Alam sekitar dan manusia..



Petang semalam, saya bersama seorang rakan berada di sebuah kafe di salah sebuah fakulti. Tengah-tengah makan tu, kawan saya Nampak satu puntung rokok yang dibuang di tanah di hadapan meja kami. Masih berasap. Kawan saya memang tidak puas hati dan kami memang rasa tak patut pun dalam kampus ni ada orang merokok. Kampus sepatutnya menjadi kawasan larangan merokok. Tak kisah lah untuk staff atau student. Namun, tindakan orang yang membuang puntung rokok tu di merata-rata tempat sangat tidak relevan.


Dalam hati saya kata..’hmm..nampaknya kempen kesedaran alam sekitar di dalam kampus ni masih belum Berjaya mencapai sasarannya’.. sebagai mahasiswa yang belajar tentang alam sekitar, saya memang amat rasa sensitiviti pencemaran alam sekitar ni. Bukan nak kata orang lain tak rasa, cuma apabila kita mendalami sesuatu tu, kita akan lebih terasa dan menghargainya.


Sebenarnya banyak kesan buruk yang berlaku, walaupun hanya satu puntung rokok sahaja yang dibuang, tapi, kesannya akan merebak sehingga akan jadi banyak puntung rokok berada di tanah. Huh, kalau nak cakap pasal alam sekitar ni, satu minggu pun belum tentu habis, kerana alam sekitar melibatkan semua yang ada di sekeliling kita, sekaligus akan mengaitkan dengan pencipta kita, ALLAH S.W.T.


Air, udara, api, tanah, angin serta semua sumber yang ada di bumi ini adalah bermanfaat untuk kita, sedar tak sedar kita telah banyak membazir dalam penggunaan seharian kita. Tenaga elektrik, sumber air, sumber cahaya dan sebagainya, kadangkala kita bazirkan tanpa kita sedari. Oleh itu, pendidikan alam sekitar ni bukan sahaja kita fokuskan kepada mahasiswa yang mendalami bidang itu sahaja, malah ia adalah satu ilmu yang perlu dikuasai oleh semua lapisan masyarakat, kanak-kanak hinggalah warga emas.


Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Kalau tak, nanti Allah akan tarik balik nikmat yang telah diberi. Nikmat yang kita dapat, kadang-kadang kita lupa itu adalah nikmat, namun, bila dah ditarik, barulah terhegeh-hegeh kita nak mintak dengan Allah. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diberkati…amiiin..


Tuesday, August 19, 2008

2 Comments:

syuhadah dzarawi said...

fakulti mana yang anda maksudkan ini..? adakah sebuah fakulti yang terletak berhadapan dengan perpustakaan itu?

hmm...bguslah ada kesedaran sedikit. kempen sekadar kempen. sekadar cantik di kertas sekadar enak bila bermesyuarat. setakat ini syud tengok fak engine shj y dah lancar 'tak nak pada rokok'. fakulti lain...? sama juga seperti gerakan mahasiswa yang diam membatu.

kerana itu kita memboikot. kita sudah terlalu bosan. apakah ini juga perasaan org2 yang tdk pernah bersama2 ngan kita..? aku masih dLm dilema~

Sufi Intelek said...

salam syud..yup.that's rite..the faculty infront of the library..hehe..hmm..bukan senang nak mintak kesedaran dan tindakan manusia..sbb kita deal dengan hati diorang. manusia lemah tak boleh nak ubah hati orang, so, kita mintak dengan pemilik hati yang lebih berkuasa..semoga kesedaran beserta tindakan akan timbul pada semua orang..syud, try berdialog dgn Allah..InsyaAllah, Allah akan buka jalan pemudah pada kita..