Pertukaran Kepimpinan PMIUM







Assalamualaikum w.b.r


Mohon kemaafan kepada rakan-rakan pembaca blog sebab dah lama tak update. Pertengahan semester yang mencabar seperti yang semua sedia maklum, ditambah lagi dengan projek tahun akhir..perrghh..cukup membimbangkan. Apa pun, kehidupan perlu diteruskan. Cuba belajar jangan cepat mengeluh dan putus asa.

Setahun berlalu pergi, teringat lagi ketika mendapat berita ditaklifkan sebagi exco pmium, seperti terasa batu besar menghempap bahu. Siapa tak kenal PMIUM, antara persatuan yang besar di UM dan aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan program. Apapun, terima kasih kepada semua kerana memberi peluang saya belajar banyak perkara baru dan bermanfaat. Kini, telah tiba masanya PMIUM bakal dipimpin oleh tampuk kepimpinan baru yang lebih segar dan mampu membawa gerakan ISLAM yang lebih kuat dan mudah diterima oleh masyarakat kampus semasa.


Pertukaran kepimpinan PMIUM atau lebih formal majlisnya dikenali sebagai Mesyuarat Agung Tahunan bakal mengenengahkan kepimpinan muda baru yang lebih bertenaga. Siapakah yang bakal menggantikan Saudara Haafizuddin Abirerah?dan siapakah pula srikandi pembawa gerakan mahasiswi yang baru yang dahulunya dibawa oleh rakan saya Nur Fariza Zahrin? Semuanya akan terjawab ketika Mesyuarat Agung Tahunan nanti.


Berikut adalah maklumat tentang Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM:

Tarikh: 14 Mac 2009
Masa: 8.00- 10.30 malam
Tempat: Auditorium Fakulti Kejuruteraan


Di kesempatan ini saya memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PMIUM khasnya dan warga kampus UM amnya di atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang saya memegang jawatan sebagai Timb. Pengerusi Exco Sukan dan Rekreasi sesi 08/09. Maaf juga kerana tidak banyak memberi dan menyumbang dalam memperkasakan exco ini. Saya mengharapkan pembaharuan dan juga idea bernas dapat dihasilkan oleh kepimpinan selepas ini.

Diharapkan juga barisan exco-exco yang bakal turun dari tampuk kepimpinan sekarang tidak terus meninggalkan junior-junior yang bakal naik, bahkan berlapang dada dan sedia menghulurkan bantuan kepada mereka pada bila-bila masa yang diperlukan. Semoga PMIUM lebih terkehadapan dalam melaksanakan visi dan misi yang telah digariskan.

Thursday, March 12, 2009

2 Comments:

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen said...

Salam,
Saya maklum mengenai AGM ini apabila menerima "flyer" selepas solat Jumaat di APIUM minggu lepas. Selamat bersidang saya ucapkan.

Sekadar sedikit teguran mengenai istilah yang digunakan. Dalam "flyer" yang diedarkan tersebut, AGM disebut sebagai "Annual Grand Meeting". Sepatutnya, frasa yang tepat ialah "Annual General Meeting".

Kesilapan seperti ini mungkin kecil, tetapi boleh memberikan dampak kepada imej PMIUM sendiri kerana ketidaktelitian dalam memperhalusi perkara-perkara seperti ini.

Mungkin rasanya lebih baik kalau digunakan sahaja frasa Bahasa Melayu iaitu "Mesyuarat Agung Tahunan". Pada waktu orang bersungguh-sungguh memperjuangkan Bahasa Melayu, saya rasa elok kiranya perjuangan ini dimanifestasikan dalam diri, persatuan dan masyarakat kita.

Apa pun, harap jangan berkecil hati. Sekadar teguran ikhlas demi penambahbaikan pada masa akan datang.

Selamat bersidang.

Sufi Intelek said...

Pembetulan masa...

mohon maaf..masa yang dinyatakan dalam entry saya ni silap..suppose jam 8 pagi - 2 petang...huhu..

mohon maaf..

jemput datang..:)