10 Dzulhijjah 1431H....E


Alhamdulillah, hari ni kita telah selamat meraikan eidul adha yang saya kira kemuncaknya ialah dengan aktiviti penyembelihan binatang qubran iaitu lembu.hehe..Tahniah kepada mereka yang mengambil bahagian dalam ibadah ini. saya? hehe..masih belum sampai masanya kot.huhu..
Apapun, semoga kita sama-sama dapat hayati ibadah qurban ini yang mana ia sebenarnya adalah simbolik kepada kita untuk mengorbankan apa yang bertakhta di hati ini selain daripada Allah. Kecintaan kepada dunia hanyalah sementara yang abadi hanyalah Allah.

Alhamdulillah, sempat saya menunaikan solat sunat aidiladha bersama keluarga di Masjid Al-Fatah yang seperti biasa penuh orang. Kemudian kami kembali ke rumah, abah dan adik2 lelaki saya bersiap menukar pakaian untuk sama-sama tolong dalam proses penyembelihan dan melapah daging qurban. Memang penat, saya tak sempat p pun tempat penyembelihan tu, kalau kat N9 saya memang tak pernah missed, tapi kat Kuantan ni macam tak best je nak p tengok sekali..hehe..

Tengok abah saya balik dah penat, dan saya rasa pun memang penat..hehe..ape lagi..sampai je daging dalam sink, terus siap2 nak di masak, oleh chef bertauliah dalam family kami..hehe..yang pastinya bukan saya..tapi d queen in this family..haha..

Orait, so..apa lagi aktiviti lepas ni?haa..menariknya, saya telah di booking oleh muslimat dan Nisa' Kuantan untuk jadi sukarelawan round satu kawasan ni p edar daging-daging qurban yang telah disediakan..hee..that's mean saya kena jadi drebar laa..dengan kete2 kitorang sekali la kena pusing satu Kuantan ni..petang karang la kot baru siap..huhu.

Bermula jam 3 ptg ni...tak sabar rasanya untuk bertemu rakan-rakan lama..hehe..dalam aktiviti macam ni jelah kitorang boleh jumpa, dah masing-masing dengan kerja masing-masing dan masa nak berjumpa pun dah terhad.btw, sementara nak tunggu jam 2.30 ptg nak bergerak ke tempat pertemuan tu, betterlah p masak2 dulu daging yg dah menanti tu kan..hehe...

ilalliqa'..Semoga hari ini membawa seribu makna yang bahagia buat anda semua..nikmatilah hidup anda dengan penuh ceria, jangan letakkan masalah sebagai penghalang utama..:)



Wednesday, November 17, 2010

1 Comment:

tinta az-zuhud said...

salam eiduladha 1431H..adakah berkesempatan utk kita jupe lg pd Aidiladha akan datang?