Minda & ilmu


Alhamdulillah...masih diberi kelapangan masa dan kesihatan oleh Allah yang mana ia adalah antara nikmat2 Allah yang tidak terhitung oleh makhluk. Hari ini suka saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang ilmu dan perkongsian yang saya dapat hasil daripada menghadiri beberapa sesi kelas, dan forum.

Antaranya ialah sesi pemecahan minda. Betapa aqal yang Allah kurniakan kepada kita ini perlu dimaksimumkan sebaiknya dalam ruang lingkup kerja serta kehidupan kita sebagai hamba Allah. Minda yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik. Oleh sebab itu, minda perlu diberi makanan yang sepatutnya. Makanan minda ialah pembacaan. Pembacaan bukan sekadar membaca novel, cerita2 tauladan bahkan ia merangkumi segenap disiplin ilmu. Ilmu yang sentiasa ditambah dari hari ke hari akan menjadikan seseorang itu lebih berani dan bijak menyuarakan pendapat.

Oleh sebab itu, orang yang berpendirian dengan ilmunya dan yakin bahawa Allah memandunya ke jalan yang benar, tidak akan takut untuk terlibat dalam sesuatu kebenaran biarpun ianya pahit untuk diterima. Satu kata2 yang saya quote daripada Dr.Dzulkefly Ahmad tadi 'Never fear to engage. Never engage out of fear'. Jangan takut untuk terlibat dan jangan terlibat kerana takut. Orang yang berilmu mesti ada keberanian dan prinsip yang mana ia dilandasi oleh Aqidah yang haq.

Selain itu, Dr.dzul juga menekankan aspek KESEDERHANAAN dalam segenap aspek diteguhkan dengan hujjah Rasulullah " Khairul umuri ausotuha.." sebaik2 perkara adalah bersederhanaan. Umat Islam kini yang dituduh extreme, kita perlu membersihkan semula nama tersebut dengan menengahkan Akhlaq Islam yang sebenar. Bersederhana dalam setiap perkara.

Kemudian saya didedahkan tentang pembedahan buku. Buku adalah salah satu punca ilmu. Jika kita tidak memberikan makanan kepada minda, bagaimanakah kita akan menjana 1 minda yang intelligent, creative & smart. Cintailah ilmu dan hargailah sementara Allah memberi ruang untuk kita mendapatkannya.

Seterusnya, kepentingan orang2 yang menjadi golongan pemikir amat penting dalam satu-satu organisasi. Saya tidak nafikan saya lebih senang melaksanakan sesuatu tugas (executive) berbanding orang yang berfikir tentang idea dan konsep sesuatu projek. Namun kita tidak dapat lari daripada menjadi orang yang berfikir. Golongan pemikir inilah menjadi nadi kepada satu-satu organisasi. Kalau semua orang nak buat kerja, siapa nak jadi tukang pikir? Tapi tak ramai yang sanggup menjadi golongan pemikir, kerana ia perlu menguasai segenap disiplin ilmu dan perlu sentiasa komited dengan kajian ilmu dari masa ke semasa. Golongan pemikir ini adalah sangat diperlukan dalam zaman sekarang.

Sebelum berbuka puasa, saya telah menghadiri satu forum yang menarik, pengisiannya berkisarkan tentang gerak kerja Islam oleh ahli gerakan Islam yang semakin lama semakin merudum. Ini adalah satu muhasabah kepada kita semua. Kadang2 kita perlu pandang ke belakang sebentar untuk menjana idea baru menghadapi hari mendatang. Golongan yang bekerja untuk Islam mencapah dalam pelbagai aspek, oleh itu kerjasama &persehaman sesama ahli amat diperlukan dalam membentuk sebuah organisasi yang ideal.

Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur hari ini kerana dapat berjumpa dengan ulama-ulama, dan diberi rezeki oleh ALLAH mengutip mutiara-mutiara ilmu diserata mukabumi ini.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang sentiasa berfikir untuk mencari keredhaan Allah dalam konteks khalifah di bumi ini. Sentiasalah berfikir untuk kemaslahatan ummah. Allah bersama kita.

Saturday, August 14, 2010

0 Comments: