Ilmu penentu pembangunan tamadun



Budaya Ilmu amalan kami adalah salah satu daripada budaya pengamalan PMI dalam mencapai misi dan visi utama PMIUM. Budaya Ilmu merangkumi aspek-aspek akademik dan keintelektualan yang akan menjana pemikiran yang matang seterusnya melahirkan generasi yang mampu memimpin dunia.


Ilmu adalah satu asset penting dalam kehidupan setiap manusia. Kita dapat membezakan nilai kehidupan mereka yang berilmu dan tidak berilmu. Ini disebut dalam Al-Quran, bahkan wahyu yang pertama pun, berkenaan dengan ilmu. Betapa beratnya ilmu yang dititikberatkan dalam Islam. Kita perhatikan tamadun-tamadun terdahulu, semuanya membangun selari dengan peningkatan penguasaan ilmu.


Ulama’-ulama’ tersohor seperti Imam Al-Ghazali, Imam Syafie’ dan lain-lain, mereka bukan sahaja menguasai satu bidang, bahkan pelbagai bidang yang menaikkan tamadun Islam suatu masa dahulu. Begitu juga dengan nama-nama saintis Islam yang terkemuka, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ibnu Hafs, dan lain-lain lagi. Kesemua mereka telah banyak menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam yang akhirnya mencetuskan enlightenment di Eropah.


Jika kita menyedari hakikat ini, dan semua mahasiswa Islam mengambil berat serta bertindak dengan wajar mengikut apa yang telah digariskan dalam Al-Quran, maka, akan wujudlah generasi seperti yang telah saya sebutkan di atas. Generasi Al-Quran, yang hidup matinya kerana Allah taala.


Dengan tenaga pemuda-pemudi, serta kelebihan ilmu yang mereka miliki, boleh menghasilkan satu ketumbukan yang luar biasa yang akan menegakkan Negara Islam. Golongan inilah yang disebut hawariyyun, golongan yang sentiasa berusaha untuk membantu agama Allah dalam segenap aspek kehidupan. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mengislahkan diri dan menjadikan kita termasuk dalam golongan hawariyyun ini demi mencapai matlamat yang satu, iaitu keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Thursday, July 17, 2008

0 Comments: