Budaya Pengamalam PMIUM 3


Sunnah ikutan kami


Menyingkap satu lagi budaya pengamalan PMIUM…seperti mana yang kita maklum..sunnah adalah cara hidup Rasul yang kita cintai..Nabi Muhammad S.A.W. beliau merupakan seorang idola yang agung yang patut kita contohi.


Suka saya menyatakan, sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu, zaman di mana orang-orang tua banyak mengamalkan petua-petua yang kita tak sedar ianya ada perkaitan dengan Sunnah Rasulullah. Dan khasiatnya memang tidak dinafikan banyak memberi manfaat kepada kehidupan kita kini.


“Kalau tak mampu buat semua pun, buat sikit-sikit jadilah..asalkan kita istiqamah” kata seorang ustaz ketika saya menghadiri satu sesi kuliah agama. Keadaan zaman sekarang kebanyakannya melalaikan kita dan menjadikan kita lupa bahawa kita sudah lari dari cara hidup Islam..nauzubillah.. Oleh sebab itu, Allah menawarkan ganjaran yang lumayan bagi mereka yang melaksanakan Sunnah Rasulullah.


C ontoh yang simple yang boleh kita laksanakan adalah, membaca basmallah setiap kali mahu melakukan sesuatu perkara, memberi salam ketika berselisih sesame saudara Islam, melemparkan senyuman kepada orang lain, membantu mereka yang memerlukan dan lain-lain. Banyak lagi aspek- aspek lain, contohnya amalan pemakanan, pergaulan, amal ibadah dan sebagainya.


Perbezaan ketara yang saya sedari adalah cara hidup masyarakat sekarang adalah lebih bersifat individualistik berbanding dahulu. Jika kita lihat di kawasan perkampungan, ikatan persaudaraan mereka sangat rapat, tapi, jika di Bandar-bandar besar, jiran sebelah pun ada yang tak kenal. So, itu merupakan satu perkara pokok yang dititik beratkan dalam Islam di mana, Rasulullah sangat memberi penekanan tentang aspek kejiranan. Jika kita tak kenal jiran kita, baik tak payah hidup berjiran..lebih selesa hidup sorang-sorang kat pinggir bandar contohnya.


Sebagai orang Islam, perkara-perkara sebegini yang kadang-kadang melemahkan iman kita, dan boleh menyebabkan kita menerima padahnya di akhirat kelak. Dan apabila kita tidak mampu melaksanakan sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita, jangan pulak kita pergi kutuk mereka yang amalkan.


Oleh itu, suka saya mengajak rakan-rakan semua..jom ramai-ramai kita hidupkan kembali sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita.

Wednesday, July 30, 2008

0 Comments: