Bermulanya perjalanan yang mencabar

Sukar rasanya untuk menyatakan perasaan ini, hanya Allah yang tahu. Takbir! Hope and Change! We love UM! Dan pelbagai lagi laungan keramat bergema di DTC awal pagi semalam. Sebaik sahaja pengumuman keputusan PRK diumumkan. Keputusan yang diluar jangkaan, namun, itulah harapan sebenar. Perubahan!. MPMUM sesi baru ini bakal diisi dengan 21 calon Pro-Mahasiswa. Jumlah ini adalah yang terbesar sejak kekalahan beberapa tahun lalu. Alhamdulillah..hanya ucapan itu yang sentiasa meniti dibibir aktivis Pro-Mahasiswa.


Sempat saya mengambil beberapa gambar ketika sesi pilihanraya berjalan. Ketika kempen, pengiraan undi, dan ketika pengumuman keputusan. Tidak perlu saya ulas dengan panjang lebar, kerana semua laluan yang ditempuhi untuk mencapai kemenangan ini telah banyak ditulis dalam mahasiswakini.com.



Cumanya, perjalanan dan perjuangan Pro-M selepas ini semakin mencabar dan semakin panjang, berhadapan dengan pihak pengurusan universiti yang hakikatnya telah diperakui penuh dengan birokrasi memerlukan ketabahan dan kesatuan untuk memberikan yang terbaik kepada mahasiswa UM.


Ramai yang menghantar mesej tahniah kepada saya dan berpesan agar Pro-M menjaga imej baiknya dengan melaksanakan semua manifesto yang telah dibentangkan serta menjadikan UM sebagai salah sebuah universiti terbaik. Ini baru permulaan, bukan pengakhiran. Pemimpin tanggungjawabnya lebih besar, dan berat. Namun, itu tidak bermakna penyokong hanya mampu melihat. Tanggungjawab ini adalah amanah untuk semua. Semoga kalian rakan-rakan seperjuangan saya, kita bersatu hati dan tenaga untuk ISLAM. Teringat kata-kata daripada seorang senior saya,


“akhlaq adalah satu perkara yang penting dalam menunjukkan syiar Islam. Ketegasan juga perlu berjalan seiring. Rasulullah adalah seorang yang sangat diplomatik. Dalam apa jua cara pun, berunding adalah langkah pertama yang mesti diambil, walaupun ketika dalam peperangan.”

Oleh itu, saya seru kepada semua pejuang-pejuang Pro-M yang telah melangkahkan kami ke gerbang MPMUM khasnya dan seluruh wagra Pro-M, PMIUM dan warga UM umumnya, tunjukkan bahawa ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU ADIL. Secara tidak langsung, ramai orang akan berminat untuk bernaung di bawah pentadbiran ISLAM.


Di bawah saya selitkan beberapa gambar ketika musim PRK UM sesi 2009 yang telah mencatat sejarah. Sepanjang pengajian saya di Universiti Malaya yang tercinta.


TAKBIRR!!!...syukran Ya Allah Ya Wahhab..


ketika sesi penamaan calon. Penyookong Pro-M berarak ke KPS



Berkampung di Dataran Sains..siapkan poster untuk digantung..sambil menjaga banner.


Keadaan dalam Dewan Tunku Canselor (DTC) Ketika proses pengiraan undi.
















Tuesday, January 20, 2009

0 Comments: