Around d corner...



Alhamdulillah...setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi kita ruang untuk menatap alam maya ini. Ringkas sahaja post saya pada hari ini. Cukup sekadar kita berkongsi beberapa perkara yang memberi manfaat kepada semua.

In the real situation, exam for all undergraduates is around the corner. Hope we all can get prepared from now.

Memang tidak dinafikan, saat ini saat kritikal. Penuh dengan test, assignment dan jugak presentation yang bukan sahaja satu subjek, tapi boleh dikatakan semua subjek. Saya mendoakan agar rakan-rakan pembaca semua dapat membahagikan masa dengan baik. Cuba untuk elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang membuang masa dan melalaikan sehingga terabai pelajaran.

Saya tidak nafikan, kita mempunyai pelbagai tanggungjawab sama ada dalam persatuan, kolej mahupun jabatan pengajian kita. Namun, semua manusia dikurniakan waktu 24 jam yang sama, jadi gunalah nikmat berfikir yang Allah kurniakan dengan sebaiknya.

Akhir kalam, tiada rehat dalam perjuangan. Belajar juga adalah satu perjuangan. Perjuangan memerlukan pengorbanan, yang mana jika kita ikhlas kerana ALLAH, InsyaAllah ganjaran yang besar menanti.

Study hard and smart. Do it now and here.




Tuesday, October 6, 2009

0 Comments: