Ma'rifatullah..





Alhamdulillah..sempat juga saya menulis entry ini walau dalam masa kosong yang singkat ini. 5 hari saya di menghabiskan masa study week di Kuantan. Tapi, saya kira hanya sempat 40% yang dapat saya ulangkaji. Selebihnya banyak menghabiskan masa untuk menguruskan beberapa perkara lain yang perlu segera saya uruskan sementara saya berada di Kuantan. Lepas ni dah susah nak balik, macam-macam program yang dah dirancang sehingga pertengahan Disember nanti.



Hari pertama balik ke Kuantan, sempat parents saya mengajak untuk mendengar pengajian Kitab Hikam di Pondok Annur di Penor. Disampaikan oleh Ustaz Mokhtar Senik. Antara yang boleh saya kongsikan di sini ialah manusia ini ada beberapa level

yang telah di kategorikan oleh ulama-ulama sufi antaranya ialah maqam mahabbah& maqam ibad. Yang mana kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mencari redha Allah. Maqam ini hanya Allah yang menentukannya. Kita hanya beribadah sahaja.



Pernah sampai satu tahap makrifat yang tinggi, di mana hamba itu sangat mengenali Allah dan Allah jua sangat mengenali hambaNya, si hamba itu tidak perlu meminta apa-apa lagi daripada Allah, dia hanya beribadah dan melakukan apa yang ALLAH perintahkan, lalu ALLAH tahu bila masa dan bagaimana yang sesuai untuk menganugerahkan hambaNya itu.



Ustaz membawa satu analogi yang ringkas dan senang. Iaitu apabila seseorang bekerja dengan majikannya atau pun membantu orang tuanya membuat sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa balasan, sebaliknya dengan niat hanya mahu menolong mereka dengan ikhlas, nescaya, mereka akan mengganjari orang yang bekerja itu dengan sesuatu yang tidak mereka sangka. Bak kata ustaz, sesungguhnya orang tua mengetahui apa yang terbaik untuk pekerjanya.



Namun, bukan semudah itu untuk mencapai tahap ma’rifatullah. Ia memerlukan satu mujahadah yang tinggi, mengenal Allah dengan sifat-sifatNya yang baik (Asmaul Husna). Ayuh kita berusaha untuk mengenal Dia Sang Pencipta untuk mencapai cinta dan redhaNya yang hakiki…Memperkenalkan salah satu buku terbaik membahaskan tentang Asma’ Allah ‘ 99 Q Kecerdasan Asmaul Husna’ nukilan Sulaiman Al-kumayi.



Selamat membaca…


Friday, October 30, 2009

0 Comments: