Perkongsian SIDANA'09

Assalamualaikum…

Memang dah lama rasanya tak memberi sesuatu kepada para pembaca yang mengunjungi blog saya..



Sedikit perkongsian.. Alhamdulillah, saya sempat menghadiri SIDANA ’09 yang diadakan pada 28 Feb & 1 Mac baru-baru ini. Pada malam perasmiannya, dihadiri oleh YB Nurul Izzah Anwar selaku Perasmi program ini. Hanya sempat mengikut 1 pembentangan kertas kerja dan 1 bicara korporat yang bagi saya sangat menarik, penuh informasi dan sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri di saat pelbagai masalah mahasiswa menggugat masa.



Suka saya membincangkan sedikit tentang isi kandungan yang dibentangkan oleh YB Saifuddin Nasution yang di pengerusikan oleh Ahmad Shahir Aziz, Mantan MPMUM. Tajuk yang beliau bawa adalah “ Mahasiswa sebagai rakan kongsi dalam pembangunan Tamadun Negara”. Antara perkara penting yang digariskan oleh YB ialah element sedar dalam masyarakat. Kita boleh melihat indikator elemen sedar ini melalui kebangkitan dan suara lantang yang laungkan oleh masyarakat menentang sesebuah parti berkuasa untuk mendapatkan hak mereka, setelah mereka dapati hak mereka telah dikhianati.




Pelbagai isu Negara pada hari ini yang menyebabkan masyarakat berfikir apakah yang berlaku disebalik kejadian tersebut. Kebenaran terbentang dan rakyat bangkit menuntut hak mereka. Begitu juga dengan mahasiswa, masyarakat mahasiswa yang sentiasa mencari-cari kebenaran dan hak mereka.



Akhirnya, YB menutup pembentangan beliau dengan memberi pilihan kepada hadirin. Sama ada mahu menjadi pemerhati, komentar, chronic know nothing, idealis, ataupun peserta..pilihan di tangan empunya diri..



Manakala YB Dato’ Nadzmi, Pengerusi Proton Holdings, yang telah diperngerusikan oleh Ahmad Syazwan, MPMUM, telah memberikan satu bicara korporat yang baik bagi saya. Beliau telah menekankan aspek penerapan Islam dalam organisasi dengan bersikap tegas dan tetap pendirian bahawa ISLAM adalah yang paling tinggi. Beliau juga membuka minda kita bahawa setiap masalah itu boleh ditukar menjadi peluang dengan menggunakan panduan daripada Al-Quran dan Sunnah dan juga akal yang dianugerahkan ilham oleh Allah.



Menjadi usahawan berjaya seperti beliau bukan satu perkara yang mudah beberapa kali diisytiharkan bankrup, dan pelbagai dugaan besar yang dihadapi. Namun, semuanya di atasi dengan kebergantungan kepada Allah yang sangat kuat. Subhanallah…bagi saya beliau bersikap humble dan tidak lokek untuk berkongsi idea-idea beliau, walaupun sememangnya kita tahu, orang korporat ni sangatlah sibuk…



Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya tuliskan di sini. Semoga rakan-rakan yang lain, yang hadir sepenuhnya sehingga petang, dapat juga berkongsi di blog masing-masing.




Monday, March 2, 2009

0 Comments: