OGOS: Bulan Kempen Keselamatan Mahasiswi


Setinggi-tinggi tahniah kepada HEWI PMIUM kerana telah Berjaya menjalankan ‘kempen keselamatan Mahasiswi’. Pada hari Isnin yang lalu, 11 Ogos, telah dilancarkan perasmian kempen keselamatan mahasiswi dan bulan Ogos telah dijadikan bulan rasmi kempen keselamatan ini. Tahniah kepada penaungnya, NYDP PMIUM, sahabat saya, Nur Fariza Zahrin, dan pengarah Kempen Keselamatan Mahasiswi, saudari Syahadatul Hafizah Abdullah.


Pengarah Keselamatan UM telah dijemput untuk merasmikan kempen ini. Ini menjadikan kempen ini lebih menarik kerana ia merupakan kerjasama antara HEWI PMIUM dan juga pihak keselamatan UM. Ini merupakan satu usaha murni untuk menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswi di Universiti Malaya dan juga untuk masyarakat umumnya.


Kempen ini juga adalah respon daripada berlakunya kes-kes jenayah yang telah berlaku di dalam UM. Menurut ucapan perasmi kempen ini, kes jenayah yang berlaku di dalam kawasan UM adalah hasil daripada jenayah luar yang masuk ke dalam UM dan juga sikap para mahasiswa sendiri yang tidak mempunyai integriti sebagai mahasiswa. Lalu, HEWI PMIUM, melihat perkara ini semakin serius dan perlu kepada satu usaha untuk meneutralkan kembali keamanan dan keselamatan mahasiswi khususnya di kampus.


Saya bukan mengatakan yang mahasiswa lelaki tidak penting untuk dijaga keselamatannya, Cuma perempuan ini lebih memerlukan perhatian kerana sifat hakikinya itu, dan secara logiknya pun, orang perempuan keselamatannya lebih terancam daripada lelaki, sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Oleh itu, kepada semua mahasiswi, jagalah keselamatan anda, walau di mana sahaja anda berada, sentiasa berwaspada. Mata-mata jahat sentiasa mengintai peluang untuk membahayakan anda.


Saya melihat ini satu peluang yang baik untuk binding semua mahasiswi di Universiti Malaya ini. Isu keselamatan bukanlah satu isu yang kecil lebih-lebih lagi ia melibatkan barang-barang berharga dan yang paling penting adalah nyawa kita. Bak kata pepatah ‘ mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong kempen keselamatan mahasiswi ini. Pelbagai aktiviti yang telah disusun sempena kempen ini. Rakan-rakan semua boleh merujuk segala info terkini di blog hewi.


Semoga usaha ini mendapat keredhaan daripada Allah dan berjaya untuk mencapai objektifnya. Kampus perdana kesayanganku..

Wednesday, August 13, 2008

0 Comments: