenarnya dah di warning oleh parents saya, especially ayah saya supaya mengurangkan dan kalau boleh elakkan makan ayam. Sebabnya, Well..saya rasa korang sume pun pasti dah ada jawapannya sedikit sebanyak kan.hehe. Bagi saya ayam itu bagus, membekalkan protein namun, kadang-kadang kita kena fikir juga jika diambil berlebihan akan membawa padah. Dan sekarang pelbagai spekulasi tentang ayam-ayam ini ada cucuk itu ini lah utk membesarkan tubuh ayam dengan kadar segera sebab permintaan tinggi dan makan yang ntah pape. So, saya pun kalau boleh nak elakkanlah makan ayam, tapi kalau dah tak de choice lain tu, I have to..hehe

Erm, lagipun apa yang kita makan tu kan akan menjadi darah daging kita dan ianya berkait rapat dengan Ibadah kita kepada Allah. Makanan yang syubhah akan memberikan kesan kita kurang khusyu' dan menghayati ibadah kita. 

Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang tak terluah di sini sebab Allah bagi terlalu banyak perkongsian yang saya dapat bersama orang-orang hebat. Subhanallah. Satulah yang saya boleh mention kat sini ialah Pengurusan Masa. 

Pengurusan Masa adalah satu kemahiran yang diperlukan oleh mereka yang bergelar Muslim. Ini kerana seorang MUSLIM itu adalah Khalifah Allah di muka bumi yang perlu memaksimumkan penggunaan diri mereka untuk mencari Redha Allah dengan melaksanakan perintah-perintah Allah. Pengurusan masa ini amat perlu untuk menjadikan kita seperti yang pernah saya sebut dalam post yang lalu iaitu J,K,R. Tanpa pengurusan masa, kita akan hancur dek kerana tidak membuat perancangan masa dan hidup untuk memaksimumkan penggunaan masa. 

Semua orang ada 24 jam masa yang sama. Tapi ada orang boleh buat itu ini dan ada orang hanya boleh buat beberapa perkara sahaja. Inilah kebijaksanaan orang yang mempunyai pengurusan masa. Saya bukanlah orang yang baik dalam pengurusan masa, sebab itu saya disuruh buat dan belajar pengurusan masa agar kerja kita lebih efisien dan berkesan. Apapun, Allah dah state kan dalam surat cintaNya kepada kita dalam Surah Al-Asr tentang MASA. 

Keduanya ialah berkaitan tentang perancangan kewangan. Wang memang amat perlu dalam kehidupan sekarang, kertas mahupun syiling. Tapi sape2 ada kemampuan tu, better simpan duit dalam bentuk dinar yang matawang sebenar yang lebih stabil nilainya berbanding FIAT MONEY ini. Perancangan kewangan penting bagi setiap orang, bukan kata orang yang dah kahwin saje, orang bujang lagi-lagi perlu pandai untuk merancang kewangan untuk masa depan yang lebih baik.Kata senior saya kita perlu peruntukkan beberapa % daripada pendapatan bulanan a.k.a gaji kita ke dalam bank untuk simpanan dan kita tak akan gunakan ia sehingga tiba masanya. Contohnya gaji orang tu RM2k, so katalah ambil 10% baru RM200 kena tolak. Ada lagi RM1,600. Aii..takkan orang hidup bujang tak cukup kot. Pandai2lah kita meminimumkan penggunaan duit tu dan RANCANG perbelanjaan bulanan kita. 

Itulah gunanya merancang kewangan supaya nanti bila dah sampai akhir bulan tak delah muka semacam je sebab dah kosong dompetnya. hehe. Ini semua ISLAM dah ajar, dari awal lagi dan applicable sehingga sekarang. So, nak apa lagi?ISLAM dah complete ajar kita dalam segenap aspek.  Apapun, saya juga masih belajar pengurusan masa dan perancangan kewangan ini. Nak berjaya, perancangannya perlu dimulakan sekarang dan tidak bertangguh lagi. Saya pasti dan yakin kawan-kawan yang baca ni ada yang dah expert  dalam pengurusan masa dan kewangan, ape lagi, share la sket. hehe..

Oklah, setakat ni dulu. InsyaAllah, bertemu di lain post lagi..hehe...

Tuesday, November 9, 2010

0 Comments: