Sabar


Assalamualaikum wbr

Masa naik motor, selalu ada idea nak menulis di blog, tapi bila dah sampai destinasi, banyak pula menda lain yang nak dibuat. Then, tetiba saya terfikir, masa saya study dulu, balik je bilik, terus on laptop, online dan menaip serta update itu ini, tapi bila dah bekerja, masa untuk itu agak kurang. Kalaua online pun, selalu kena buat menda lain. huhu..

Alhamdulilllah, syukur kepada Allah atas nikmat yang tidak terhitung ini. Erm, hari ni tak de mood nak bukak balik hasil nota-nota tulisan kuliah yang saya dah dengar. Just pengisian ringan yang terlintas di fikiran aje.

Hmm..ari tu saya berpeluang hantar nenek, pak cik dan mak cik saya ke Kelana Jaya kerana mereka akan berangkat menunaikan haji. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tapi agak terkilan sebab tak sempat nak salam pak cik saya, dia dah masuk awal, bukan nak tunggu kita. huhu..tak pelah, moga semuanya selamat di sana. Sempat saya membantu mereka mengajar cara menggunakan sim card KSA. Memang buat duit betol lah saya rasa ZAIN SA punye company tuh. Dia je yang jual kat Malaysia yang setahu saya lah. Dah la tu, comfirm sume jemaah haji beli kat dia..hoho..

Ok. Setel bab sim card. Then, bila ramai yang menghantar ni, banyaklah menda depa bawaknya..sorang ni bawak buah, sorang ni bawak bihun goreng, sorang ni bawak lasagna, macam2 la. Tak payah lunch kitaorang, kenyang makan benda2 alah tu je..hehe..

Then, ada kisah sedey bangat, bila nak berangkat nak check-in tu, adalah kawan2 mak cik saya datang juga menghantar dan ambil berkat lah orang kata. haha. Then, tengok depa salam2 dan mengucapkan selamat utk semuanya, sambil bercucuran airmata mereka bermaaf-maafan. Semua yang salam laki ke pompuan ke, pasti ada setitis dua yang menitik.huhu..

My mum pun ada masa tu, dia pun sedih jugak.huhu..Saya?erm..saya tak la. hehe..So, moral of the story nye pada post kali ini ialah...Sabar. Kenapa Sabar?

Sebab saya ambil kisah dan pengajaran mereka yang bakal mengerjakan haji tahun ini. Sabar dalam mengumpul kewangan, sabar dalam menimba ilmu, sabar dalam menanti panggilan dan surat tawaran Tabung Haji, sabar dalam menahan perasaan sedih utk meninggalkan keluarga dalam jangka masa yang agak lama, sabar dalam menempuh pelbagai rintangan untuk melaksanakan ibadah ketika di sana nanti...dan pelbagai lagi keadaan yang keSABARan mereka diuji.

Kita di Tanah Air juga begitu. Sentiasa di uji dengan pelbagai keadaan dan situasi getir. Jom sama-sama berdoa semoga Allah permudahkan segala kerja2 kita dan kerja2 tersebut dinilai sebagai ibadah di sisi Allah.

Ok. Itu dulu setakat ni. C yar...

Barokallahufikum...

Tuesday, November 2, 2010

0 Comments: