Merdekakah jiwa kita??


Suka saya menyentuh tentang isu kemerdekaan buat kali ke-2. Isu permatang pauh, isu mansuhkan auku, isu ptptn dan sebagainya saya bukan tak mahu sentuh, cuma, saya inginkan sedikit kelainan berbanding dengan sahabat-sahabat seangkatan dengan saya..apapun, sebagai rakyat Malaysia yang bergelar mahasiswa, isu-isu semasa seperti itu tidak boleh kita sampingkan, bahkan kita perlu memandang serius kerana ia melibatkan keadilan dan hak sebagai mahasiswa.


Saya teringat kata-kata seorang motivator, ‘merdeka dalam erti kata sebenar bukanlah merdeka dari segi semangat patriotik Negara sahaja, bahkan kita boleh luaskan lagi skopnya. Merdeka dari sudut hati dan pengamalan kita sebagai hamba Allah yang abadi. Merdeka diri sahaja tidak penting, tapi merdeka hati itu lebih memainkan peranan yang besar’.


Saya pernah membaca satu buku motivasi yang mana ia menyatakan bahawa seorang sahabat Rasulullah, Bilal Bin Rabah, seorang hamba yang merdeka hatinya. Walaupun di seksa dengan kejam, dihempapkan batu di atas badannya ditengah padang pasir yang panas terik, hanya semata-mata untuk dipaksa syirik kepada Allah, namun, apa yang tetap di hatinya hanya ALLAH. Hanya kalimah ahad, ahad, ahad yang keluar dari mulutnya.


Jika kita dalami, betapa merdeka dan bebasnya jiwa Bilal sehinggakan tiada apa pun yang dapat memerangkap jiwanya untuk berpaling dari ISLAM. Sungguh cekal imannya dan dia Berjaya memerdekakan jiwanya daripada belenggu-belenggu duniawi yang melingkarinya. Akhirnya, Allah memberi kemenangan dan kebebasan dirinya setelah Abu Bakar membebaskan Bilal dari tuannya.



Cuba kita renung anak-anak muda, bahkan orang tua pun, bukan kita katakan tidak merdeka, mereka sangat merdeka, namun, jiwa mereka masih terkurung, terperangkap dan tidak kenal erti merdeka sebenarnya walhal mereka adalah orang ISLAM. Namun, Islam hanya pada kosmetik sahaja. Boleh dilihat dengan rancangan realiti TV sekarang, cara hidup barat telah lama menyusuk dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.


Budaya ketimuran telah tertutup dengan pakaian-pakaian cara hidup barat yang akhirnya membawa kehancuran institusi keluarga di kalangan masyarakat kita. Itu sebabnya jenayah di Malaysia semakin meningkat, tiada sekatan yang menyeluruh terhadap budaya barat yang masuk ke negara kita. So, how can we declare that we already free? Sedangkan hati kita masih terikat dengan bekas penjajah kita?


Semoga kita sama-sama renungi, apakah sebenarnya perjuangan mantan pejuang2 tanah air kita dahulu. Sesungguhnya sejarah telah diputar belit oleh pihak tertentu dan kita telah terpedaya.

Sunday, August 24, 2008

1 Comment:

Unknown said...

salam dan selamat sejahtera...
satu artikal yang menarik dan penuh makna..merdeka dengan erti sebenar hanya membawa kepada hidup yang bahagia dunia dan akhirat...teruskan usaha dan cekalkan hati...