Pasca Kad '09..siri ke-3..Khas untuk IMANZ

Assalamualaikum, Post kali ini adalah khas untuk sahabat saya yang kini berada di Penang, bekerja sepenuh masa sebagai murobbitun di sana. Hehe.. Nurulimanz.blogspot.com telah meminta saya untuk post kan gambar-gambar kenangan kami ketika sama-sama menjayakan Konsert Antara Dunia 2009 (KAD '09) di Stadium Melawati pada 1 Ogos baru-baru ini.

Oleh itu, siapa2 yang ada dalam gambar ni, boleh lah copy sama..hehe..antara kenangan terindah untuk saya pada tahun ini..

Iman, ambik, jangan tak ambik...






























Friday, October 30, 2009

Ma'rifatullah..





Alhamdulillah..sempat juga saya menulis entry ini walau dalam masa kosong yang singkat ini. 5 hari saya di menghabiskan masa study week di Kuantan. Tapi, saya kira hanya sempat 40% yang dapat saya ulangkaji. Selebihnya banyak menghabiskan masa untuk menguruskan beberapa perkara lain yang perlu segera saya uruskan sementara saya berada di Kuantan. Lepas ni dah susah nak balik, macam-macam program yang dah dirancang sehingga pertengahan Disember nanti.



Hari pertama balik ke Kuantan, sempat parents saya mengajak untuk mendengar pengajian Kitab Hikam di Pondok Annur di Penor. Disampaikan oleh Ustaz Mokhtar Senik. Antara yang boleh saya kongsikan di sini ialah manusia ini ada beberapa level

yang telah di kategorikan oleh ulama-ulama sufi antaranya ialah maqam mahabbah& maqam ibad. Yang mana kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mencari redha Allah. Maqam ini hanya Allah yang menentukannya. Kita hanya beribadah sahaja.



Pernah sampai satu tahap makrifat yang tinggi, di mana hamba itu sangat mengenali Allah dan Allah jua sangat mengenali hambaNya, si hamba itu tidak perlu meminta apa-apa lagi daripada Allah, dia hanya beribadah dan melakukan apa yang ALLAH perintahkan, lalu ALLAH tahu bila masa dan bagaimana yang sesuai untuk menganugerahkan hambaNya itu.



Ustaz membawa satu analogi yang ringkas dan senang. Iaitu apabila seseorang bekerja dengan majikannya atau pun membantu orang tuanya membuat sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa balasan, sebaliknya dengan niat hanya mahu menolong mereka dengan ikhlas, nescaya, mereka akan mengganjari orang yang bekerja itu dengan sesuatu yang tidak mereka sangka. Bak kata ustaz, sesungguhnya orang tua mengetahui apa yang terbaik untuk pekerjanya.



Namun, bukan semudah itu untuk mencapai tahap ma’rifatullah. Ia memerlukan satu mujahadah yang tinggi, mengenal Allah dengan sifat-sifatNya yang baik (Asmaul Husna). Ayuh kita berusaha untuk mengenal Dia Sang Pencipta untuk mencapai cinta dan redhaNya yang hakiki…Memperkenalkan salah satu buku terbaik membahaskan tentang Asma’ Allah ‘ 99 Q Kecerdasan Asmaul Husna’ nukilan Sulaiman Al-kumayi.



Selamat membaca…


Al-Ikhlas...





Alhamdulillah, hari ini saya suka untuk berkongsi sesuatu yang saya dapat daripada kelas tafaqquh fid din yang diadakan di Akedemi Pengajian Islam pada minggu lepas. Antara tajuk yang dapat saya ikut minggu lepas yang mengupas bab ikhlas. Ustaz yang menyampaikannya ialah ustaz Rusdi Ramli daripada Jabatan Fiqh Usul.

Antara isinya yang boleh saya kongsikan bersama rakan-rakan ialah, ikhlas ialah satu sifat yang abstrak yang sukar untuk kita perolehi lantaran daripada diri kita yang diselubungi dosa setiap hari. Sifat ikhlas ialah satu sifat tasawuf yang memerlukan seseorang hamba itu mengosongkan hatinya dan hanya meletakkan Allah sahaja dalam hatinya. Dia akan menghapuskan dan memusnahkan semua perkara-perkara yang berkait dengan manusia dan dunia dalam ibadah dan kehidupan sehariannya, bekerja dan belajar kerana Allah. Dunia dan seisinya tidak menjanjikan apa-apa lantaran itulah seorang hamba yang sufi hanya mencari redha Allah semata-mata.

Antara perkara-perkara yang boleh menghalang sifat ikhlas ialah:

Mencari keredhaan dan kepercayaan manusia

Kita beramal supaya orang tidak mengutuk kita

melakukan sesuatu perkara itu untuk kepentingan diri sendiri

Riya’ dan takbur juga akan menghapuskan ikhlas

Melakukan sesuatu mengikut kehendak nafsu

Melihat diri sendiri lebih baik daripada orang lain.

Amalan-amalan kita memang tidak akan terbatal jika kita melakukan sesuatu disertai dengan perkara-perkara di atas, tetapi nilainya akan berkurangan. Oleh yang demikian, hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang ikhlas yang mana bebas daripada gangguan syaitan dan bisikan hawa nafsu.

Imam Ghazali pernah menyebut bahawa berjaga dalam 3 perkara, iaitu;

Takbur

Hasad

‘ujub

Yang mana sifat-sifat ini tersembunyi dalam diri kita dan kita juga sukar untuk mengesannya. Sebab itu kita sentiasa disarankan supaya selalu beristighfar setiap hari.

Ustaz juga menyebut tentang sifat orang mukmin sebenar yang mana ia mengalahkan kehendak hawa nafsunya dengan membangkitkan agamanya dalam hatinya. Menjadikan hatinya sebagai ‘suaidak al-qulub’ bermaksud dalam hatinya hanya ada Allah, kalimah La ilaha illalah sentiasa tersemat kukuh dalam hatinya, manakala perkara-perkara lain hanya berlegar-legar di luar hati. Orang mukmin yang benar-benar ikhlas akan membebaskan dan menjauhkan dirinya daripada belenggu dunia yang sentiasa menggamit kesenangan dan kebahagiaan yang tidak diredhai Allah. Mereka juga akan memegang aqidah dengan kuat dan selamat daripada syirik iaitu tidak menjadikan selain Allah sebagai tuhan mereka.

Contohnya dalam bab makan, orang mukmin hanya akan makan makanan yang diyakini halal, berkhasiat untuk tubuh badannya serta bersih dan suci dan tidak bertentangan dengan syara’. Dia tidak akan makan mengikut kehendak hawa nafsu yang lebih menyukai dunia berbanding akhirat. Dia hanya akan makan untuk menguatkan badan dan membolehkannya beribadah kepada ALLAH.

Jika kita lihat dan teliti dengan lebih dalam, ikhlas adalah hasil ataupun buah daripada tauhid. Ikhlas dan tauhid sangat berkait rapat. Ini menunjukkan jika kita ada sifat ikhlas, keyakinan kita pada Allah sangat kukuh, dan jika iman kita kukuh, sifat ikhlas itu akan terlahir dengan sendirinya.

Kalimah tauhid adalah sebaik-baik zikir sebab itulah kalimah toiyyibah ini perlu kita lafazkan setiap hari untuk mengukuhkan dan memperbaharui iman dan niat sebenar kita. La ilaha illalah lebih berat daripada dunia dan seisinya jika ditimbang di mizan nanti.

Orang yang menjadi ‘abdun dunya’ iaitu hamba dunia sangatlah rugi, kerana kehidupan dunia ini adalah fana’, hancur dan tidak akan kekal selamanya. Oleh itu, marilah kita berdoa supaya sentiasa menjadi abdullah´yang hakiki. Hamba yang taat dan bersyukur dengan segala apa yang dikurniakanNya.


Thursday, October 22, 2009

Minggu yang penuh




Alhamdulillah..kita dah sampai ke bulan ZulKaedah..sebak juga rasa hati pabila syawal meninggalkan kita. Namun, hidup dan perjuangan mesti diteruskan. Suka saya nak berkongsi sedikit tentang aktiviti yang dijalankan di UM sejak akhir-akhir ini. Antaranya, Hari Keusahawanan untuk subjek keusahawanan yang majoriti diambil oleh pelajar tahun 1. Berlangsung selama 2 hari, macam-macam diorang jual. Tahniah untuk mereka.



Kemudian, Festival Mahasiswi yang baru habis semalam. Setinggi tahniah untuk penggerak program yang telah bertungkus lumus sejak beberapa bulan yang lalu. Semoga manfaatnya akan terpalit kepada semua yang hadir. Ameeen…



Malam tadi juga baru di adakan jamuan AidilFitri Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya di Bilik Kegiatan Siswa, Akademi Pengajian Islam. Tidak kurang juga yang hadir. Menu soto menjadi santapan kami malam tadi. Terima kasih kepada tukang masak dan semua yang membantu menjayakannya.



Saya juga dimaklumkan PUSMAL akan mengadakan Seminar Keusahawanan di Kompleks Perdana Siswa yang ditaja khas oleh KFC. Free katanya, hehe..sesiapa berminat, boleh menjadi peserta. Tapi, kan pelajar masih ada kelas..pelik juga saya.



Pagi ini juga junior saya mengadakan pameran untuk subjek yang diambilnya di ruang legar APIUM. Hope semuanya berjalan lancar. Banyak lagi nak share ni..tak pelah..nanti sambung. Semoga kalian semua diberkati Allah dan dipermudahkan urusan hari ini…


Monday, October 19, 2009

Erti KASIH makna SAYANG...


Assalamualaikum Wbr...

Hari ni suke saya nak share sedikit sebanyak tentang email yang masuk dalam inbox yahoo saya..bagi saya..kadang-kadang perlu juga kita berikan sedikit perhatian mengenai makna
kasih sayang...

adakah orang yang tidak mengucapkan perkataan sayang itu ego??

tetiba teringat pulak lirik lagu Lafaz Yang Tersimpan daripada Unic

terima kasih buat sahabat-sahabat saya yang terlibat dalam perkongsian ini...
Azizi Ismail, Anie Noraini dan Zuraidah Nasution... Semoga kalian sentiasa berada di dalam rahmat dan kasihNya..ameeen...

Hayati kata-kata mereka..selamat membaca...

-seorang ayah pilih kasih terhadap anaknya
-seorang guru pilih kasih terhadap muridnya
-seorang bos pilih kasih terhadap pekerjanya


Hakikatnya, perasaan pilih kasih tak dapat dinafikan, tetapi jangan lari dari landasan keadilan...
Dalam dakwah tidak ada sikap pilih kasih. Cubalah bersikap pilih kasih, nescaya terencat cita-cita Islam dengan sebab pilih kasih dai'enya...


Wassalam.


"em..pilih kasih...kadang2 orang silap tafsir bile baik or layanan lebih sikit dengan seseorang, dikatakan pilih kasih..padahal orang tu cube untuk tingkatkan lagi prestasi orang yang dia nampak berpotensi.. . jadi orang tu dapat tumpuan yang lebih sikit dari yang lain....em.. ...em... walaupun ada akal, tapi manusia still cenderung untuk melihat dan menyuarakn yang negatif dulu...

'Sebatang lilin tidak akan rugi ape2 jika digunakan untuk menyalakan lilin yang lain'
~James Keller~



Salam

Sahabatku, kadang-kadang seseorang ini mendidik kita bukan dengan cara membelai dan menunjukkan ke"caringan" nya. Tapi kadang-kadang membiarkan kita survive sendiri, berguling-guling sendiri,menangis sendiri, mencari jawapan sendiri. Membiarkan kita rasa kita betul, kemudian bila tersalah membetulkan sendiri.

Tindakannya seolah-olah tidak pedulikan kita, tapi kerap kali mencuri pandang pada kita kerana kerisauannya, buat-buat tak tahu pada kita seolah-olah membenci kita tetapi sering bertanya pada orang lain tentang kita tanpa pengetahuan kita , sedangkan hatinya menangis melihat ujian yang melanda kita, menitis air mata mendoakan kita.Tak pernah menyatakan sayang pada mulutnya, tapi komunikasi tanpa suara itulah medium untuk kami berbicara, sayang tak terucap.

Bisikan-bisikan nasihat mengiringi perjalanan kita, walaupun terpaksa bergerak kerja sendiri, tapi semangat juangnya mengiringi kita dan tak pernah kita merasa keseorangan. Walaupun terpisah jasad, walaupun jarang berjumpa tapi ukhwah tetap mekar dan ingatlah ukhwah itu bukan sekadar kebersamaan kita, tapi subjektif bergantung dengan keikhlasan dan pengorbanan kita. Itulah tarbiyah dzatiyah (jati diri) agar menjadikan kita berjiwa tegar, berdikari dan berjiwa besar.



P/S: Boleh dikira berapa patah kata "sayang" seumur hidup yang terlafaz di bibir pada orang tersayang. Egokah??

Tidak, kami menunjukkan sayang melalui tindakan. "The word of action".

Tuesday, October 13, 2009

Satu Perjuangan...satu hari satu kebaikan..





Alhamdulillah…telah selesai satu perjuangan hakiki saya, menjawab soalan peperiksaan akhir untuk subjek New Technologies management. Dr. Amran terpaksa buat exam ni awak sebab dia nak pergi Mekah menunaikan haji sebelum tarikh sebenar exam iaitu 6 November 2009. Apapun, bagi saya bagus juga. Lega sikit bila dah selesai satu paper ni. Ada 2 lagi yang bakal menyusul.huhu..


Subjek ni juga mengajar saya sedikit sebanyak bagaimana untuk menganalisis keadaan semasa sesebuah syarikat yang berlatar belakang kan teknologi. Banyak juga belajar tentang Hak cipta dagang, copyright dan lain-lain protection innovation. Subjek ini jugalah yang mendorong saya untuk menghadiri PECIPTA ’09 jumaat lepas.


Saya teringat kata-kata seorang pensyarah saya. “walaupun pointer kamu tak tinggi masa belajar ni, tapi sekurang-kurangnya kamu dapat Ilmu yang akan kamu gunakan satu hari nanti. Jadi, segala apa yang kamu ada ni, manfaatkan sebaiknya.”


So, kalau ilmu yang kita ada tu tak nak kasi hilang, kita boleh ajar orang lain. Tak semestinya kita ajar melalui kelas atau pun tuisyen sahaja. Melalui medium maya pun bermanfaat juga.. apapun, moga diri kita ini sentiasa menjadi manfaat untuk orang-orang di sekeliling kita.


Setiap hari, berilah sekurang-kurangnya satu kebaikan untuk rakan-rakan kita tak kiralah sama ada dari sudut kata-kata nasihat, pertolongan, doa dan lain-lain.


Semoga kita bersama beroleh berkat dan diredhai Allah.


p/s: Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim..tak tahulah kenapa lately asyik ingat kat dia je..huhu..


Monday, October 12, 2009