Budaya Amalan PMIUM 2

Akhlaq keutamaan kami

Akhlaq keutamaan kami adalah salah satu lagi budaya amalan PMIUM yang cuba diterapkan dikalangan mahasiswa Universiti Malaya. Akhlaq merupakan satu indicator atau penanda aras akan tahap ilmu sesorang itu, semakin berilmu seseorang itu, semakin baik akhlaqnya. Itu adalah sunnatullah di bumi. Akan tetapi, terdapat beberapa kes yang mereka telah silap menggunakan ilmu mereka sehingga membawa kemudharatan bukans sahaja kepada diri, malah orang sekeliling.

Attitude dalam bahasa inggerisnya. Sering digunakan oleh motivator untuk menyuntik kesedaran kita bahawa sikap dan akhlaq yang kita tunjukkan adalah menggambarkan personaliti diri kita yang sebenarnya. Rasulullah juga sangat menekankan soal akhlaq ini kerana ia amat penting kepada ummat Islam untuk menunjukkan kepada mereka yang bukan Islam, bahawa Islam ini sangat indah. Oleh sebab itu, apa yang berlaku di zaman Rasulullah, kita perlu kaitkan dengan kehidupan kita sekarang. Dapatkah kita menjejaki akhlaq semulia baginda?hmm..at least kita cuba walaupun tak dapat buat semua.

Apabila PMIUM mengatakan akhlaq adalah keutamaan kami, PMIUM cuba berusaha untuk mempamerkan akhlaq Islam kepada seluruh masyarakat di dalam kampus dan juga di luar kampus. Ini juga satu usaha untuk menjaga serta mengekalkan nama baik mahasiswa Universiti perdana.

Jika kita pergi kemana-mana sahaja, sama ada di dalam atau di luar Negara, pasti orang akan menilai kita dengan akhlaq kita. Jika kita boleh berfikir panjang sedikit, siapakah yang ingin mengambil pekerja yang berakhlaq buruk, seperti tidak beradab dengan orang tua, suka melawan, tidak menghormati hak orang lain dan sebagainya?

Oleh itu, berfikirlah sebelum bertindak. Berfikir dengan menggunakan akal beserta panduan daripada hati. Kerana akhlaq itu adalah terjemahan daripada hati kita. Oleh itu, mari kita teladani akhlaq Rasulullah untuk menjamin hidup kita di dunia dan di akhirat.

Tuesday, July 22, 2008

0 Comments: