BUKU..ILMU...REDHA ALLAH...


Sekian lama sudah, saya cuba mencari buku sebegini. Buku yang lebih ilmiah dan memberi pengajaran melalui pengalaman. Buku yang menggalakkan pembacanya untuk lebih lagi membaca. Tidak sabar rasanya ingin memiliki buku itu. Terima kasih kepada sahabat yang memperkenalkannya, Zulkamal dan anie. Semoga sedikit isi daripada buku ini memberi manfaat untuk kita bersama. Semoga saya diberi kesempatan untuk membacanya. Thanks to my friend, anie. She wrote this.. Setelah melepaskan gian untuk merayap mencari buku yang dicari. Hehe..


BACA DAN BACALAH…………

“ Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)” ~ Al-‘ Alaq : 1

Buku adalah sahabat yang terbaik di antara semua makhluk. Kenikmatan terbesar adalah ketika kita boleh membaca hasil pemikiran orang lain. Orang yang terbiasa membaca dan menulis akan diminta petuanya. Orang yang terbiasa menyelak-nyelak halaman buku, akan mendapatkan memuliaan. Setiap orang yang membuka buku, pastila akan mendapat kebaikan. Harta yang menguntungkan, terdapat pada lembaran hikmat yang ada di dalam buku. Simpanlah huruf-huruf yang mengandungi ilmu itu di hatimu. Tulislah kalimah-kalimah yang penuh keutamaan itu di halaman jiwamu.

Hiasi dirimu dengan kata-kata pengetahuan untuk dapat melihat kebesaran kekuasaan Allah di langit dan di bumi.
Di saat engkau berdua-duaan dengan sebuah buku, maka zaman pun akan menjadi singkat. Masa akan hadir di hadapanmu. Pelajaran-pelajaran akan datang mendekatimu. Nasihat yang menyentuh dan pengalaman-pengalam an akan datang untuk menambahkan semangatmu. Keajaiban akan datang membuatmu kagum. Perahlah ilmu dari dalam buku. Di dalamnya terdapat istana pemikiran. Pemilik buku, lebih kaya daripada Qarun, lebih kuat daripada tentera Nu’man, lebih baik keadaanya daripada al-Baramikah (para menteri semasa zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid). Orang yang dekat dengan kertas, lebih baik hidupnya daripada pemabuk. Orang yang mempelajari sejarah, lebih mulia daripada orang yang hanya mendengarkan irama. Berteman dengan buku boleh memelihara seseorang daripada kesesatan para penguasa, boleh melindunginya daripada omong kosong orang-orang zalim. Berteman dengan buku juga boleh menjagamu daripada pengaruh orang yang zalim, juga boleh menjagamu daripada celaan orang yang dengki. Oleh itu, saya mengajak anda semua untuk lebih membaca, banyak bermutala’ah, banyak menengok buku-buku karangan para ulama.

Apalah ertinya hidup ini bila kita malas membaca!!! Apalah gunanya umur bila kita malas bermutala’ah? Elokkah hidup ini tanpa adanya buku?
Tengoklah sejarah masa lampau. Berapa banyak negeri yang telah hancur,berapa banyak raja yang telah binasa, berapa banyak bangunan yang kini hanya tinggal runtuhan sahaja. Tetapi cubalah lihat ilmu! Adakah binasa dengan masa? Sampai sekarang, buku-buku yang mengandungi ilmu masih tetap utuh. Tengoklah para Nabi, adakah mereka mewariskan dirham dan dinar? Tidak. Mereka hanya mewariskan ilmu. Sesiapa yang mahu mengambilnya, maka berbahagialah dalam hidupnya!

~ Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni Dipetik dari buku…. ‘Aku, Buku dan Cinta’ by Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Monday, May 4, 2009

0 Comments: