AL- ASR: TIME: MASA



Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita bercuti baik mahasiswa mahupun remaja masih di alam persekolahan. Masa semakin lama semakin cepat berlalu. Rasanya seperti baru semalam saya menghabiskan ayat terakhir untuk kertas terakhir peperiksaan akhir semester 1 sesi 2008/2009. Menjadi kebiasaan kita untuk terus berehat, senang daripada pelbagai assignment, lecture, fieldwork, tutorial dan pelbagai lagi continues assessment yang kadang-kala menyesakkan dada dan menggangu minda.
Namun, sebagai pelajar, kita tidak boleh lari daripada hakikat tugas tersebut. Sebab itulah mengapa kita diciptakan. Sebagai khalifah Allah yang memegang amanah AL-‘ALIM, sifat Allah Yang Maha Mengetahui, kita mesti sentiasa berusaha mencari ilmu walau di mana kita berada dan Allah telah pun menganugerahkan kita tempat yang istimewa, iaitu di pusat pengajian tinggi. Kini, kebanyakan result peperiksaan sudah diterima. Di Universiti Malaya, result untuk kebanyakan subjek dah diterima. Namun, result rasminya, masih dalam proses.

Pelbagai reaksi rakan-rakan kita yang menerima result yang berlainan. Ada yang naik, ada yang turun, ada yang baik, ada yang kurang bernasib baik. Namun, segalanya telah Allah tetapkan. Oleh itu, kita sentiasa perlu bersikap positif, optimis dan berfikiran jauh ke hadapan. Selain itu, muhasabah juga penting agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama kita lakukan untuk menetapkan azam baru sempena semester yang akan muncul tiba.


Seorang mukmin, iaitu orang yang benar yakin dan beriman dengan adanya Allah, kekuasaan dan kehendak Allah, sentiasa berdoa, berusaha sedaya mungkin untuk mencapai kejayaan yang disarankan oleh Islam. Menuntut ilmu adalah amanah Allah, Tuhan yang menciptakan kita. Kita hanya hamba yang tidak mempunyai apa-apa. Saya teringat satu ayat Al-Quran yang daripada surah Al-Hujuraat ayat 14 :


orang-orang badwi berkata “kami telah beriman”. Katakanlah kepada mereka, “kamu belum beriman” tetapi katakanlah “kami telah tunduk (ISLAM)”, kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya. Allah tidak akan mengurangi sedikit pun pahala amalmu. Sungguh Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.


Apakah kita benar-benar sudah beriman?ataupun hanya ISLAM?lebih malang lagi, adakah kita hanya ISLAM pada nama? Namun, amalan ISLAM langsung tidak melekat sebagai pakaian dalam hidup kita. Sejauh mana keimanan kita jika kita beriman? Adakah masyarakat kita pada hari ini hidup dalam keadaan beriman?


Marilah kita sama-sama beristighfar. Pernah diberitakan bahawa apabila kita dibangkitkan di akhirat kelak, kita melihat pada timbangan amal kita begitu banyak dosa-dosa. Sedangkan kita merasakan bahawa di dunia dahulu, kita tidak melakukan apa-apa kesalahan dan kita merasakan hidup cukup sempurna dalam keISLAMan. Namun, sedar atau tidak, kita sendiri terlena dalam kehidupan dunia, kita hanyut dengan bisikan nafsu mencari nama, pangkat dan harta, kata kita, “ini adalah aku lakukan kerana Allah”.


Namun, kita sering lupa, syaitan tidak pernah leka. Sekali kita leka dengan mengingati Allah. Syaitan dan hawa nafsu menjadi teman baik kita. Oleh itu, WASPADALAH dengan RIYA’, ‘UJUB & SUM’AH, yang semuanya ini, sangat tersembunyi di dasar hati. Semakin kita cuba lari daripadanya, semakin kuat ia datang. Hanya Istighfar mampu menghapuskan dosa-dosa kita kepada Allah. Astaghfirullah al-azim. Sememangnya setiap hari kita hidup bergelumang dengan dosa tanpa kita sedari. Dengan sebab itu juga, suka saya mengingatkan rakan-rakan dan diri saya sendiri, kita mesti sentiasa meminta ampun dengan Allah YANG MAHA BESAR. Raja Segala Raja. Pemilik SEKALIAN ALAM. Yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia yang dangkal ini.


Orang yang bijak sentiasa mengingati mati dan sentiasa membuat persiapan untuk pulang ke Kampung Akhirat.

Thursday, December 11, 2008

0 Comments: