pendidikan muslim





Adik: macam mana nak mengembalikan roh tarbiyah

 

Abang : sblm ana bg pndpt..apa matlamat trbiyyah???

 

Adik: : melahirkan taqarrubin yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah

Adik: matlamat tarbiyyah juga nak melahirkan mereka2 yang mngajak manusia ke arah mengabdikan diri pada Allah..

Adik: kan abang kan?

 

Abang: jd...ia bukan sekadar teori yg ditulis pd krtas....perlu dihayati & diamalkan dgn ikhlas...

Abang: kita ni byk tulis teori...tp xhayati, xamal, xambil dgn  ikhlas

akhirnya .xde apa2 prubahan yg brlaku....

 

Adik: tapi an abang, cane kita nak terapkan dalam diri kita supaya sentiasa aware tentng benda2 2?

Adik : sebab kadang2 kita dilekakan oleh hal2 duniawi..kesibukan kerja2 dakwah kononya yang lebih kepada pengislahan warga kampus.

 

Abang: kene jelaslah tasawwur islam yg sebenar...islam bukan kt kampus sj....islam melata di seluruh pelusuk muka bumi.....

 

 

Berikut adalah perbualan antara abang dan adik dalam Yahoo! Messenger. Apa iktibar yang boleh kita ambil di sini?

 

Saya tidak ingin mengulas panjang bab ini. Bab TARBIYYAH, jika mahu diperbahaskan, cukup panjang dan kelangsungan tarbiyah ini berterusan sejak zaman Rasulullah sehingga kini. Cukuplah saya memberi persoalan kepada rakan-rakan pembaca, muhasabah diri kita yang mengaku ummat Nabi Muhammad dan mengharapkan syafaatnya kelak, namun kita masih leka dengan hal-hal keduniaan yang kita sangkakakan ianya perkara yang baik.

 

Sebab itulah Rasulullah menyarankan kita sentiasa bangun bermunajat dengan Allah di malam hari. Supaya Allah sentiasa memberi kita panduan guardline supaya kita sentiasa berada di jalan yang benar.

 

Tuesday, February 17, 2009

0 Comments: