Lakium dalam kenangan



Salah satu objektif Lakium ’08 baru-baru ini adalah untuk menerapkan dan memperkenalkan sedikit ciri-ciri kepimpinan dalam Islam. Objektif ini diterapkan melalui aktiviti dalam kumpulan, permainan, jungle treckking dan sebagainya. Suka saya berkongsi sedikit sebanyak input yang saya dapat ketika menjadi Fasilitator Lakium ’08.


Suka saya berkongsi tentang apa yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal dalam kuliahnya pada 19 November di tapak Lakium. Antara isi perbincangan santai beliau ialah mengenai krisis keyakinan, jika umat Islam sendiri mengalami krisis keyakinan terhadap agamanya, bagaimana dia boleh berfungsi sebagai seorang daie, seorang yang akan mengajak orang kepada Islam. Di sinilah permasalahan yang asas yang harus diselesaikan. Keyakinan dapat dikesan melalui perbuatan kita.


Ustaz juga menyentuh, sebagai seorang muslim yang benar-benar menjaga keizzahan Islam, dia sangat sensitive dengan isu semasa yang melibatkan permasalahan umat Islam. Sebab itu, dalam usaha menyelesaikannya, mereka perlu faham tentang konsep presenting problem & real problem. Di sini, Real Problem yang akan menghasilkan Presenting problem, sebab itulah yang paling utama diselesaikan adalah Real Problem. Real Problem inilah yang kita maksudkan dengan krisis keyakinan kepada Kekuasaan Allah, tidak kenal siapa itu Allah lantas mengheret mereka untuk berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri dan akhirnya menjadi masyarakat yang tidak bermanfaat (baca: sampah masyarakat)


So, everything are back to basic. Bila kita dah kenal pasti punca utamanya, masalah yang lainnya akan jadi mudah untuk diselesaikan.


Antara lainnya ialah pengisian daripada Saudara Amin Idris, seringkali juga dijemput oleh PMIUM. Penyampaian beliau tidak sah tanpa modul aktiviti menarik yang boleh dikaitkan dengan tajuk yang diberikan dengan modul yang santai dan ceria. Beliau juga berbicara mengenai aspek kepercayaan diri kita, kepercayaan akan mempengaruhi tindakan kita. Semua manusia tidak lahir semulajadi hebat, dan semua orang diasah kehebatan mereka. Begitu juga dengan sifat kepimpinan dan program ini adalah salah satu cara untuk mencungkil bakat kepimpinan para peserta. Beliau juga banyak menyentuh tentang sunnatullah dan syariatullah seperti mana yang dibicarakan juga oleh Ustaz Hasrizal pada hari sebelumnya.


Kesimpulan yang dapat saya kongsikan di sini ialah, seorang pemimpin Islam perlu berani untuk memulakan sesuatu yang baik dan cuba melakukan sesuatu yang orang lain tidak mulakan. Contohnya, dalam aspek bertanya soalan, seorang pemimpin Islam perlu proaktif dalam mengemukakan soalan-soalan yang akan menambahkan pengetahuan mereka dan peserta lain. Selain itu, dalam pelbagai aktiviti juga volunteer diperlukan dan aspek inilah perlu ditonjolkan oleh semua peserta yang ingin menjadi pemimpin Islam yang sebenar.


Dari sinilah kami, urusetia dapat menilai sejauh mana peserta menggunakan ilmu-ilmu teori yang diberikan dalam slot kuliah untuk diaplikasikan dalam aktiviti yang disediakan. Pemimpin juga memerlukan Ilmu yang menyeluruh mengenai kepimpinan, mengawal ahli, serta menghubungkan antara ahli dan orang atasan.


Selain itu, aktiviti lasak yang menarik juga mengeratkan sillaturrahim di kalangan peserta, seperti Flying Fox,Wall Climbing & Jungle Trekking. Walaupun ramai yang kepenatan, namun keseronokan melebihi segalanya.


Tahniah saya ucapkan kepada GENERASI PERTAMA LAKIUM. Diharap selepas ini, dapat membantu urusetia untuk meningkatkan lagi mutu prestasi Lakium untuk siri akan datang. Tahniah juga kepada semua urusetia yang sanggup berkorban masa study week, dan juga masa pada minggu peperiksaan itu sendiri demi memastikan Lakiun ’08 berjalan lancer. Setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Segala masalah, kekurangan dan silap faham ketika Lakium harap dapat dimaafkan. Semoga semua mendapat manfaat. Terima kasih.


p/s: kepada semua ahli LDK saya, harap dapat contact saya semula...ada something yang menarik untuk anda semua...hehe...:)..except huzaifah..die dah dapat..


Monday, November 24, 2008

2 Comments:

Abu Khalifah said...

owh... nak belasah hamper la tuh ek.. ;p

Sufi Intelek said...

Ooo..macam betul je telahan 2..tapi ada lagi agenda lain..hehe..Alhamdulillah semua UM..kalau x, jenuh jugak nak p bagi sorang2..huhu..anyway..thanx 4 visiting my blog..

semoga terus istiqamah dalam menegakkan La ilaha illallah..