Kuliyah Ilmu Ustaz Hasrizal

Saya menanti-nanti siapakah yang akan mengulas dan membuat kesimpulan tentang kuliah ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal malam tadi. Rugi juga rasanya. Saya sampai je semalam, ustaz dah turun pentas. Hanya dapat ikut slide show presentation aje..huhu..sabar jelah. Sebelum tu saya terpaksa menghadiri kelas kokurikulum, walaupun dah usaha mintak balik awal, tapi, tak dapat lampu hijau jugak.


Terima kasih kepada sahabat saya...Syahidah. Berikut adalah antara intipati yang beliau dapat daripada kuliah tersebut. Semoga bermanfaat untuk semua...


Kupasan dan perbincangan daripada Ustaz Hasrizal pada Kuliyyah Ilmu yang baru sahaja berakhir malam tadi memberikan kesimpulan yang cukup bernas tentang tajuk di atas; Antara dua CINTA. CINTA manusia dan CINTA Ilahi.


Gelaran yang diberi kepada ustaz sebagai Ustaz Cinta oleh sesetengah pihak dan disebut oleh pengerusi majlis telah di‘tegur’ oleh Ustaz kerana bagi beliau semenjak terbitnya buku Aku Terima Nikahnya, bermacam email yang pelik minta beliau menjawab dan menyelesaikan permasalahan cinta. Beliau menyatakan bahawa tujuannya menerbitkan buku tersebut adalah untuk menyediakan satu platform bagaimana soal CINTA yang disusuli tanggungjawab dalam sebuah rumahtangga. Soal cara berkomunikasi antara suami dan isteri.


Sebelum ustaz membincangkan dengan lebih lanjut tentang persoalan cinta, beliau terlebih dahulu meletakkan asas CINTA itu sebagai mukadimah.


Apa yang menarik perhatian sayaa dengan kuasa CINTA seperti yang diterangkan oleh ustaz ketika mana kaum Ansar telah menolong kaum Muhajirin sehingga kaum lelaki Ansar sanggup menceraikan isteri mereka untuk dinikahkan kepada kaum Muhajirin. Ustaz menekankan tentang CINTA sesama mukmin dimana kisah ini telah dirakamkan di dalam ayat al-Quran. Jika kita CINTA ilahi ikutlah syariat ALLAH dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Dan CINTA Nabi Muhammad s.a.w terhadap umatnya sangat tinggi sehingga Nabi teramat rindu ingin bertemu orang-orang mukmin yang akan datang iaitulah kita ni lah. Dimana kisah ini dipaparkan di dalam hadis.[ tak sempat nak salin perawi hadis dan ayat lengkap hadis ini.Maaf..]

CINTA vs Perhatian


Persoalan yang cuba ustaz bangkitkan adalah adakah kita bercinta kerana inginkan CINTA atau inginkan perhatian terutama para remaja dan juga pangkat mahasiswa/i juga. Ini kerana berlaku kes-kes yang kekurangan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa menyebabkan mereka ini mencari alternatif lain untuk mendapatkan kasih sayang. Tapi kalau dah dapat perhatian dan kasih sayang secukupnya dari ibu bapa, masih lagi gatal nak bercinta, itu jawab sendiri la, tepuk dada tanya IMAN.


CINTA vs Tanggungjawab.

Jika seseorang lelaki itu mencintai seseorang wanita, ISLAM menuntut supaya disertakan tanggungjawab di dalamnya. Jika betul, datang berjumpa dengan pihak keluarga dan terus masuk meminang. Ini kerana ustaz menekankan tentang tanggungjawab selepas berkahwin bukanlah semudah dan se ‘sweet’ yang disangkakan. Beliau mengatakankan bahawa tanggungjawab tanpa CINTA pun tidak boleh dalam berumahtangga dan CINTA tanpa tanggungjawab lagilah tak boleh.


CINTA vs Nafsu

Ustaz sangat tidak setuju apabila seseorang menggunakan platform perkahwinan untuk mengelakkan berlakunya zina dan menahan nafsu seseorang itu. Bagaimana seseorang itu hendak menahan nafsu dan menangani cabaran dan godaan jika sebelum kahwin pun , dia tak dapat mengawalnya. Belajarlah mengawal nafsu dan jangan lupa pohon pada ALLAH swt Ya Muhaimin yang Maha Memelihara. Mohon padaNya supaya kita dipelihara Hati dan Nafsu kita supaya tidak terdorong berbuat maksiat.


Sebagai kesimpulan, ustaz menekankan sekali lagi supaya jika benar-benar mahu berCINTA, hendaklah CINTA itu disertai tanggungjawab, mengikut Syariatullah serta Sunnatullah, memberi dan menerima seadanya dan hendaklah membuat persiapan sebelum menempuh alam perkahwinan. Jika mahu CINTA Ilahi mestilah mengikut perintahNya serta ikuti Sunnah Rasullullah s.a.w..


Akhirnya, TAHNIAH diucapkan kepada ahli jawatankuasa sekaligus penggerak Kuliyyah Ilmu yang dianjurkan PMIUM kerana telah berjaya mengadakannya . Thumbs Up for All of You Guys.


Kenangan manisnya kerana telah bertembung dengan Ustaz Hasrizal sebelum masuk Auditorium Fakulti Pendidikan. Bukan selalu jumpa kan, sekali jumpa dengan idola, seronok rasanya. Seronok kerana dapat rasa ilmunya [ilmu yang diberi oleh Ya Was’i dan Ya Hakim], rasa sifat positif dan input dan output yang berpijak pada realitinya daripada artikel-artikel beliau menyebabkan kita rasa bersemangat. Semoga ustaz terus dilimpahi RahmatNya dengan sifat Allah Ar-Rahman dan Ar-RahimNya.


Friday, October 10, 2008

0 Comments: