Menerima Jemputan dengan Hati yang Terbuka

Sekitar selepas asar tadi saya menerima jemputan daripada tuan punya blog, Nuur Afifah. Katanya minta diisikan apa – apa post yang bersifat ilmiah. Kebetulan, saya baru sahaja memulakan semula penulisan blog saya Muhammad Qayyum sejak agak lama saya menutup akaun blog saya di friendster lama dahulu. Nuur Afifah termasuk dalam beberapa orang yang sempat baca beberapa post terakhir saya ketika itu.

Walaubagaimanapun, saya menyambut pelawaannya dengan hati yang terbuka. Tidak lain dan tidak bukan kerana saya mampu untuk menjawab kenapa menulis? Satu persoalan yang rungkaian jawapannya banyak sekali tapi belum pasti tepat pada jiwa seseorang penulis. Tetapi jawapan yang tepat bagi soalan ini telah melahirkan banyak penulis – penulis yang berkarisma tinggi. Hal ini kerana jawapan yang tepat bagi soalan ini memberi matlamat yang jelas dan kukuh kepada penulis. Memberi panduan dan skop apa yang nak ditulis. It give purposes. Maka lahirlah saifulislam.com, AKU HANYA PENULIS dan lain – lain. Itupun kalau saya sempitkan skop pada laman blog sahaja.
Membezakan matlamat bagi setiap perkara yang ingin dilakukan adalah satu aspek penting bagi memastikan apakah kita faham apa yang hendak kita lakukan. Apakah matlamat saya menulis di sini? Itu persoalan yang saya perlu jawab dahulu bagi memastikan kelangsungan saya di sini. Jikalau gagal menemukan jawapan, bermakna jelas saya tidak perlu berada di sini. Cukup saja dengan blog saya yang baru merangkak itu.
Di sinilah saya perlu mengintai, check and balance, kelebihan, kekurangan, halangan dan peluang yang ditawarkan oleh Falsafah Kombat (FK) kepada saya. Menjemput saya memikirkan realiti dan feasibility. Cuma, saya tersenyum sendiri apabila memikirkan pembukaan lapangan dakwah dan ukhuwwah melalui wadah FK ini. Perkongsian idea dan pandangan pastinya lebih bercambah apabila saya yang berada di selatan Tanah Air bertembung lontaran idea daripada komuniti di pusat Tanah Air. Menyedari hal ini, saya merasakan peluang yang ditawarkan cukup tinggi. Oleh itu, saya menerima jemputan dengan hati yang terbuka.
________________________________

Muhammad Qayyum Bin Halele@al-fateh.blogspot.com

81310 Skudai



Sunday, April 12, 2009

0 Comments: