Qurbankanlah cinta duniamu....!

Sempena kedatangan Aidil Adha yang mulia ini, suka saya mengajak rakan-rakan pembaca sekalian untuk kembali merenungi kisah yang begitu sedih dan menyayat hati yang berlaku pada 5000 tahun sebelum ini.


Terdapat sepasang suami isteri yang hidup bahagia di sebuah tempat di padang pasir yang luas terbentang. Setelah lama mendirikan rumah tangga, mereka tetap masih belum mempunyai zuriat yang menceriakan rumah tangga mereka. Namun, pasangan itu tetap juga tabah dan sabar memohon kepada Allah supaya dikurniakan zuriat untuk mereka. Setelah berbelas tahun lamanya mereka menanti. Namun, Allah tetap juga masih belum mengizinkan zuriat untuk mereka. Sehinggalah si suami itu merasa putus asa dan sedih.


Disaat itu, disaat dia sudah berputus asa, lalu, Allah dengan rahmat kasih sayangnya yang tidak bertepi, mengizinkan pasangan itu memperoleh zuriat. Lantas si suami terus bersujud, bersyukur, bertahmid sebanyak-banyaknya sambil menangis keharuan dan kegembiraan kepada Allah. Lalu setelah si isteri bersedia untuk melahirkan zuriat itu, maka lahirlah seorang bayi yang putih..bersih..comel dan tampan wajahnya. Subhanallah! Si ayah terus tidak putus-putus mengucapkan syukur atas kebahagiaan yang diberikan Allah.Hiduplah mereka dengan sangat bahagia dengan kehadiran anak yang ditunggu-tunggu.


Selang beberapa lama, lalu si suami membawa si isteri dan anaknya ke padang pasir yang luas. Mereka berjalan dengan lama dan jauh sekali, si isteri hanya mengikut sahaja tanpa bertanya apa-apa. Sampai di suatu tempat, si suami berjalan kehadapan jauh sekali meninggalkan si isteri mendukung anaknya ditengah padang pasir yang panas terik. Lalu si isteri memanggil si suami. “ wahai suamiku..wahai suamiku..ke manakah dikau ingin membawa kami? Adakah dikau ingin meninggalkan kami di sini? Ditengah padang pasir yang luas ini suamiku?”. Namun si suami tetap berjalan tanpa menoleh.


Si isteri memanggil lagi. “wahai suamiku, adakah ini arahan daripada Allah S.W.T? supaya meninggalkan kami di sini?. Si suami berhenti dan menoleh ke belakang, melihat wajah sayu si isteri. Si suami berjalan mendekati isteri tercinta. Lalu dia berkata. “ Benar wahai isteriku. Ini adalah arahan dan perintah daripada Allah. Abang tidak kuasa mengingkarinya”. Kata si suam dengan sayu dan sedih. Lantas si isteri dengan tenang menjawab “Tidak mengapa suamiku, jika ini perintah Allah, aku rela. Sesungguhnya aku mencintai Allah lebih dari segalanya. Tidak mengapa suamiku, aku merelakan. Janganlah kau bersedih suamiku. Pergilah. Kami akan baik-baik di sini. Allah sentiasa menjaga kami”.


Lalu tinggalah si isteri dengan si anak yang kecil itu. Pergilah si suami melaksanakan perintah Allah Yang Maha Berkuasa. Selang berbelas tahun, datanglah perintah Allah mengizinkan si suami bertemu dengan keluarganya. Lalu pergilah si suami ke tempat si isteri yang ditinggalkannya dahulu. Bertemulah mereka, lantas si suami bertanya kepada si isteri dengan sayu “di manakah puteraku?putera kesayangku, di manakah dia wahai isteriku?aku sungguh rindu untuk berjumpa dengannya.”. “Ada di sana wahai suamiku, marilah aku membawamu berjumpa dengannya” jawab isterinya. Lalu di tengah padang pasir yang luas tidak jauh dari rumah mereka, kelihatan seorang pemuda yang putih bersih wajahnya, tampan dan sasa badannya. Melihat ibunya datang bersama seseorang. Lalu dia bertanya kepada ibunya, “wahai ibu, di manakah ayah ibu?aku sungguh rindu untuk bertemunya ibu, aku sayang kepada ayah ibu” rintih anaknya sayu. Lalu, si ibu menjawab “Inilah ayahmu wahai anakku, inilah dia ayahmu yang kau tunggu-tunggu. Inilah ayah yang kau sayangi dan rindui itu wahai anakku”. Lantas ayah dan anak itu berpelukan dalam tangisan sayu, mendakap penuh erat melepas rindu sepuas-puasnnya. Sambil menangis, si anak berkata “ayah, ke manakah ayah sebelum ini? Tahukah ayah aku sangat rindu pada ayah? Puas aku menunggu bilakah ayah kembali, setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya kembalikan ayah kepadaku.”


Si ayah menjawab “anakku yang ku sayangi. Ayah pergi melaksanakan perintah Allah. Ayah juga sangat rindu kepadamu anakku. Ayah juga sangat menyayangimu wahai anakku.” Mereka terus menangis dalam dakapan. Sayu si ibu melihat dan mendengar luahan hati anak beranak itu. Tidak tertahan lagi sehingga bercurahan airmata si ibu yang melihat dua buah hatinya itu. Hiduplah mereka dengan penuh bahagia setelah lama berpisah. Sehingga pada suatu malam, Allah telah menghadirkan satu mimpi kepada si ayah. Pada suatu malam, si ayah bermimpi, berjalan bersama anaknya ke sebuah tempat tinggi. Dia melihat dalam mimpi tersebut, sedang menyembelih anaknya!Suhbanallah!


Terkejut si ayah, lantas bangkit sambil menangis. Mengingatkan mimpinya, sambil berdoa kepada Allah. “Ya Allah…Ya Allah, adakah benar mimpiku ini Ya Allah? Apakah maksud disebalik mimpiku ini Ya Allah? Jika benar ini adalah wahyu perintah daripadaMu, maka datangkanlah mimpi yang sama sekali lagi Ya Allah”. Tersedu sedan si ayah menangis merayu kepada Tuhannya. Maka, dengan izin Allah, maka mimpi yang sama datang sekali lagi. Tersentak si ayah, terbangun lantas menangis mengingatkan mimpinya yang sama. Si ayah menangis berdoa kepada Allah. “Ya Allah, kuatkanlah hatiku Ya Allah, Ya Qawiy Ya Matin, bantulah aku untuk menerima ujianMu ini. Apakah hikmah disebalik perintahmu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku sangat sayangkan anakku itu Ya Allah. Namun, jika itu sudah perintahMu, maka bantulah dan permudahkanlah untukku melaksanakannya.”

to be continue....


Monday, December 8, 2008

0 Comments: