akhirnya....



Vanderbilt University Medical Center

Akhirnya..boleh juga saya menulis sedikit perkongsian untuk manfaat bersama. Agak payah juga nak keluarkan satu hasil tulisan di blog sekarang, tak taulah kenapa..anyway, saya mohon maaf pada rakan-rakan pembaca sekalian. Mesti dah bosan asyik tengok artikel lama saya lagi kan…apapun, terima kasih atas sokongan kalian. Selamat membaca


Syarat nak khusyu’ dalam solat:


Al-hudhur ul-qalbu (menghadirkan hati)

At-tafahhum (memahami makna bacaan dan geraka)

At-ta’zim (merasakan keagungan Allah)

Al-haibah ( gerund dengan kekuasaan Allah)

Al-Rajaa’ (mengharap hanya kepada Allah)

Al-haya’ ( malu terhadap Allah)


Di atas adalah antara beberapa syarat yang diperlukan untuk menghadirkan rasa khusyu’ dalam solat.


Sepertimana yang kita ketahui, solat adalah amalan yang pertama akan diperhitungkan di hari pembalasan kelak. Jika solat kita tempang dan tidak sempurna, ia juga akan memberi kesan yang sama kepada amalan-amalan lain. Bercakap soal syarat di atas, saya pasti, rata-rata mengatakan bahawa, cakap memanglah senang, tapi nak melaksanakan dan merasainya adalah bukan satu perkara yang mudah.


Sesusah mana sekalipun, kita perlu berusaha untuk meraih keredhaan Allah. Itulah matlamat utama Allah menyuruh kita melaksanakan solat 5 waktu. Merasai khusyu’ dalam solat bukan perkara mudah, namun ia akan jadi mudah jika kita benar-benar yakin ia mudah dan berusaha kearahnya. Apa yang penting, keikhlasan dan kesungguhan dalam meraihnya.


Sedikit tips tambahan, apabila kita solat, ikrar kita kepada Allah terdapat dalam doa iftitah dan ketika kita melafazkannya, perlulah benar-benar faham dan jangan lalai dalam melaksanakannya. Jika kita lalai, ibarat kita menjadikan solat itu adalah gelanggang pendustaan kerana kita melanggari apa yang telah kita katakan.


Hati tidak akan hadir di dalam solat, andai kata dua perkara ini tidak wujud dalam hati kita; pertamanya, Cita-cita kita dan kedua adalah semangat kemahuan kita. Jika kita tidak minat untuk melakukan solat, bermakna kita tidak akan berjaya mencapai matlamat sebenar solat itu.



Nak diceritakan banyak lagi sebenarnya rahsia solat ni. Cumanya kita perlu menjaga adab-adabnya dan istiqamah dalam melaksanakannya.


Monday, February 16, 2009

0 Comments: